Wednesday, May 30, 2012

syahdunya hujan

daripada pagi tadi hujan tak berhenti-henti nih. sudahlah cuaca sejuk. bilik pulak memang sejuk dah tahap peti ais dah ni. haruslah gigil kan. aircond ni pulak tak boleh nak naikkan suhunya. -__-"


sekarang ni tengah tekun menunggu hujan reda. sebab kena keluar pergi pejabat daerah. dah la payah parking. tak mahu lah aku nak mandi hujan. lain kali, kena sediakan payung dalam kereta. -__-"



Monday, May 28, 2012

bahaya tak baby minum solution lens?

siapa yang jenis pakai lens, mesti tahu rupa air solution untuk cuci contact lens tu kan. anak buah aku, si gemuk gedempul hana mustika dah terminum air tu. dia buat macam botol susu pulak. haishh..agak agaknya bahaya ke tak ye? risau jugak sebenarnya ni.


si budak yang dah minum air solution contact lens.

berjaya drive pakai high heels

semalam semasa jalan-jalan dekat tesco, dan lalu dekat gerai jual kasut, tiba-tiba terpandang kasut yang menarik hati. terus berhenti, belek-belek. hati memang dah meronta-ronta nak beli. tanya saiz dekat salesgirl tu. dalam hati.."harap-harap tak ada lah saiz aku.." sebab belum gaji kan. hikhik. tapi dan tapi dan tapi..tinggal sepasang je tinggal kasut tu. dan itu saiz aku. -___-" terpaksa beli juga.



warna kuning warna feveret. ^__^


pagi tadi dengan semangatnya nak mencuba drive pakai high heels ni. dan akhirnya, berjaya!!!!. weeehoooo.. seronoknya. lepas ni boleh beli high heels lagi. hakhak. 


walaupun high heels itu hanya doploh hinggit saje, tapi dia ringan dan selesa..^__^ design dan warna tu sangat aku suka.

bilik sejuk beku

pagi-pagi tadi, cina repair aircond dah datang nak betulkan aircond dalam bilik ni. bila dah elok, perghhh..gigil wehh. dah macam bilik sejuk beku dah ni. harapnya jangan aku yang jadi daging beku sudah la. haha. dah sejuk, tambah dengan sembur wangi-wangian, memang buat rasa nak tidur tiduran saje. ^__^


tadi dah isi borang cuti. jumaat ni nak cuti-cuti melaka. ^___^



pinjaman pelaburan ASB dari Maybank


untuk pertanyaan gnie syazni, permohonan ni saya buat di Maybank. bukan apa, sebab gaji saya masuk ke Maybank. jadi, senang diorang nak automatik tolak dari akaun setiap awal bulan. pendaftaran ni kena bayar RM70. itupun bila dah lulus permohonan, dia akan tolak dari akaun kita juga. bayaran tu merangkumi duti setem RM10, sijil RM50 and RM10 lagi tak ingat apa dia. hehe.

untuk pertanyaan yui pula, mula-mula saya pergi bank. diorang ada sediakan pamphlet. dekat situ ada jadual untuk jumlah pinjaman, kadar faedah, jangka masa pinjaman dan jumlah bayaran bulanan. dekat sini saya ambil sikit masa. balik buat kira-kira. tengok jumlah pinjaman mana dalam jangka masa berapa tahun yang akan lebih menguntungkan kita. bila dah decide, boleh la pergi bank semula, isi borang. ^___^ tunggu sebulan, dah setel. 


sekarang ni saya akan bayar RM200++ sebulan. memang sebelum ni saya akan simpan dalam jumlah yang sama sebulan. tapi biasalah, bila nafsu shopping sampai, mesti fikir "takpelah. gunalah simpanan tu sikit buat shopping, nanti boleh simpan lagi.." susah nak disiplinkan diri. alih-alih, guna simpanan untuk benda tak perlu. -___-"



Sunday, May 27, 2012

ulat dalam gigi

kecik-kecik comel comot dulu, takut betul jumpa doktor gigi. hishhh..ngeri. tapi kalau dah sakit gigi, memang kena paksa lah jumpa doktor gigi.


masa kecik dulu, selalu pergi jumpa doktor gigi dekat mentakab. masa tu still duduk dekat jengka. doktor ni doktor cina. suka dia. dia baik.. satu hari ni, aku kena cabut gigi. bila gigi dah kena cabut, doktor tu tunjuk ULAT. dia kata, ulat tu ada dekat gigi aku yang rosak. sejak dari hari tu, aku percaya yang adanya ulat dalam gigi yang rosak. -___-"


terbaik punya tipu la doktor tu kan. makin besar, amkin aku sedar yang dulu dah kena tipu hidup-hidup. haha. tapi bagus juga. buat aku rasa takut bila gigi rosak. taku ada ulat. hehe.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...