Friday, March 16, 2012

blackcurrent aloe memang best


ini memang air favourite.
tapi haruslah sejuk kan.
kalau tak sejuk, tak syokkkk la.
rasa masam-masam.
lepas tu ada jelly aloe vera.
yummmmyyy...

Thursday, March 15, 2012

setiap bulan mesti nak shopping

setiap kali dapat gaji,
hati mesti meronta-ronta nak bershopping.
selagi tak shopping tu, rasa macam tak puas je.
ada je benda yang tak kena.


tapi tak ada lah nak shopping sakan kan.
sekadar beli baju sehelai dua.
kira dah puas sangat dah tu.


tapi sekarang ni memang asyik shopping kain pasang aje.
almaklumlah. hari-hari nak kena pakai baju kurung.
nasib tak baik lah sungai besar ni banyak kain pasang.
laju je menghabiskan duit.


sekarang ni ada dua tempat online shopping yang memang aku aim je.

shoeshaven

d'shopper nista


geram je tengok kasut dengan baju-baju tu.
memang tunggu masa je lah nak pergi order kan.
tapi tunggu next gaji lah.
=___="

tak dapat nak bercuti sepenuhnya esok

dari awal lagi dah plan nak cuti esok.
sengaja nak berehat-rehat di rumah.
sambil melayan anak buah, hana mustika.
hari sabtu nanti hana mustika dah nak balik port dickson.
tu yang nak ambil cuti sebab nak main puas-puas dengan budak gemok tu.


tapi...
esok pagi kena pergi lawat tapak.
habis punah harapan.
tapi untuk tak kecewakan diri, 
mintak cuti setengah hari je.
lepas je habis lawat tapak esok, 
harus terus cabut balik rumah.
^__^


p/s : orang lain cuti untuk balik kampung.
tapi aku cuti bila adik beradik balik kampung.

doodle cute girl


ini hasil pembelajaran hari ni.
gigih wehhh..
terkedek-kedek nak guna mouse.


semua ni pun hasil daripada tutorial cheebess doodle ni.
tapi tuan tutorial tu lukis sendiri gambar tu.
tapi aku malas nak lukis.
maka ambik dari internet je.
gambar asal ambik dari sini.

budak kecil dibiarkan keluar rumah sendiri

waktu nak balik rumah tempoh hari,
ada nampak sorang budak kecik dekat tepi jalan.
sorang-sorang.
dah la waktu tu maghrib.
hujan and kilat pulak tu.
tak tahu macam mana budak tu boleh terlepas keluar rumah.
kalau tengok saiz, umur dalam 2 tahun.


waktu tu, memang aku langsung tak perasan budak tu.
mak aku yang perasan.
"anis..budak tepi jalan tu."
memang nasib baik aku bawak slow sangat waktu tu.
hujan kan.
lagi pun jalan kampung.
kalau kereta atau motor yang laju, tak tahu lah apa jadi.
sebab budak tu betul-betul dekat tepi jalan.


entah anak siapa pun tak tahu.
mungkin masa family tak perasan, 
budak tu keluar rumah.
hujan pulak tu.
lagi la seronok dia main hujan.


sekarang ni bahaya betul budak dibiarkan macam tu je.
dekat bandar atau kampung,
sama je bahaya nya.

Wednesday, March 14, 2012

hippo gemok

hippo gemok gedempol.
^___^

pakai tudung bawal jadi selekeh

sekarang ni jarang sangat pakai tudung bawal.
sebab dah syok pakai tudung ekspress.
senang, ringkas, cepat dan kemas.


tapi hari ni pakai lah tudung bawal.
sebab takde tudung ekspress yang sesuai dengan baju hari ni.
tapi....
sumpah selekeh sangat.
rasa macam budak sekolah pun ada.
kemik sana.
kemik sini.
wahhhhh..rimas nya macam ni.
tak suka.
dah tak reti pakai tudung bawal.
-____-"

ribut di pasar malam

lewat petang semalam,
baru je nak mula shopping makanan dekat pasar sungai besar,
tiba-tiba angin ribut.
hujan nya gerimis je.
angin tu seriously memang kuat sangat.
payung-payung tu semua nak terbang.
memang gigih la peniaga tu semua pegang payung masing-masing.
menakutkan je tengok.
berpusu-pusu orang semua balik.
tapi aku dengan kakak aku ni jugak gigih nak beli makanan lagi.
haha.
lapar punya pasal.


Tuesday, March 13, 2012

terasa macam nak tercabut tangan

sekarang ni tengah sibuk isi tender.
esok dah nak kena hantar.
harus lah gigih siapkan hari ni jugak.
sudah lah tebal ya amat.
belum sampai separuh isi, tangan dah rasa macam nak tercabut je.
-____-"


dulu kalau time exam, selalu la rasa macam nak tercabut tangan.
menulis banyak-banyak.
sambil laju-laju nak kejar masa.
tak sangka sekarang ni pun rasa benda yang sama.

nak kahwin dengan anak raja



atas tu pokok semalu.
si pokok yang sangta pemalu.
tapi apa kena mengena dengan nak kahwin dengan anak raja?


kalau kecik-kecik dulu, memang kecoh pasal benda alah ni.
siapa pijak pokok semalu, tapi pokok semalu tak kuncup,
orang tu akan kahwin dengan anak raja.


maka, semua pun sibuk lah pijak pokok semalu ramai-ramai.
walau seluas mana pun pokok semalu tu,
memang semua tutup sebab kena pijak.
semua kecewa sebab tak dapat kahwin dengan anak raja.


itulah zaman kanak-kanak.
semua benda nak percaya.
tapi seronok kan.
rindu pula..

makan pulut sebabkan ngantuk

hari ni rasa mengantuk je.
walaupun dah tidur awal malam tadi.
tetap ngantuk je mata.
pagi tadi sarapan pulut cicah sambal tumis ikan bilis pedas.
ada orang kata makan pulut ni memang boleh buat kita mengantuk.
betul kah?

Monday, March 12, 2012

gajah pink pulak

kali ni lukis gajah pink pulak.
ni namanya tengah syok na buat kartun la ni.
asyik nak melukis je.
tapi masih nak bertatih-tatih lagi.
lukisan pun comot-comot lagi.
takpe, usaha tangga kejayaan.
mana tau nanti lama-lama boleh jadi comel dan cantik.


ambik gambar bawah ni jadi ilham.


hakhak.
gajah yang ni memang super comel la kan.
tak mampu nak hasilkan gajah secomel ni.

a big hug from a cute bear



nak hug semua readers dengan follower lah.
^__^


motif nak tunjuk doodle binatang first yang dibuat sendiri.
gigih betul nak siapkan.
lukis binatang lagi senang rasa dari lukis orang.
buat bulat-bulat je.
nampak comel sikit.
haha

lens drops favourite


ni lah dia lens drop favourite.
tapi susah nak jumpa.
sebab dekat guardian tak de.
nak kena pergi dekat watsons yang jauh tu.


suka pakai lens drop ni.
bila mata rasa letih, kering or pedih-pedih bila pakai lens,
titik je benda alah ni.
rasa sejuk je.
lagi-lagi bila duduk dalam aircond.
cepat je mata rasa kering.
memang sentiasa ada dalam beg la benda alah ni.

Tri Fa Wardrobe 1st Anniversary Giveaway!

klik la banner ye.

like and follow semua ni ye,

  • Tri Fa Wardrobe: page [klik], blog [klik]
  • Shamila Shop's Catalyst: page [klik], blog [klik]
  • Pencinta Hijab: page [klik], blog [klik]
  • Lovebag Lovebag: page [klik], blog[klik]
  • Asmyra Hafizz: page [klik], blog [klik]
  • Kitty Sykes Closet: page [klik]
  • Indah Catalyst: page [klik] dan [klik], blog [klik]
  • Linehandbag Collection: page [klik], blog [klik]
  • Aina Fesyen Collection: page [klik] dan [klik], blog [klik]
  • Azza Utsukushii: page [klik], blog [klik]
  • Hijabersfashion Couture: page [klik], blog [klik]
  • Ctredzuan: page [klik]
  • Efa Shawls: page [klik], blog [klik



Sunday, March 11, 2012

layan lawak ke der

selepas bergelak tawa semalam melayan adnan sempit 2 di youtube,
layan pulak cerita lawak ke der jozan.
tengok ni pun ketawa terbahak-bahak jugak.
habis hilang segala kesopanan dan ketatasulilaan.


tapi tak dapat tengok habis pun la.
sebab dah nak last tu, tetiba hang pulak.
dah malas lah nak loading balik.
yang tengok tu pun dah penat ketawa terbahak-bahak dah.
sakit pipi sampai.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...