Saturday, February 11, 2012

mee udang banjir kuala selangor

 ini air carrot susu.
warna dia pelik sikit.
kekuning-kuningan
nak kata lebih susu, tak jugak.
rasa sedap je.

ini mee udang banjir.
harga : RM6.50
rasa sedap sebab cair je kuah dia.
cuma terlebih manis sikit.
tapi tak best udang dia 5 ekor je.
pernah makan tempat lain, sampai 8 ekor udang.
sedap pun sedap, cuma kuah dia pekat yang buat kurang berkenan.

jom tengok kuch kuch hota hai di tv3


dah lama tak tengok cerita kuch kuch hota hai ni.
rinduuuu pulak nak tengok.
memang marah lagi dengan pencuri yang masuk rumah aku, and curi semua cd-cd yang ada dekat rumah time tu. 



apa pun, jom laya kuch kuch hota hai dekat tv 3, pukul 2 petang ni jom.




dang suria yang laser mengkritik

beberapa hari ni kecoh jugak kan yang dang suria lancang mengkritik peserta on air.
dia dikritik penonton sebab mengkritik fizikal peserta secara jujur dan tak berlapik.
yang menjadi bualan, bila dia mengatakan peserta tidak layak kerana gemuk dan tidah handsome.


tapi semalam baru aku ada peluang nak tengok on air.
tapi rugi la..sebab terlepas masa dia kata gemuk tu.
cuma tengok masa yang dia kata lelaki tu tak handsome.
kejam oh kejam.


1 malaysia tengok yang dia kata budak tu tak handsome.
habis la jatuh air muka lelaki tu kan.
memang la kalau kita tengok pelakuon, pengacara atau penyayi.
kita jadi "wahhh..handsomenya dia."
"suka la tengok muka dia.."


tapi..kalau yang tak reti berlakon, tak reti menyanyi, tak reti mengacara..
"ishhh..malas lah tengok. berlakon pun tak reti."


contoh: pelakon aiman dalam cerita vanilla coklat.
masa dia masuk mentor : aku tak minat pun sebab dia nyanyi tak best. walaupun handsome. haha. kejam kan.
masa dia berlakon vanila coklat : wahh..best jugak dia berlakon. terus minat.

Contest Blog Paling Kemas


klik banner untuk join.

Friday, February 10, 2012

cara berjalan kaki

rasanya ada 3 cara berjalan yang familiar.

 1) menapak ke arah luar

 2) menapak ke arah dalam

 3) menapak secara lurus


dulu-dulu kala, zaman sekolah, aku menapak cara yang pertama.
kaki keluar.
tapi jeles tengok orang jalan dan menapak secara lurus.
cantik dan kemas je.
jadi, tanamkan impian untuk jalan secara lurus.


caranya?


berlatih berjalan di atas mozek ataupun apa-apa garisan lurus di lantai.
jalan perlahan-lahan ikut garisan tu macam gambar.
jangan laju-laju.
jangan cepat rasa penat.
teruskan berlatih sampai boleh berjalan laju tanpa tengok kaki lagi.


akhirnya, aku berjaya juga berjalan dan menapak secara lurus.
terasa lebih yakin bila melangkah.
^__^

First Contest by Afiqah & Amani Azwa: Edit Gambar Sehabis Cun

hari ni mungkin hari join contest untuk aku kot.
asyik nak join aje kerjanya.


rajin-rajinkan diri klik banner ye untuk join.:)

sebab dah lama tak merajinkan diri edit gambar, maka aku letak gambar yang sudah lama ku edit.
and pernah bertepek dekat blog ni suatu masa dulu.

 
ini adalah gambar sebelum edit.


hasil edit?

ini dia...
ini dia selepas edit.

sorry kinah, zetty and huda.
guna gambar korang untuk diedit.
tapi lagi sorry dekat pidot (lelaki termenung berbaju biru), sebab gambar kau terus hilang.
^__^

rindu nak makan sata yang sedap

sumber gambar : sini


siapa tak kenal sata.?
kecik-kecik dulu, suka sangat makan sata.
pergi pasar tiap minggu, mesti nak beli.
murah je time tu.
secucuk RM1. ada 5 ketol.
sekarang?
paham-paham la kalau harga barang semua mahal sekarang ni kan.


tapi sekarang dah bertahun-tahun aku tak beli.
betul, tak tipu.
sejak aku sekolah dekat johor.
memang la tak jumpa.
lagipun tengah fanatik dengan mee siput time tu.
haha.


dan sejak pindah ke sungkai, pindah ke sungai tengi, pindah ke sungai besar.
memang langsung la tak jumpa.
tiba-tiba teringin pulak.
kalau dah dasar kaki makan, memang cam ni la.
^___^

lagi 2 ekor anak kucing mati...

anak kucing dari 6 ekor..
sekarang tinggal 3 je..
hari tu sekor mati..
semalam sekor.
dan pagi tadi sekor.


harap yang 3 ekor yang gemok gedempol tu akan terus sihat.
tak nak ada yang mati dah..
sedih..

Segmen Review Blog Kami


sudi-sudi lah klik banner untuk join..:)

Mini Giveaway 2012 by shagcomot.com


klik banner kalau nak join ye.


Pupel Liyana Mega Giveaway

klik banner ye kalau nak join..:)

klik sini pon boleh..: SINI

ni senarai sponsor dan hadiah. banyak ni..



jadi, apa lagi..
nak tag semua yang baca ni join giveaway ni.

Thursday, February 9, 2012

sekor anak kucing dah mati

sekor anak kucing yang tak membesar macam yang lain.
berbeza kan besar 2 ekor tu.
kucing yang kecik tu tak sihat.
and baru je mati.
tak sempat nak bagi ubat.
sekarang tinggal 5 ekor je.
lagi 2 ekor pun macam tak sihat.
dah lembik tak bermaya.
nak kena bagi ubat cepat-cepat ni.
mintak-mintak yang lain hidup sihat sampai besar.

kamera compact murah

terasa mahu mebeli kamera.
sebab kamera handphone tak cantik macam yang dulu.
sobs sobs.
tapi tak tahu mahu beli yang mana.
sumber gambar : canon malaysia

mungkin seperti di atas.
harga pun murah.
RM249.00
tapi tak pernah pulak jumpa kat kedai harga macam tu.
haha.
memang nafsu nak dslr.
tapi kemampuan, cuma kamera begini saje.
jadi, berbelanja ikut kemampuan.

lunch hour. yeay!!

sudah mahu pukul 12.30 pm.
maksudnya, lunch hour dah nak dekat.
perut pun sudah berlagu-lagu meminta makanan.
mahu laju-laju pergi beli makanan ni.
kesian perutku kelaparan.
^__^


jom pergi makan jom.

Wednesday, February 8, 2012

buat kad birthday di kala bosan

time bosan-bosan duduk rumah.
mula la ambil kertas dan pen.
lalu conteng laju-laju sampai jadi kad birthday.
sebab memang tak ada niat pun buat birthday card.
cuma niat nak conteng-conteng.



 birthday card yang berwajahkan kek senget-senget.


kat dalam ni entah apa yang aku cuba lakukan entah.
sumpah burokkk.
haha

kerja langsung tak jalan

disebabkan hari ni masih mood cuti.
dan kepala ting tong ting tong.
maka kerja cuma bergerak sedikit saje.
sumpah pemalas.
macam mana nak jadi pekerja cemerlang kalau macam ni.
=__=

CONTEST PERIBAHASA MELAYU by ARRA AHMAD DAN AMALINA



klik banner kalau nak join ye.
dah nak tarikh tutup ni.
tarikh tutup : 9 februari 2012 : 8pm


peribahasa melayu pilihan.


cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.

maksud : berhati-hati bila bercakap. 

kalau nak bergosip pun, tengok-tengok jugak kiri kanan. kang tak pasal-pasal yang digosip ada dekat sebelah. habis berperang setahun nanti.

mood selepas bercuti lama

lepas 4 hari riang gumbira bercuti.
hari ni kena gagahkan diri bekerja.
time time ni lah kepala mula rasa pening-pening.
kepala dah jadi ting tong.
kalau tak disebabkan ada sebut harga nak kena hantar esok.
sah sah sambung cuti.
tapi apakah daya.
kena kerja juga.



jom kerja jom.
yang tengah cuti tu,
i jealous tau....

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...