Friday, September 30, 2011

malu wehh kereta mati dekat fly over..

akhirnya, sesi pengambilan jubah konvokesyen telah selesai aku laksanakan semalam. dah selesai satu benda. tinggal nak tunggu konvokesyen je hari rabu depan. sebenarnya senalam, buat pertama kali aku drive pergi um. first time jugak tu aku drive masuk highway. berdebar-debar giler lah. 


ha.. tengok gambar dekat atas tu pun dah tau betapa aku fokus nya memandu. haha. tapi adik laki aku ada dekat sebelah. tolong ajar. hihi. spec mata hitam tu sebab aku ada rabun silau yang sangat tinggi. kalau tak pakai time drive tengah-tengah hari macam tu, mata mesti sakit dan berair. 

pemanduan aku tak lah lancar sangat semalam. sebab kereta mati dekat fly over. wehh..malu tau. dengan gelabah lagi. nasib baik kereta belakang cool je. haha. nasib baik adik aku yang dekat sebelah. kalau ayah aku, mesti dah kena marah punya lah. hihi.


akhirnya, jubah dah dapat ambik. yeay. ^_^

syokkk sangat bersedut-sedutan..

best wooo bersedut-sedutan malam tadi. lagi-lagi sambil layan drama jepun..syiooookk je. sedap pulak tu. kalau dah bersedut-sedutan, apa lagi yang boleh nak sedut selain siput sedut kan.. 


sedap wooo siput sedut masak lemak cili api ni. favourite aku tu. padahal aku baru pandai makan dalam tahun lepas. before ni tak boleh nak makan. pening bila makan. bau dia pun boleh buat pening tau. memang tak bagi mak aku masak sebab tak tahan bau dia. tapi, bila dah pandai makan, hambekk kau. asik nak beli je. ^__^

p/s : kalau nak tau, nama saintifik siput sedut adalah cerithedia obtusa. fuiyyoo. lama woo tak sebut nama saintifik ni. maklumlah, lama dah tinggalkan zaman belajar biology.  

Thursday, September 29, 2011

habit yang tak boleh nak buang

pagi ni tiba-tiba nak bercerita pasal habit ataupun dalam kata lain, kebiasaan. rasanya semua orang ada habit masing-masing kan. cuma kadang-kadang habit tu ada yang buruk dan ada jugak yang baik.

kali ni aku nak cerita tentang habit aku dan habit adik beradik aku yang lain. haaa.. kitorang ada habit yang sama tau.

habit ni mula jadi waktu kitorang semua kecik-kecik dan comel-comel dulu. biasalah kalau kat rumah, ayah kitorang tak ada lah nak pakai baju. ala, ramai kan lelaki macam tu. huhu. so, bila nampak je ayah kitorang pakai baju, (sebenarnya baru je ambik baju nak dipakai), kitorang laju je tanya, "abah nak pergi mana?". dengan harapan nak ikot. haha.

dulu ayah kitorang suka bawak kitorang ronda-ronda naik motor. nak g kedai runcit pun, rajin bawak. tu yang tanya tu. tapi, habit tu berterusan sampai kitorang besar tau. walaupun umur aku dah 22 tahun, aku tetap akan tanya soalan sama kalau nampak ayah aku pakai baju tau. haha.

sebenarnya, walaupun kitorang dah besar, ayah aku still ajak g jalan-jalan jugak. kalau jalan jauh-jauh tu mesti la. ni jalan-jalan pergi kedai, pergi tengok orang memancing ke, tetap akan ajak jugak. tapi, ayah aku sebenarnya garang tau. walaupun kitorang mesra, tapi tetap takut. heeeee..


haaa..macam ni la lebih kurang. haha. (aku dah kembali tembam macam dalam gambar tu. T__T)

Wednesday, September 28, 2011

yeay..esok nak ambik jubah konvo..^__^

setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke um, esok aku bakal ke sana sebentar. untuk urusan pengambilan jubah konvo. wahhh. macam tak percaya je aku dah habis belajar. rasa macam baru semalam masuk um. haha. tapi kalau cakap kat ayah aku macam tu, mesti ayah aku cakap, "abah rasa lama je nak tunggu korang habis belajar. sebab abah yang keluarkan duit." huhu.

maka esok pagi aku akan selesaikan urusan pengambilan jubah. selepas itu, aku nak pergi membeli baju kurung untuk konvo nanti dekat jalan TAR. yeay..^__^

tapi sebenarnya, segala dokumen yang aku nak kena bawak, aku tak print pun lagi. haha. nak buat macam mana, printer tak ada. rumah ni pulak jauh nak ke bandar. maka, esok je lah singgah print. =p

segmen : saya nak baca belog awak


hai. sekarang ni blog anis adila aris tengah buat segman la. segmen yang dianjurkan adalah segmen saya nak baca belog awak. jom ramai-ramai join jom. 

siapa nak join, jom terjah blog anis adila aris jom.


lebam si kucing innocent

hai. nama saya lebam. jantina saya jantan. saya pun tak tau kenapa tuan saya bagi nama lebam. bukan best pun. saya nak je cakap dekat tuan saya, suruh bagi nama yang best sikit and glamour sikit.


ini lah saya. muka saya memang innocent sikit. saya sebenarnya pun tak sihat sangat. badan saya ada kurap. sebab tu saya nampak comot. tapi kurap saya dah nak baik. tuan saya tolong ubatkan, bersihkan kurap saya.



ha..ni lah muka saya bila di zoom sikit. saya nak cepat baik. biar saya nampak lebih bersih. semua doakan saya ye. ^_^

jawatan kosong guru MRSM

sekarang ni tengah ada jawatan kosong cikgu mara. kepada sesiapa yang sedang mencari pekerjaan seperti aku, boleh lah kalau cuba nak try. mana tau, ada rezeki kan. orang kata rezeki ada dekat mana-mana. ^_^   tapi yang tak best nya, rezeki aku je belum ada lagi. masih la menganggur. T__T

layak tak kalau aku apply cikgu mara ni? tapi aku course ukur bahan. boleh tak nak apply jugak? tapi nak apply cikgu apa ni. macam nak apply cikgu pendidikan seni je. huhu. sesiapa nak apply, boleh lah klik link dekat bawah ni ye..tarikh tutup 7 oktober nanti. aku ada masa lagi nak fikir ni.. ^_^




ada gaya cikgu tak? haha

Tuesday, September 27, 2011

lagi sesi edit gambar guna gimp

macam biasa, sebab kebosanan dah sampai tahap melampau, maka aktif lah kerja-kerja mengedit gambar.

kali ni yang jadi mangsa, gambar adik aku. 


ni lah hasilnya.



yang tulisan tu semua, budak tu yang tulis sendiri. perasan artis. menyampah betul!!

jom tambah follower


jom join segmen jom.
kali ni segmen jom tambah follower.
kalau nak join, jom tengok blog lulu pages.

seekor lebah di tengah lautan bunga


ni la hasil aku hujung minggu lepas

orang lain buat doodle guna laptop je sekarang. tapi aku guna pen hitam dan kertas je. tak reti aku nak melukis guna laptop ni. terkial-kial. jadinya tak jugak. haha. sekarang ni aku dah mula balik lukis-lukis kartun ni. kartun je la yang aku reti. ^__^ 


Monday, September 26, 2011

cemeng dan lebam seronok dapat main dekat laman


yeay. anak-anak kucing sudah mula main dekat laman. suka sangat. mak dia yang ajar. panggil turun. punya lah seronok si cemeng dan si lebam tu dapat main dekat laman.

kartun burung hantu

macam biasalah kerja orang yang bosan, mulalah cari apa-apa kerja yang boleh di buat. so, aku pun pergi punggah fail-fail lama. cari kertas kosong. nak mulakan kerja melukis atau erti kata lain menconteng-conteng. ^_^. lama betul rasa tak pegang pen untuk menconteng ni. so, lukis dan conteng punya conteng, terhasillah ini..

-
-
-
-


korang rasa ini apa? haha. sebenarnya aku nak lukis burung hantu. tapi tak reti. tibai main tibai. adik aku cakap aku lukis penyelam. haha. 

amanah dalam cinta


gambar dari google

akhirnya cerita sinetron amanah dalam cinta dekat tv 3 habis jugak. aku tak berapa minat sangat cerita tu. belit-belit. serabut. tapi nak buat macam mana, dah kerja penganggur dekat rumah yang tak ada kerja, tengok tv je la nak bagi hilang bosan. tak suka tak suka pun, tengok jugak. tapi kadang-kadang, kutuk jugak. haha. nak tengok pulak esok sinetron cerita apa. ^_^

Sunday, September 25, 2011

siapa suka masam, cubalah rojak bebek :)

menu petang hari ini

-
-
-

ini lah menu petang hari ni.
namanya ROJAK BEBEK
sebutan 'e' untuk emak ye.

namanya agak kelakar sebenarnya. huhu. tapi dah namanya macam tu dari kecik-kecik dulu lagi. rojak bebek ni sebenarnya dibuat daripada buah-buah muda yang masam. so, siapa yang suka masam-masam ni, boleh la try. ^_^

resepi rojak bebek ni senang je:

1. buah-buahan seperti (mangga muda, belimbing muda, kedondong, jambu batu)
2. cili api (kalau suka pedas, letak banyak sikit)
3. sedikit belacan
4. gula
5. sedikit garam

cara-caranya:

1. tumbuk buah-buahan yang diperlukan. kalau malas nak tumbuk, sagat je buah-buah tu. senang dan cepat.
2. bakar belacan dan tumbuk belacan bersama cili api.
3. gaulkan buah-buahan yang siap disagat bersama belacan, cili api, gula dan garam.

macam tu je la cara buatnya. sangat simple dan mudah. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...