Saturday, April 23, 2011

jom tengok Biwi No 1. bestnya.. ^_^


seriously, tiba-tiba rindu nak tengok cerita hindustan. cerita zaman-zaman salman khan, shah rukh khan tu. tak cerita zaman sekarang. tak kenal pelakon dia dah. zaman-zaman diorang tu time aku sekolah rendah lagi. dulu sanggup sewa video tape dekat kedai india. haha.

sekarang tengah tengok biwi no1. salman khan and karisma kapoor. ^_^



siapa-siapa nak tengok, boleh klik sini.


jom makan kfc free

tadi tengah blogwalking, terjumpa pulak pasal cheezy wedges free. dekat mana jumpa? dekat blog ferra.

dulu sibuk dengan voucher Mcd, sekarang jom terjah KFC pulak untuk makan chezzy wedges free.. tapi, sebelum pergi, kena lah print dulu voucher tu dekat sini. ^_^

promosi sehingga 30 april sahaja. tinggal berapa hari je lagi..


nak dapatkan pendapatan sampingan tanpa perlu naikkan traffic blog?

nak dapatkan pendapatan sampingan tanpa perlu naikkan traffic blog?

boleh register dengan ipanelonline. ipanelonline ni bukan satu khidmat pengiklanan. ia satu medium untuk menjawab survey. mata akan diberikan pada survey yang kita jawab. ^_^

so, apa lagi. jom la register dengan ipanelonline. aku pun baru je join. banyak jawab survey, banyak la mata yang dapat.. ^_^

5 benda yang perlu ada untuk study

minggu exam dah bermula. semua mesti sibuk study kan.

apa 5 benda yang perlu ada sebelum mula study?


1) nota yang sudah disusun rapi

kalau tak ada nota atau buku, macam mana nak study kan.

2) pen, pensil dan highlighter

ini penting untuk tanda keywords and untuk buat nota tambahan.

3) kamus

untuk yang tak fasih english macam aku, kamus adalah sangat penting. bukan semua perkataan english tu aku paham.

4) laptop

laptop ni penting. ye la, kita mana boleh fokus study lama sangat. kena selang dengan hiburan sikit. haha.


5) handphone

(penat aku cari handphone aku tadi, nak ambik gambar. macam mana aku boleh lupa, handphone tu aku tengah pegang untuk ambik gambar. -_-' )

handphone ni penting, mana tau ada urgent call or mesej ke..senang nak angkat. (alasan)


apa pun, good luck semua yang nak exam.. ^_^



bila bangun tidur, mesti nak buat benda ni.


perkara yang selalu dilakukan bila bangun tidur :

1) tengok handphone - tengok pukul berapa. kalau awal lagi, sambung tidur balik.

2) tengok laptop - bukak facebook, kalau ada notification ke. lepas tu tutup. bukak blog. baca entry-entry baru.

3) mandi - bila dah rasa lapar, baru pergi mandi.

4) makan - kalau kat kolej, geledah la stok makanan yang ada. kalau kat rumah, geledah la dapur tu tengok ada makanan ke tak.


Maharaja Lawak Minggu-4 Sepah - best giler




haha..lawak la diorang ni..

nak lepas ek.. kira 1 sampai habis.. haha..

Friday, April 22, 2011

kalau tangan tu mula menggatal

hari tu ambik thesis yang dah siap di hard cover kan. orang kedai tu bagi kotak nak isi thesis yang banyak lagi belambak tu.


geramnya tengok kotak yang putih suci dan bersih tanpa sebarang contengan tu. tengok lah nanti, dalam berkelip-kelip mata, akan ku conteng itu kotak. haha. dah gatal tangan ni nak menconteng.


p/s : berkelip-kelip mata sebab confirm lama nak menconteng satu kotak tu. ^_^

Thursday, April 21, 2011

suaikenal NUSHA, saya nak kenal follower saya


aku rasa dah lama aku follow blog nusha ni. so, kebetulan dia tengah buat sesi suai kenal bersama followernya, boleh la join. boleh jugak berkenal-kenalan.. ^_^

cik nusha suruh cerita pasal diri sendiri. ini memang lemah. tak reti nak bercerita tentang diri sendiri. cuma nak bagi tau je yang aku nistart blogging lama tau. awal tahun 2009 tak silap. tapi waktu tu tak kenal apa tu blogwalking, follower, nuffnang tu semua. yang aku tau, cuma blog, tulis, publish. haha.

kalau nak tau, aku letak kotak follower tu rasanya lepas lebih setahun berblog. sebab? sebab aku takut tak ada orang follow. haha..sekarang ni baru la tau apa benda tu semua. aku rajin follow blog orang. sebab dari situ aku boleh blogwalking banyak-banyak. :)

siapa-siapa nak berkenalan dengan cik nusha, boleh klik sini. :)

Meh Join Bloglist FizA


nak join bloglist liza? jom klik sini.. :)


kerja best dalam toilet

apa kerja yang best buat dalam toilet?

-
-
-

ni gambar bila ntah. dah lama rasanya.
lokasi tak ingat

ni setahun yang lepas rasanya
ni mid valley kot


ni tahun ni jugak
ni ikea

ni waktu dinner
ni marriott hotel, putrajaya


ni yang latest
lokasi - sogo



motif? nak tunjuk, asal masuk toilet je suka ambik gambar. tapi toilet yang best yang ada cermin besar la. baru best ambik gambar. haha




gaya tidur yang menyeronokkan



nak tengok gaya tidur yang menyeronokkan dan mengasyikkan?

jom tengok bawah jom..

-
-
-
-
-

ini gaya 3 berangkai. yang oren tu ada jambatan ke apa kat bawah tu. boleh pulak tidur antara 2 kerusi.


ini gaya meniarap.


ini gaya lentik.



Wednesday, April 20, 2011

pudu berwajah baru

pudu dah bukak. sempat jugak aku rasmikan sabtu hari tu. haha. rasmikan naik bas dari situ. macam jauh je nak balik. padahal tanjung malim je pun. nak masuk pun teragak-agak. tanya pegawai yang jaga tepi tu, "kak, boleh naik bas dari sini dah ke?"

dah masuk dalam tu lagi la terpinga-pinga. wehh..mana nak beli tiket ni.. suka hati kaki aku je jalan ntah ke mana-mana. rupanya kaunter tiket dah dekat tingkat atas.


pergi lah naik escalator yang belum berfungsi ni.. -__-"


punya lah aku melilau dekat kaunter ni. dah la tulisan kecik-kecik. tak nampak dari jauh. nak pergi dekat, segan lah pulak. ada ke bas tanjung malim ni. tak ada kang malu je. haha.

aleh-aleh ada makcik tiket tu panggil aku. nampak sangat kot muka terpinga-pinga aku ni.


dah banyak kerusi dekat kaunter tiket. lapang sikit. tengok budak boleh berlari-lari. tapi yela, hari tu bukan ramai orang pun. cuba tengok nak raya nanti.


dah, turun pergi platform 5. nak naik bas.

dah beli, cepat-cepat pergi platform 5. ye la, bas nak gerak 10 minit je lagi. tak nak aku tertinggal bas lagi. tu ha tempat nak turun pergi dekat bas. kerusi pun dah banyak sikit.


apa-apa pun, semoga kebersihan pudu tu sentiasa terjaga. biarlah bersih and cantik macam tu. tak la serabut duduk tunggu bas lama-lama.




kalau malam-malam panas, korang buat apa?

walaupun jam tepat menunjukkan pukul 12.32 am, tapi serious, panas sangat. walaupun kelajuan kipas sudah mencapai tahap maksimum, tapi tetap berpeluh. panas sangat. memang tak senang duduk.

kalau lelaki mesti dah boleh bukak baju kan. boleh anginkan badan. kalau perempuan haruslah bersopan sedikit ye.

rindu dekat rumah. time macam ni confirm sejuk sangat. bukan sejuk air cond. tapi sejuk semula jadi. almaklumlah. duduk kampung. kipas pun tak diperlukan waktu malam-malam macam ni. enak dan lena berselubung dalam selimut.

tapi sekarang ni, terpaksa menggunakan khidmat tangan untuk mengipas diri menggunakan kipas tangan. T.T sudah lah ada kipas siling, ditambah lagi dengan kipas tangan. nasib tak ada kipas bateri je.


kipas itulah yang membantu sedikit menyejukkan diri ditambah dengan melenguhkan tangan

Tuesday, April 19, 2011

aku benci blog nie!


kenapa benci blog ni?

klik sini.

buat header guna gimp 2

sekarang ni, aku still belajar buat header sendiri. guna gimp je.. sebab tu je yang aku ada.


ni first header

ni second header


ni yang latest




aku baru belajar buat benda alah ni. sebab tu simple je and tak cantik macam orang lain buat. aku perlukan komen dari semua. sebab aku still nak belajar lagi. ^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...