Saturday, July 28, 2012

My-Alia & Keajaiban Vitamin's Raya Giveaway!

Saya menyertai My-Alia & Keajaiban Vitamin's Raya Giveaway! anjuran http://www.my-alia.com/  dan http://keajaibanvitamin.blogspot.com/.

jom jom. hadiah best tau. jom join sama jom. klik link giveaway ni.

SALAM RAMADHAN GIVEAWAY


jom join giveaway ni jom.
klik banner ye.

stalker baru blog ni

siapa tengah duduk cuti dekat rumah tak payah angkat tangan. siapa yang kena kerja hari ni angkat tangan. kita geng. heeee..


bosan la bila semua ada dekat rumah, tetiba kita kena kerja pulak. huwaaa.. tak syiok betul rasanya. tapi tak apa lah, demi untuk mencari duit nak raya. ^___^


sekarang ni, blog ni dah ada stalker baru. diam-diam, habis nak semua entry aku dia baca. 



tu, mustika hati tu. dia tu lah kakak aku. mommy kepada tika. rupanya, banyak entry aku yang dia baca. cheh! dah tak boleh ngumpat dah ni. haha.
 



Friday, July 27, 2012

jahit manik di baju kurung tika pula

sekarang ni, aku tengah stop jahit manik dekat baju aku. sebabnya, aku tengah nak bagi blink blink baju kurung anak buah aku yang sorang ni. raya ni first time tika nak beraya dan nak berbaju kurung. cumanya, tika belum pandai jalan. kalau tak mesti comel kan jalan terkedek-kedek, bontot tonggek tonggek. haha.


 

hobi baru tika sekarang, melentokkan kepala. ni semua daddy dia ajar. haha. naik motor ni eksyen je. padahal tak sampai pun kaki tu tak pijak pedal suiz tu. kehkeh. tok k dia dah belikan motor ni sejak umur tika 5 bulan lagi. awal kan. haha.




gambar ni sumpah mengada. tiba-tiba jadi ayu tak pasal-pasal. siap lah tika balik kejap lagi. mak ngah cubit-cubit pipi tembam tu. sekarang ni, umur tika dah 9 bulan. kejap je dah besar.


nanti dah siap manik nya, aku tunjuk ye. sekarang baru 70% siap. ^__^

excited wehhh

salam jumaat semua. kejap je dah hari jumaat kan. yang penting, weekend ni rasa excited sangat. sebab abah, kakak dengan adik lelaki balik kampung hari ni. wahhhh. meriah bukak puasa weekend nih. ^__^


selalu buka puasa bertiga je dekat rumah. sunyi je. bukak puasa hari ni kompem riuh. tapi kalau bab sahur, ramai macam mana pun, kompem sunyi jugak. haha.


tapi..hari aku akan dapat kerja yang banyak. dateline hari selasa depan. huwaaaaa...kompem kena ot ni. T__T.

Thursday, July 26, 2012

bila bos berjalan secara senyap

tadi tengah syiokk borak-borak, tiba-tiba bos masuk office. terkejut wehh. laju je bangun masuk bilik. haha. seriously bos aku jalan langsung tak dengar bunyi tapak kaki. padahal nak masuk office ni, kena naik tangga dulu. memang tak dengar langsung lah bunyi tapak kaki naik tangga tu. tau-tau, masuk office. memang kena alert je telinga ni. haha


kalau orang lain, kompem dengar bunyi naik tangga. lagi-lagi aku. kasut tinggi. harus lah bunyi keletak keletuk. keletak keletuk. heeee...

kasut raya? tudung raya?

kalau dulu-dulu, nak raya je, harus satu set beli. baju raya dah kompem kompem wajib. lepas tu kena beli tudung raya pulak. konon nak matching dengan baju raya. (padahal mak bebel ada je tudung lama warna sama. -__-") lepas tu nak kena ada kasut raya lagi.


sekarang ni? yang wajib cuma baju raya sahaja. tudung baru? tak payah lah kot. dah berlambak tudung kat rumah tu. sarung je mana yang match kan. ^__^ nak beli kasut raya? yang ni memang nak kena bebel dengan mak. kasut yang ada pun tak terpakai. heeeeee...


so, sebab dah jimat dekat kasut dan tudung, sebab tu lah baju raya tahun ni sampai 4 pasang. hihi. hajat nak tambah lagi. tapi tebayang yang kompem mak akan bebel. dan memang mustahil mak akan jahit baju tu lepas raya nanti. haha.

kehilangan masker

hari sabtu lepas, aku ada beli masker. 
excited ni nak try masker baru.
tapi..tapi..dan tapi lagi..
masker tu tak tahu dekat mana.
mungkin tertinggal dekat kedai. 
sobs sobs.


p/s : lambatnya nak gaji ni. -___-"

Wednesday, July 25, 2012

jahit bracelet pearl untuk baju mak


mak request nak manik pearl bracelet untuk baju raya mak. tapi nak selapis je kat bahagian lengan. so, aku guna manik yang besar sikit. macam biasa, warna harus lah yang menonjol. ^__^

kami berkongsi birthday yang sama

kami berkongsi birthday yang sama. siapakah kami? kitorang twin sisters. tapi lain tahun. boleh ke macam tu? haha. aku lahir tahun 1989. genap 2 tahun lepas tu, lahir adik aku si azee tu. jadi, kitorang punya birthday sama tau.


our birthday celebration. eh. dah la dah ni. sebelum puasa hari tu.

setiap kali celebrate birthday, memang celebrate sekali 3 orang terus. aku dengan azee dah kompem-kompem sama tarikh. tambah dengan adik bongsu aku yang lahir bulan julai jugak.


yang lawak nya, setiap kali bithday aku, mesti akan wish dekat azee jugak. nanti dia balas balik. lepas tu mesti kitorang gelak. haha. dan yang paling tak syok sekali, bila birthday sama, dapat free call celcom pun masa yang sama. dah rugi dah dekat situ. sebab bila dapat free call ni lah boleh bergayut puas-puas. 


p/s : ishh..mana celcom ni tak bagi lagi mesej free call ni. dah gatal telinga nak bergayut dah ni.

Tuesday, July 24, 2012

angkara kaki penyibuk! hmmpphh!

ni semua angkara kaki penyibuk 1 dan kaki penyibuk 2. memang sengaja buat aku murka. kita layan dia elok-elok, lagi lah dia saje je buat kita murka.



see.. muka murka ni. gambar google.



ni lah penyebab daku murka.  tak sure sama ada mamat atau pun momot yang dah sepak bekas manik ni. nasib baik lah manik jenis besar. bukan halus-halus tu. tapi tak ada lah murka sangat pun. hihi.

Monday, July 23, 2012

nak raya dah ke?

sekarang ni kan aku tengah sibuk menjahit manik dekat baju-baju aku. campur dengan baju mak lagi. kena lah jahit dari awal. nanti tak siap pulak.


tapi kenapa tiba-tiba dah nak raya? puasa baru 3 hari. -___-"  sebab selalunya, bila dah nak raya, baru aku terhegeh-hegeh nak jahit manik. memang kompem ada yang berjaga malam raya semata-mata nak siapkan jahit manik.


bila sekarang ni awal-awal dah mula menjahit, tu yang rasa macam dah nak raya. over kan. haha. nak-nak lagi pasang lagu raya. meriahhhhh. ^__^

anak kucing lahir tak cukup bulan

semalam kucing aku beranak. tapi yang kesian sangat tu, anaknya lahir tak cukup bulan. lahir merata-rata pulak tu. gigih la aku berkejar-kejaran dengan kucing tu. kutip anak dia masuk bakul. anak dia lahir dalam karung jernih tu lagi. tak pasal-pasal aku jadi doktor haiwan. ambik gunting, pecahkan sarung dia tu.


tapi bila kucing lahirkan anak tak cukup bulan, dia taknak anak dia tu. sebab anak dia memang tak pandai menyusu. sedih sangat tengok. dia tinggal macam tu je nak dia. petang semalam, mak dia bawak mana entah anak dia. tapi aku rasa anak dia mesti dah mati.


nak ambik gambar memang tak sempat dah. lagi pun tak sampai hati nak ambik gambar. sedih tengok.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...