Friday, May 18, 2012

'Giveaway dari Cik Reena Tan'


klik gambar atas ni tau. boleh join sama.
untung-untung dapat voucher penginapan impiana klcc hotel.
perghhh. untung tu.




tapi kena lah komen dulu tentang blog cik reena ni. jujur ni first time datang ke blog cik reena. selamat berkenalan ye cik reena. makan komen pertama kali jejak ke blog cik reena adalah :

1) putih itu menawan. yes! suka tengok blog yang plain, warna simple macam warna putih. terang mata ni nak membaca. 

2) blog senang nak loading. bila blog ringan, maka senang lah nak loading. maka hati pun tak tension nak tunggu lama-lama kan. ^__^

3) senang nak follow. sebab kotak follower tu dekat atas sekali, memang tak payah susah-susah nak cari. terus je follow. ^__^


p/s : maaflah komen basic sahaja. sebab baru kenal dengan blog cik reena ni. dah follow ni, boleh la selalu terjah blog cik reena. ^__^

cuci-cuci laptop

salam jumaat semua..:)


kalau dah nama laptop ni, asyik nak berhabuk je. sebabnya memang letak je atas lantai atau meja. tak pernah nak simpan elok-elok. hikhik. maka, bila habuk dah seinci, haruslah kena cuci bagi bersih.


set pencuci harus ada. 5 ringgit je nih.

huruf-huruf yang dah dicabut. ni first time aku cabut nih. sebab dah memang bersawang habis lah kat celah-celah huruf tu. kena susun elok-elok. nanti carca marba nak pasang balik.


sesi berus-berus sawang.


ha..kan dah bersih. sedap sikit mata memandang. ^__^


entah bila akan muncul lagi kerajinan macam ni. -__-"  tapi benda macam ni pun nak cerita kan. tak ada benda lain ke. -___-"


Thursday, May 17, 2012

blog lucah?

assalamualaikum semua..:)



di antara keywords hari ni.


1) cerita main dengan ustazah nurul : kalau nak fikir positif, mungkin budak-budak saje-saje search permainan or game kan. atau mungkin nama ustazah diorang nurul. itu kalau positif la. kalau fikir negatif, mungkin main lain. faham-faham sendiri lah kan.


2) budak tu kena romen : perghhh.. yang ni secara jujur dan telus nya insan tu search. budak mana lah yang di cari tu kan. tapi malangnya, sini bukan tempatnya. hihi.


walau apa pun keywords yang datang ke blog ni, semuanya menyumbang ke traffic blog ni. ikut lah nak serach apa pun. yang penting, benda-benda berunsur lucah tak kan dijumpai di sini. ^__^

menang contest nora danish

hari tu, sempat join contest nora danish ni. tak sangka pulak boleh tersenarai dalam 3 orang yang bertuah. aku ni dah lah jarang bertuah. memang selalu tak bertuah je lah. tak sangka kali ni bertuah.


dan nora danish dah pun follow blog ni..thank you...^___^



mamat dan momot selsema

assalamualaikum semua...:)


hari tu momot terbersin-bersin. kesian dia. selsema pulak dah. tapi dalam dua hari ni, dia langsung tak nak makan. padahal selalunya dia lah yang pantang nampak makanan. semuanya dia bedal. tapi kalini, letak ikan depan mata pun, di cium-cium je. lepas tu pergi tempat lain.


pagi tadi, dengar mamat pulak terbersin-bersin. ni mesti dah berjangkit dengan momot ni. tapi mamat still selera makan. masa orang makan, dia pun sibuk panjat-panjat nak makan sekali. -___-"


tadi baru bagi momot makan ubat. harapnya lepas ni momot akan sihat. and harap mamat akan kekal berselera. walaupun suka kacau orang makan. yang penting kita tahu yang dia berselera nak makan.


ni mamat. gambar momot tak ada..sebab payah sangat nak ambik gambar dia. -__-"

Wednesday, May 16, 2012

hadiah teka teki

assalamualaikum semua..:)


hari tu blog intan berlian ada buat teka teki. aku pun saje-saje je lah teka kan. tak sangka mengena tu. dapat jugak lah habuan nya kan. semalam sampai dah hadiah dari intan berlian.



dapat fridge magnet ikan ni. ^__^
terima kasih kak..


kisah aku dan guru yang tak dapat dilupakan

assalamualaikum semua..:)


kalau tiba je hari guru, mesti aku akan ingat satu peristiwa ni. yang boleh buat aku ketawa sendiri. haha. gila kah ketawa sendiri? 


dulu masa darjah 6, (tahun 2001) ada cikgu praktikal 4 orang. semua lelaki bujang. ha....ni bukan kes gatal suka kat cikgu tau. tapi ni kes tak suka gila dengan sorang cikgu praktikal tu. yang 3 orang lagi tu aku okey je. tapi yang sorang tu memang aku tak suka sangat. masalahnya, aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak suka dengan cikgu tu. sampaikan cikgu tu tanda buku latihan besar-besar pun jadi isu bagi aku. -___-" subjek matematik yang memang favorite tu pun terus jadi tak favorite dah.


lama-lama cikgu tu pun dapat rasakan yang aku tak suka dia. obvious kot. tengok muka dia pun aku taknak. haishh..memang pelik. one day, dia panggil aku ke bilik guru. dia tanya apa yang aku tak puas hati dengan dia. selagi aku tak cakap, aku tak boleh balik kelas. memang sampai ke sudah la aku tak cakap apa-apa. diam seribu bahasa. sambil pandang dia dengan riak tak suka. haha.


"kringggggg.." tetiba pulak loceng bunyi. aku ingat dah selamat lah boleh masuk kelas. rupanya dia suruh aku ikut masuk kelas yang dia mengajar tu. duduk sebelah meja guru dekat tepi papan hitam. perghh..malu semua budak tengok aku. tapi buat tak tahu je. lama-lama dia pun fed up, suruh aku masuk kelas.


hari last dia kat sekolah tu, dia masuk ngajar cam biasa. and last sekali dia tanya, "siapa yang tak suka saya angkat tangan." tak ada maknanya aku nak angkat kan. haha. and dia cakap lagi, "saya tahu ada yang tak suka saya.." hihi. sedih je ayat. 


sampai sekarang aku teringat je benda tu. kelakar pun ada. terasa diri sendiri jahat pun ye jugak. kalau lah aku jumpa cikgu tu, mesti segan je. haha.

Tuesday, May 15, 2012

adab ketika memandu

assalamualaikum semua..:)


jom kita bercerita tentang adab memandu. adab memandu yang paling penting, haruslah ikut peraturan jalan raya betul-betul kan. penat cikgu kat sekolah memandu tu ajar. walaupun masa ceramah, memang tak dengar apa yang dia cakap. hihi.


satu lagi adab memandu yang aku belajar dari ayah aku adalah, sentiasa memaafkan orang lain dan sabar. sepanjang aku hidup, tak pernah sekali pun aku dengar ayah aku ni marah pemandu lain. bunyikan hon pun kalau dah nyaris-nyaris nak accident. kalau kita marah pemandu lain, mesti ayah aku cakap,  "kadang-kadang kita pun buat silap, kenapa mesti nak marah orang lain. diorang pun kadang-kadang buat silap juga. tak payah hon-hon. lagi gelabah orang tu nanti." terus tak jadi marah. ^__^


lagi satu yang aku belajar, jangan hon orang yang bawak motor dan basikal. hon tu boleh buat mereka terkejut. tak pasal-pasal terbabas pula. yang ni memang aku sokong. masa aku pergi kerja naik motor dulu, tak suka dengar bunyi hon. terkejut weh. rasa nak gugur jantung.


jadi, sekarang ni aku belajar jadi seperti ayah aku. tenang, sabar dan sentiasa memaafkan semasa memandu.


i love u dad..^__^

Monday, May 14, 2012

petang yang segar bugar

assalamualaikum semua..:)


nampaknya petang ni mata ni segar bugar je. tak terasa lemau seperti petang-petang lain. kenapa boleh jadi begini? ini semua gara-gara terlajak tidur di surau waktu rehat tadi. habis lunch hour pukul 2 petang. tapi aku bangun pukul 2 lebih. -___-" nasib baik lah bos tak masuk office. 


disebabkan rasa segar bugar begini, haruslah semangat nak buat kerja. kena siapkan kerja cepat ni. rabu dah kena hantar.

dapat tawaran kerja

assalamualaikum semua..:)


masih ingat kisah pergi interview hari tu? kalau tak ingat, boleh ingat-ingat di sini. alhamdulillah, dapat kerja di situ. tak sangka cepat sangat keputusannya.


tapi...setelah difikir dan berbincang dengan yang lain. aku terpaksa menolak tawaran tu. walaupun gajinya lebih tinggi, tapi ada sebab lain yang menyebabkan aku terpaksa menolaknya. 


sebab utama, semua dalam company tu adalah cina. ini bukanlan diskriminasi perkauman. tapi ini keselesaan. mungkin kalau ada seorang dua melayu, akan ku pertimbangkan. mana nak solat? nak makan dengan siapa? sejak mula jejak kali dekat company tu, persoalan tu memang asyik bermain di minda.


maka, terpaksa aku tolak tawaran tu. mungkin bukan rezeki aku. insyaallah akan ada rezeki aku di lain hari.


~peace~
^__^

Sunday, May 13, 2012

bekerja di hari minggu

salam ahad semua..:)


walaupun semalam dah jeles dengan insan-insan yang cuti semalam. hari ni double triple jeles lagi. sebab sekarang ni aku datang bekerja. gara-gara sebut harga yang kena hantar hari rabu ni, haruslah aku pun kena buat kerja lebih sedikit. 


siap bawak adik lagi datang office. buat teman. tapi bukan selalu pun kena kerja hari minggu ni. kadang-kadang je. yang penting, hujung bulan, claim ot. ^__^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...