Friday, November 4, 2011

underwater world doodles


yeay. inilah projek pertama aku bekerja. sebab bos tak bagi aku kerja, maka aku buatlah kerja sendiri. haha. ingatkan zaman melukis-lukis ni dah habis. rupanya bersambung lagi. ^__^  


Thursday, November 3, 2011

sejuk ibarat duduk dalam peti ais

sekarang ni sumpah aku rasa sejuk giler. terasa macam musim bersalji pulak sejuknya. (okeyy. aku tak pernah pun pergi tempat bersalji) tapi seriously, sejuknya dah menyengat ke tulang-temulang. walaupun lapisan lemak dan daging sudah cuba menghalang, tetapi sejuk tetap sampai ke tulang. (punyalah nak bagi tau sejuk tu sampai ke tulang. -_-")

walaupun sekarang ni tak hujan, tetapi disebabkan pagi-pagi tadi aku dah bermandi hujan, maka kesejukannya sampai ke petang. (panjangnya ayat. -__-') hari ni aku pergi kerja naik motosikal yang tiada bumbung. sebab tu lah hujan jatuh bertimpa-timpa dekat atas seluruh badan aku. kepala je selamat. sebab helmet penyelamat kepala.

yang menambah kegeraman aku ialah, kereta ada di rumah. tetapi kunci nya tiada pula. kereta di selangor. kunci di pahang. jauh tu. haissshhhh.. ini sebab adik bujang aku yang seorang tu yang sangat rajin bawak kunci kereta sekali. grrrrrr.. dah la lagi seminggu baru dia balik. siap lah dia bila dia balik nanti. harus belasah cukup-cukup. haha





kasut ni comel sangat. nak beli boleh?

aku selalu belek-belek kasut kat 1 blog ni. blog ni terlalu banyak sangat kasut yang kita boleh order. aku teringin nak beli. tapi aku takut sebab kaki aku payah sikit bab kasut-kasut ni. and tadi aku belek lagi. sampai la aku jumpa sepasang kasut yang sangat lah comel. nak tengok?


comel tak? boleh tak kalau nak jalan-jalan pakai macam ni. agak-agak orang pandang tak. huhu. geram tengok. dah la pink. ada teddy bear pulak tu. ^__^

kalau nak tengok kasut cantik-cantik, boleh tengok blog ni. SHOESHAVEN  mana tau ada yang berkenan nak beli.

kentang spring sedap

wahhhh. akhirnya, aku berjaya buat kentang spring dekat rumah. lepas ni, tak payah lah nak beli dah. mahal tu kalau beli. buat sendiri, jimat je.


okay. aku tau rupanya hodoh. haha. tak apa, ni baru first time. nanti second time, boleh buat kasi cun sikit. ^__^

pencarian blog follower bawah 500


jom join segmen jom.

kali ni segmen yang dianjurkan oleh blog genkcorner.


segmen ni khas untuk blog yang ada follower kurang dari 500 je tau. (macam aku. hihi)

Wednesday, November 2, 2011

sutera bidadari - ramlee awang murshid

selalunya kalau sebut pasal novel, mesti terbayang novel-novel cinta. tapi aku kurang berminat dengan novel-novel cinta. aku lebih suka novel-novel yang tidak terlalu fokus pada cinta atau kekasih-kekasih ni. aku terlalu minat dengan novel-novel ramlee awang murshid. seriously, novel-novel dia semua best-best lah. tapi aku belum la baca semua. ada beberapa yang aku belum baca lagi.

sekarang, aku tengah baca novel SUTERA BIDADARI. novel ni merupakan novel sambungan daripada novel BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU, HIJAB SANG PENCINTA dan CINTA SUFI. 

ini kulit depan sutera bidadari
tak sabar nak habiskan novel ni. selalunya kalau baca novel-novel ramlee awang murshid ni, aku tak boleh nak berhenti. kalau berhenti, boleh mimpi lagi tu. haha. sama macam kalau baca buku harry potter. confirm bawak ke mimpi.
~ ~ ~ tak sabar nak balik kerja, nak baca novel. ^__^


hari pertama bekerja - kisah anak mak

hari ni hari pertama aku memulakan kerja. seriously, mula-mula cuak tau. siapa la tak cuak. tapi, bila dah start, tak ada apa pun. biasa je. kena brief sikit dengan bos. lepas tu, pergi bilik sendiri. sorang-sorang pulak tu. giler sunyi lah. buat hal sendiri je. sekarang ni tengah tak ada projek, maka tak adalah kerja. cuma kena buat claim je tadi kejap. so sekarang ni, tak tau nak buat apa. curi-curi online. hihi.

apa pulak kena mengena dengan tajuk dekat atas? "KISAH ANAK MAK:". sekarang ni aku duduk dengan mak aku. walaupun dah kerja, mak tetap tolong buat sarapan. lepastu, tunggu dekat depan rumah bila nak pergi kerja. ambilkan helmet lagi. balik rumah pulak, tinggal makan je. ouuuh..bila nak berdikari macam ni. ^__^



gaya bertudung si cilik

di sebabkan aku yang menjaga anak buah aku, maka habislah aku kerjakan si budak kecil itu. haha. walaupun baru 3 minggu umurnya, tapi aku dah pakaikan tudung tau. jom tengok gaya bertudung si cilik hana mustika. ^__^





haha. cute kan. kecik-kecik dah bertudung. tudung aku la tu yang aku sarungkan. sebenarnya, time tu agak gerimis. nak bawak hana mustika masuk kereta. sebab tak ada payung, so, aku pun sarungkan la tudung dekat dia. heeeee....

jom banteras nyamuk aedes


tadi bukak blog, nampak la iklan nuffnang ni. iklan kempen HAPUSKAN AEDES. sekarang ni, kat tempat aku tengah bergotong royong jalankan kempen ni. sebab apa? sebabnya dah ramai yang kena denggi dalam 1 masa. kalai tak silap. ada lah 10 orang kot. fuhhh.. memang seram. jabatan kesihatan dangan majlis daerah pun ikut turun padang. 

jadi, sebelum terlambat, jomlah kita sama-sama jalankan tanggungjawab kita memerangi nyamuk aedes. ^_^

Tuesday, November 1, 2011

berakhirnya kisah si penganggur

alhamdulillah. akhirnya, aku akan mengakhiri zaman pengangguran (bukan zaman bujang). hari ini merupakan hari terakhir untuk aku menjadi seorang penganggur yang berjaya. esok, aku akan memulakan kerjaya baru aku pula. ohhh..serious, aku berdebar tau. dah lama aku tak tengok drawing, tender. mati lah aku.

walaupun gaji tak lah tinggi macam orang lain, tapi tak nak lah aku memilih. belum tentu kerja lain yang aku apply tu aku dapat. tak nak lah jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran". (sempat lagi berperibahasa. ^_^)

apa pun, good luck untuk aku esok. ^__^

si cilik yang pandai berdikari


ini lah dia, si cilik hana mustika. waktu ni, umur dia baru je 2 minggu. kita bagi dia susu botol, boleh dia pergi tolak tangan kita. dia yang sibuk nak pegang botol tu sendiri. sabar je lah budak kecik oiii. tapi tak boleh bagi dia pegang lama-lama. bahaya. kasi chance kejap je tu.

video : bunuh diri hanya sebab putus cinta

video

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...