Saturday, May 7, 2011

jangan benci sangat orang tu, nanti suka

pernah tak dengar orang kata,

"what goes around comes around."
"jangan benci sangat orang tu, nanti suka."


setelah 22 tahun (tak cukup 2 bulan lagi) hidup dekat dunia ni, aku bersetuju dengan kata-kata dekat atas tu. sebab dah banyak benda jadi dekat sekeliling aku.

contoh 1

dulu masa form 1, aku pernah gaduh gila-gila dengan kawan aku. memang pandang muka pun tak boleh. ada je yang tak kena. waktu form 2, terus jadi best friend. haha.

contoh 2

dulu waktu sekolah, kawan aku ada benci sorang lelaki ni. memang benci tahap maksima. siap ada nama panggilan yang kurang menyenangkan. ada jugak orang cakap, "jangan benci sangat, nanti suka pulak." tapi kawan aku ni tak percaya. sekali tak lama lepas tu, betul kawan aku ni boleh suka kat lelaki tu. -__-"

contoh 3

yang paling selalu nampak, bila kita selalu kata tentang keburukan orang atau perangai orang, mesti nanti kita yang akan buat benda tu. pernah jadi dekat diri sendiri, and pernah jugak nampak jadi dekat kawasan sekeliling.


ada banyak lagi contoh lain. malas nak tulis. bila fikir balik semua tu, memang takut nak berkata tentang orang. takut makan diri sendiri. memang sebenarnya tak boleh pun kata tentang orang. tapi selalu jugak buat silap. -___-"

(entri yang agak keinsafan sikit malam ni. ^_^)

rumah p ramlee cantik

kami ke penang tidak lah bercuti saje-saje. mestilah pergi tempat bersejarah jugak.

so, tempat yang di tuju haruslah RUMAH P RAMLEE. siapa yang tak kenal dengan p ramlee. aku satu family suka sangat tengok cerita p ramlee. tapi aku lebih suka yang kelakar-kelakar je la. ^_^

sebab banyak gambar, tak payah lah tulis panjang-panjang.




bawah rumah P Ramlee.

pandangan hadapan. 

bilik termenung atau jamban.

bilik mandi.

pandangan belakang rumah @ dapur.

tangga belakang.

basikal tua.

sampan sapa pun aku tak tau.

last sekali, galeri P Ramlee. ^_^


selasa hingga ahad - 10.00 pg hingga 5.30 ptg
jumaat - 100.00 pg hingga 12 tgh hari / 3.00 ptg hingga 5.30 ptg
isnin - tutup kecuali pada cuti am dan cuti sekolah

Friday, May 6, 2011

jeruk mangga yang menggiurkan

oleh kerana aku pergi penang hari tu, harus lah membeli jeruk sebagai ole-ole dari penang. kalau dah memang hantu jeruk + asam, harus membeli 3 paket untuk bawak balik. 


jeruk mangga memang favourite sangat. tapi yang ni ubat terlebih kuat. dah membuatkan aku batuk. menyesal tak rasa dulu before beli. tapi, tetap dah nak habis dibaham aku. ^_^

berdoodle dekat kelas memang best


ini lah hasil kerja selama 1 sem kuliah. bila bosan lecturer mengajar dekat depan, nota ni lah yang aku buat dekat belakang. nasib baik tak pernuh kertas tu. 

contengan tu dibuat dekat belakang sketch pad yang harus dibawak bila pergi kelas. ^_^

tapi aku pun musykil kenapa bahagian belakang jugak yang nak diconteng. padahal kertas kat dalam tu banyak lagi yang kosong. -__-'


Thursday, May 5, 2011

lipbalm avon best and sedap rasanya

hari tu tiba-tiba dapat surat ni.

dengan pantas dan lajunya, terus je bukak. ^_^


yeay..dapat lipbalm avon.
dari siapa?

daripada ARDINI HUMAIRA.
hari tu cik dni ni ada anjurkan teka teki makanan. dapat jawab, tu yang dapat hadiah ni.

untuk dni : thanx sangat-sangat tau. tak dapat perfume pun tak apa. sebab saya memang nak ada lipbalm pun. ^_^

Wednesday, May 4, 2011

excited betul naik kereta peronda

dah lama tak update blog ni. biasa lah. orang busy yang tak ada masa. busy exam lah konon. tapi sempat weekend hari tu pergi pulau pinang. bercuti bersama keluarga..^_^

punya lah excited. first time jejak kaki kat penang tu. tapi biasa lah, bukan hidup kalau tak ada dugaan. dugaan apa? kereta rosak. bukan kereta yang kitorang bawak ke sana. tapi kereta kakak aku yang duduk sana.

boleh pulak mati tengah jalan. cis cis cis. dah la malam. kena tunggu pulak akak aku dengan husband dia cari bateri. nak tinggal kereta takut pulak.

tengok enjin tu bukan tau pun apa yang rosak. setakat tengok je lah. =p

yeay. penang ronda datang membantu. ^_^ tu pun dah berapa lama tunggu tepi jalan tu.

muka jakun first time naik kereta peronda and kereta kena tarik. haha


tapi yang bengangnya, boleh pulak kena tipu dengan orang bangkel tu. mahal giler dia cas. triple kot dari harga biasa. mungkis cas weekend kot. harga berganda. memang kurang hasaaam itu orang. sampai sekarang teringat.

malas nak cerita penipuan orang tu. tapi memang nampak sangat menipu. tau la plat kitorang bukan plat P. (ada kena mengena ke?)

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...