Saturday, October 16, 2010

kenapa mesti kena makan nasi?

pernah tak rasa bila sehari tak dapat makan nasi, rasa macam tak best je. mesti nak jugak nasi tu masuk dalam mulut. adakah sebab nasi itu makanan ruji rakyat malaysia? dah jadi macam makanan wajib pulak. lagi rasa puas bila dapat makan nasi putih. dengan lauk-lauk.

"nasi campur, 55.000 ..." kata si pelayan. shoot!

sedapnya tengok makanan ni. banyak sangat lauknnya.

roti pun ada karbohidrat macam nasi juga. kenapa tak makan roti je? tapi, tak boleh jugak. mesti nak nasi jugak. tak nak lain. aku sendiri pun tak tau jawapannya. yang penting, nak nasi juga.

apesal tiba-tiba cerita nasi ni? sebab aku tengah lapar. 2 hari tak makan nasi ni. haha. bukan tak boleh ambil kat dewan makan bawah tu. cuma malas rasa kalau sorang-sorang ni. haish. gedik sungguh..

buah kundang

buah hari ini yang aku teringin nak makan..

-
-
-
-
-
tadaaa..


ini buah kundang..

sedapnya tengok buah ni banyak-banyak. kuning-kuning. terliur pulak tengok. tapi memang sumpah sangat teringin nak makan. dah lama tak nampak orang jual. tak ada musim dah ke? =(

totally happy

oh. semalam sangat bergembira. dapat jumpa orang jauh. =)

tengoklah muka-muka orang yang dok gembira je sepanjang masa..


gembira ^_^

muka gembira lagi ^_^ ^_^

dan gembira lagi.. ^_^ ^_^ ^_^

kesian pensyarah kena buli dengan bayang-bayang

jom bersantai dengan video ni.. cool je buat video cam ni..


Friday, October 15, 2010

5 penyebab tidur lewat

sekarang dah pukul 12.30 pagi. kenapa tak tidur lagi? wahai encik law, tak bolehkah anda bagi saya rehat? aku dah penat sangat. mengantuk.


tapi, rasanya dah jadi kebiasaan orang tidur lewat. antara sebabnya :
  1. macam aku la ni. buat assignment last minute. kan kena stay up. padan muka.!!
  2. berfacebook. aku pun tak tau kenapa orang ketagih dengan fb ni. aku sekarang kurang sikit. dulu memang sangat addicted. lagi-lagi kalau main game-game dia. sanggup bangun tengah malam semata-mata nak main game.
  3. berblogging. kalau dah start blogwalking memang susah nak berhenti la.
  4. siang dah tidur lama sangat. bila malam terkebil-kebil mata.
  5. bila tengah-tengah malam la baru lapar. mula la keluar pergi carik makan. macam mana nak tidur awal?

Thursday, October 14, 2010

aku nak break dgn en. law sekarang!!


2 buku law yang baru dipinjam dari library. aku bukan budak law. aku budak quantity surveying. tapi kenapa mesti kena belajar law? 4 sem aku terpaksa menghadap law. 2 sem je tak payah belajar law. T.T

kepada kekasih hatiku encik law, tak bolehkah kau senangkan hidup aku. gunalah ayat-ayat yang senang nak difaham. bahasa aku tak setanding dengan bahasa kau!!

kepada sesiapa yang nak ambil quantity surveying, pastikan yang anda tak ada rasa x suka langsung dekat law. kalau tak, jadi la macam aku. menangis tak berlagu, tak keluar air mata.

1 hari 1 FELDA

buat pertama kalinya aku join program motivasi untuk budak sekolah rendah. jadi fasi. aku join under PERSADA UM. dengan x ready apa-apa, terus aku setuju nak join. cuak jugak mula-mula. ye la, sebab aku ni bukan pandai layan budak-budak pun. rimas. tapi, sebab jadi fasi, haruslah aku berlakon sekejap. lalala..


itulah muka budak-budak tu dengan fasi-fasi lain. budak-budak ni sangat aktif ya amat. suruh berlakon jadi ultramen serang raksasa, dibantainya dorang lawan betul-betul. suruh buat gaya je pun. haish..

dah tu, ajar la dorang lagu bukit yang cantik tu. suruh volunteer sapa nak menyanyi kat depan, ambik kau. ada tak sampai 10 orang yang x pegi depan. aktif lah sangat. penat nak melayan. selalu budak-budak malu-malu kalau baru start program. ni tak ada nye..

pape pun, memang enjoy sangat lah..

Wednesday, October 13, 2010

kenapa assignment susah dibuat?

siapa rasa assignment susah sangat nak buat? angkat tangan tinggi-tinggi. jangan malu. angkat je. normal la kalau rasa macam tu.

yeay. ada jugak orang angkat tangan. bagus-bagus. pengakuan yang ikhlas lagi jujur. yang tak angkat tangan tu rasa senang ke buat assignment. kalau senang kenapa tak siap-siap jugak?

sebabnya :
  1. tak tau nak tulis apa. idea ada. tapi nak tulis tak reti. ni namanya masalah academic writing.
  2. tak reti guna uncle google. penat search, tak jumpa-jumpa jugak.
  3. dah baca soalan assignment, tapi tak paham-paham jugak. hari-hari ulang baca. tapi sama je.
  4. subjek untuk assignment tu dah memang susah. sebab tu tak reti nak buat.
  5. assignment kena guna laptop. bila on laptop je, automatic online. susah la macam ni.
  6. yang penting, dah memang malas. sebab tu la tak siap-siap jugak.

siapa cantik angkat tangan

siapa cantik angkat tangan tinggi-tinggi.

eh? kenapa yang tengah x angkat tangan? ha..x cantik ye. eh. bukan. dia memang tak cantik dah sekarang. sebab dia dah jadi ayu sekarang. perubahan yang positif. mungkin pengaruh rakan sebaya. bukan. pengaruh roomate sebaya. kalau tak percaya klik sini.

aku pun tak tau apa aku mengarut. biasalah kalau dah tak betul. tension sangat buat assignment yang aku tak suka. law and professional practice. 2 subjek yang kena baca, baca, baca, baca je.

Tuesday, October 12, 2010

my wedding's date


ha..tengok tarikh kat atas? betul ke tarikh kahwin aku tu..tak lama tu. 2 tahun je lagi. tapi macam cepat sangat je. tak sempat nak kumpul duit banyak-banyak. tapi kalau pipie sudi apa salahnya kan. aku on je. lalala.

oh. sebenarnya aku nak cakap dah lama tak buat kuiz-kuiz kat facebook ni. dulu pernah 1 masa semua kuiz kalau boleh nak buat. rasanya orang lain pun sibuk-sibuk jugak cari kuiz-kuiz yang best. tapi sekarang dah kurang. kadang-kadang je keluar kat home pasal kuiz ni. sekarang aku tengok orang banyak share link or video. ikut trend kot.

suka neutrogena


yeay. neutrogena dah jadi pencuci muka favourite la sekarang ni. even baru pakai berapa minggu, aku rasa jugak bezanya. dulu aku beli sebab tengok boleh control minyak dekat muka. memang kulit muka aku jenis yang sangat berminyak. nak la jugak try. tapi bukan setakat minyak kurang sikit, tapi dah sekatakan warna kulit aku yang bercapuk-capuk dulu. suka sangat..tak sia-sia beli. kalau perubahan ni berterusan, kompem aku setialah dengan nuetrogena ni. ^_^

note : ini bukan iklan berbayar. =p

siapa stress angkat tangan

seriously, stress sangat.. sangat tension buat assigment. sangat malas and sangat x suka. and tersangatlah tak ada mood. nak buat apa pun tak ada mood. nak makan pun tak ada mood jugak. kelas pun malas nak pergi. ouh. sangat tak suka jadi macam ni.

i love buah-buahan


i love buah-buahan. sedap sangat. dapat macam tak nak lepas-lepas. macam gambar dekat atas. okey. tak perlu over. buah-buahan sangat sedap dimakan. lagipun, buah banyak kelebihan. lagi-lagi buah-buah tempatan ni.

antara buah-buah yang paling best sekali :


rambutan

jambu

durian

manggis

kalau nak ikutkan, semua buah-buah tempatan ni sedap. tapi tak larat lah nak tulis semua. aku kalau dah menghadap buah-buah ni, tak makan nasi pun tak pe. kenyang makan buah je. lagi-lagi time musim buah. memang excited betul. kalau dulu sanggup tu panjat pokok. nak petik buah punya pasal.




Monday, October 11, 2010

bila lelaki benar-benar jatuh cinta

Bila lelaki benar2 jatuh cinta dan setia pada Kekasihnya dgn ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini,tiba2 secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Utk melihat lelaki menangis amatlah payah. Diantara tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:


1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.


2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.


3. Dia byk menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.


4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya krn perasaan cemburunya yang meluap2.


5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.


6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya krn dia sentiasa berasa curiga.


7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.


8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh

perhatian kepadanya.


9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.


10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.


11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.


12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.


13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.


14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.


15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya krn dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.


16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.


17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.


19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.


20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.


21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.


22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.


23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmatanya hanya untuk seorang perempuan.


HARGAILAH MEREKA..


sumber : note facebook

kemalangan ngeri menyebabkan 12 maut


kemalangan kat atas sangat mengerikan. 2 bas, 3 kereta, 1 van. menyebabkan 12 orang maut. kalau nak tahu lebih lanjut, klik mymetro. aku tengok and baca pun seriau je rasa.

kadang-kadang berita macam ni buat aku jadi takut naik bas express jauh-jauh ni. aku pun memang dah lama tak naik bas jauh-jauh ni. dulu waktu sekolah kat batu pahat memang selalu. dah biasa sangat. temerloh-batu pahat dan slim river-batu pahat. tapi sekarang? bas ting tong je.

baru je aku berani nak naik bas jauh-jauh ni. teringin nak pergi dungun. dah lama dia tunggu aku datang sana. tapi bila dengar kes macam ni, aku jadi takut balik. hurmmm..

Sunday, October 10, 2010

berubah sebab couple

bercinta? adakah perlu kita ikut apa yang pasangan kita suruh?

ada orang kata, 'ala, baru couple je pun. suka hati la nak buat apa.'

bagi aku, selagi benda yang disuruh tu elok dan demi kebaikan, tak salah pun. contohnya, si dia kawal tingkah laku kita. jangan keluar selalu. jangan lewat-lewat sangat. and apa-apa lagi lah. orang tengok macam mengongkong. buat itu x boleh, buat ini pun tak boleh jugak. pakai ketat-ketat tak boleh. x salah semua tu selagi yang ditegur tu demi kebaikan kita.

tapi semua tu cara nak disiplinkan kita. kalau betul kita ada impian nak hidup and kahwin dengan pasangan kita tu, apa salahnya. kalau fikir, 'lantaklah. belum kahwin lagi pun. nanti dah kahwin berubah la.' tapi, boleh ke kalau kita dah terbiasa dgn kehidupan kita, kita boleh berubah serta merta lepas kahwin? rasanya, nak berubah ambil masa jugak. berubah sikit sikit.

semua ada pandangan masing-masing. buatlah apa yg diri kita rasa terbaik untuk kita sendiri. but for me, semua yang dia tegur memang demi kebaikan aku juga. bersyukur sebab dia boleh tegur salah silap aku.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...