Saturday, January 28, 2012

jom pergi makan nasi minyak

sekejap lagi nak pergi kenduri kahwin officemate.
nak pergi kenduri kawan ni, haruslah tak datang dengan tangan kosong kan.



sekotak hadiah untuk mereka.
apa isinya?
haruslah barang dapur.
^__^

drawing minggu ini.


lukisan yang sangat kanak-kanak.
^____^

Friday, January 27, 2012

singgah sebentar di kedai kek

sekarang ni aku dah jadi pelanggan tetap kedai kek happy angel sungai besar.
serious, nak pergi buat member card lah.
pekerja kedai tu dah boleh kenal dah muka ni.
^__^


kali ni, pilihan untuk lunch adalah :



 ini blueberry cheese tart pilihan.
sedap sesangat.
harga pun murah. 
seketul RM 1.80
beli 3 RM 5.00

 cheese dia memang banyak.
memang hari-hari rasa nak beli.
serious tak tipu.

ini kek coklat apa ntah nama dia.
tapi pun sedap.
satu slice RM 4.00
kalau member, buy 1 free 1.
nak g jadi member cepat-cepat lah cam ni.

tips mendapatkan badan idaman

nak tips mendapatkan badan idaman setiap orang?
yang kurus dan cantik?
yang sihat dan cergas?





g beriadah sana.
berjogging ke.
bersukan ke.
dah petang ni.
^___^

belangkas itu sedap dimakan


ini namanya belangkas.
belangkas ni rebus je.
malas nak bakar.




ni bila kita terbalikkan belangkas tu.
kena kopek kulit dia tu.
kopek dari bawah senang sikit sebab lembut sikit kulitnya.



dapat la makan telur dia.
rasanya macam telur ketam.
isi belangkas ni tak banyak.
rasa isi dia pun macam isi ketam juga.


tapi..
kalau siapa tak tahan, tak boleh makan banyak.
boleh pening.
semalam aku dah pening sebab makan banyak sangat.
=__=

Thursday, January 26, 2012

review korean drama : 49 days


kali ni review drama korea : 49 days
episod panjang sikit. 20 episod.


cerita ni best sebab unik.
cerita tentang seorang yang koma.
dia cuma ada masa 49 hari je untuk kumpul 3 air mata dari orang yang sayangkan dia.
tapi tak termasuk family.
tapi orang yang menangis untuk dia tu kena ikhlas menangis.

tapi..ending dia sedih lah sikit. sobs sobs sobs.

kucing berebut anak lagi.


kucing ku, COMEL dan ibunya yang tak bernama dah beranak dalam tempoh selang seminggu je.
sebab COMEL sangat manja dengan emaknya, dia masih mahu tidur dengan emaknya dan ikut menyusu bersama anak-anak emaknya, merangkap adik-adiknya. 

 
sampaikan COMEL anggap adik-adiknya tu macam anaknya.
COMEL siap curik lagi anak emaknya.
habis semua dikebas.
ciss betul COMEL.
nak jadi anak derhaka ye.


so, taknak bagi diorang berebut, maka mereka semua diletakkan dalam 1 kotak yang besar.



dua ibu, enam anak.
saling berkongsi susu.
saling berkongsi kasih.


 3 hitam anak si ibu.
3 oren anak si COMEL.



zoom sikit. haha. 



baby kucing yang bermuka bulat.
gerammmm.
cepat besar tau.
nak buat main.
^___^

hasad dengki sesama adik beradik

hubungan adik-beradik seharusnya rapat, mesra dan saling membantu.
bukan tu je, banyak lagi sepatutnya.
tapi ada juga hubungan adik beradik yang tidak rapat.
malahan ada juga yang bermusuhan sesama sendiri.
ada juga sifat dengki dan cemburu dengan adik-beradik sendiri.


mungkin sampai satu tahap, boleh bergaduh besar.
mungkin juga lari dari rumah.
benda macam ni memang tak mustahil.


mungkin ayat-ayat seperti ini akan muncul.
"selagi adik ada dekat rumah, akak tak nak balik."
"mak selalu lebihkan abang. mak tak sayang adik."


selama ni, aku tak pernah terifikir tentang adik-beradik sebegini.
rasa seperti semua adik-beradik mesti rapat.
tapi bila kita makin banyak kenal orang.
kita akan jumpa juga situasi begini.


ini bermaksud, kehidupan setiap orang tak sama.
ada yang bahagia, ada juga yang tidak.

kerja sebagai juruukur bahan

alhamdulillah, berjaya jugak habiskan degree quantity surveying ikut masa yang ditetapkan.
dan sekarang kerjalah sebagai juruukur bahan dengan kontraktor.
company kecik je. projek pun tak banyak sangat.


kerja macam ni memang ikut musim.
kalau ada tender, banyak lah kerja yang memang kena overtime je lah.
kalau tak ada tender, memang sampai kebosanan lah tak tahu nak buat apa.
sampai nak online pun tak tahu nak buat apa dah.


kerja dengan kontraktor macam ni lebih banyak kena isi harga dalam borang tender dengan sebut harga.
so, harus tahu harga.
walaupun ada jadual kadar harga, tapi x semua benda ada dalam tu. T__T
taking off?
memang jarang sangat buat.


aku tak pernah ada pengalaman kerja dengan quantity surveyor firm.
tak pernah juga bekerja dengan consultant.
maka tak ada pengalaman dalam hal itu.


site visit macam ni?
setakat ni belum pernah lagi..
^__^



p/s : sekadar panduan untuk adik-adik yang nak cuba nak belajar quantity surveying. :)

Wednesday, January 25, 2012

review korean drama : lady castle


dah berjaya habiskan cerita lady castle ni.
episod tak banyak. ada 16 episod.


cerita ni best jugak.
selalu cerita korea ni, lelaki kaya, perempuan miskin.
kali ni, terbalik pulak.
lelaki miskin yang kena kejar dengan orang kutip hutang.
perempuan pulak kaya and berlagak.
ending pun best!!
suka... ^____^

seronok bercuti lama-lama

akhirnya keseronokan bercuti selama 4 hari dah barakhir.
sila menyambung kerja masing-masing ye.


mesti ramai yang pergi bercuti kan hari tu.
and mesti ramai jugak yang balik kampung kan?
aku?
menghabiskan masa melayan anak buah je dekat rumah.




inilah si gendut hana mustika.
makin hari makin gendut.
^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...