Wednesday, August 20, 2014

cuci gambar online di eoe online

Masa kahwin hari tu, ada dapat banyak hadiah frame gambar. Tapi malas nak cuci gambar. Gantung je la frame kosong yang ada gambar sample mat saleh peluk-peluk tu. Bila family datang rumah, hambekk asyik kena kutuk je sebab gantung frame kosong.

Jadi tekad la nak cuci gambar. Kalau nak harap pergi kedai gambar memang super duper malas. Harga cuci dekat kedai pun boleh tahan mahal. 

Teringat dulu pernah cuci gambar online. Terus bukak website eoe online. Upload gambar yang nak dicuci. Bayar. Esoknya, sampai dekat office. Yeayyy. Jimat tenaga, jimat peluh, jimat lemak.



Ni lah hasilnya. Memang tak pernah mengecewakan. Kualiti gambar cantik. Sekeping aku cuci saiz 12R. Besar gedabak gantung dalam bilik. Bangun tidur je, boleh feeling-feeling pengantin baru tengok gambar kahwin sebesor-besor alam kat bilik. Haha. Sebab aku bosan gambar formal dekat pelamin, aku cuci besar gambar dengan kereta kesayangan kitorang. 


Untuk saiz 12R, harga dia RM30. sangat berbaloi dengan harga tu. Yang lain cuci je saiz 4R biasa. 30sen je sekeping. Kumpul banyak-banyak sampai harga RM35 ke atas, dapat free postage. ^__^


Tuesday, August 19, 2014

beli powerbank murah di lazada

Kalau nak diikutkan, memang dah lama juga survey power bank ni. Maklum la, kalau dah asyik online je dekat handphone tu, memang sekejap je la bateri tu kong. Jadi, pilihan terbaik adalah dengan membeli powerbank.

Dah memang aim nak beli power bank yang 20000 mAh. Sebab memang target boleh guna bersama suami. Survey dan survey, akhirnya jumpa juga powerbank yang murah dekat Lazada.

inilah hasil tangkapan. Powerbank Pineng PN-999 20000mAh. Harga RM79.00 sahaja. Siap dapat free powerbank mini comel kuning tu dan free postage.

Servis pula, sangat cepat. Harini order, bayar segala bagai. Esoknya dah sampai pun. 

Terasa macam nak shopping lagi je dekat Lazada ni. Lagi-lagi dapat voucher RM10 sebab sign up jadi member. Tengah belek-belek apa yang nak dibeli ni. ^___^


Oh ye, Powerbank tu seriously berat tau. Dah macam bawak batu dalam handbag. Tapi tahan lama. Boleh dalam 5 kali charge full.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...