Friday, April 6, 2012

penghabisan voucher buku

31 mac hari tu pergi teman adik bongsu menghabiskan voucher buku dia yang tinggal RM100 tu.
tanya kat tokey kedai buku tu, dia kata hari tu adalah hari last.
sebab dia tak dapat apa-apa notis dari pihak bank tentang lanjutan tempoh tamat tu.


maka bila dengan ketidak tahuan mahu membeli apa,
maka kitorang sepakat membeli ini.

-
-
-
-
-

kami sepakat membeli papan carrom ni.
harga dia RM85.
balance dia tu kitorang beli barang entah hape-hape lagi.


tapi kira okey jugak beli carrom nih.
boleh buat main masa lapang.
^___^

budak-budak tak takut dengan polis

tadi tengah syok-syok main game, dapat call dari kakak aku.
memang kacau konsentrasi sahaja.


dia bercerita yang dekat sekolahnya ada satu program ceramah tentang jenayah.
yang datang ada lah dalam 10 orang pegawai polis.
bukan yang pangkat rendah-rendah tau.
pangkat ASP, lepas tu apa ntah lagi pangkat nya.
tah tahu pulak pangkat-pangkat polis nih.
student yang terpilih dengar ceramah ni pulak bebudak form 2.
tahu je lah kan betapa cenonetnya bebudak form 2 nih.


tapi, bebudak ni punya lah tak takut dengan polis tu.
sesuka hati je buat bising, main lompat-lompat masa polis tu masuk dewan.
bila polis tu suruh diam, 
boleh diorang ni pergi ejek polis tu.
memang langsung tak ada adab sopan dan tatasusila.


tengok lah bebudak tu.
kalau dengan polis pun tak hormat and tak takut.
apa tah lagi dengan cikgu kan.

Thursday, April 5, 2012

link download game

hari tu, ada yang minta link untuk download game bus driver.

tapi seriously aku tak ingat dekat mana aku download game tu.
sebab hari tu pun just try and error.
tapi yang pasti, aku cari game ni semua dekat forum syok org.
and tengok jugal link yang diorang bagi.
selalu aku cari kalau yang bagi link mediafire.
sebab senang and free.
kalau tak ada jugak, aku akan search game tu dekat 4shared.
macam tu lah cara-cara untuk aku download game selama ni.

pakai skirt sangat menyusahkan

sebelum pernah cerita kat sini untuk berlagak ayu dengan pakai skirt.
semangat je pujuk mak suruh jahitkan skirt.
konon-konon nak jadi pemakai skirt tegar.


tapi berlagak je lebih.
skirt tu pakai dalam 3 kali je kot.
lepas tu terperuk dalam almari buat simpanan.
mungkin lama-lama jadi kain lap.
hakhak.


seriously pakai skirt sangat tak best.
pergerakan rasa terbatas je.
pakai seluar jugak yang syokkk..
duduk kat kerusi boleh duduk bersila sesuka hati.
memang aku bukan si gadis ayu.
-____-"



Wednesday, April 4, 2012

game bus driver


dalam banyak-banyak game yang dah di download semalam,
tertawan pulak dengan game bus driver ni.
konsep dia sama macam game crazy taxi.
ambik penumpang, hantar penumpang.


tapi...game ni kena ikut rules memandu betul-betul tau.
kena bagi signal.
kena berhenti kat traffic light.
tak boleh berhenti mengejut.
tengok side mirror.
kalau salah, kena penalty.
so, harus memandu secara berhemah.


syok jugak main game ni.
^__^

Tuesday, April 3, 2012

game yang dah siap download. yeay..


ada 4 game yang siap di download.
dan 1 masih menunggu.
tapi waktu entry ni di publish..
semua game dah siap download.


sebabnya, print screen dah dari tadi dah.
baru sekarang nak buat entry.
^___^


tak sabar nak explore semua game yang dah download tu.
harap semuanya best lah.
 

aktiviti download game

sekarang ni aktiviti download drama jepun dah habis.
mood malas nak download episod-episod.


tapi sekarang tengah datang mood download game.
habis satu, satu di downloadnya..
tak sabar nak memenuhkan laptop dengan game ni.

hadiah untuk ayah

hari khamis ni, birthday abah.
haruslah celebrate kan.
tapi tidak lah sampai buat party.
just celebrate 1 family je.


dan harus juga beli hadiah.
tapi setiap kali nak beli hadiah,
mesti pening.
serious tak tahu nak bagi apa.


any suggestion?

cerewet pilih kerja?

walaupun sekarang aku sudah bekerja, 
tetapi aku masih belum berhenti mencari kerja.
setiap orang inginkan kerjaya yang lebih baik kan?


tapi memang aku cerewet memilih kerja.
bukan cerewet tentang gaji.
tetapi cerewet tentang lokasi pejabat tersebut.


kalau lokasi dekat bandar-bandar besar,
memang tak akan aku apply.
sebab?


1. sewa rumah yang mahal.
2. taraf hidup yang tinggi.
3. tak sanggup jem teruk hari-hari.
4. rasanya, parking pun semua nak berbayar kan?


banyak lagi sebab-sebab yang dah ku fikirkan siap-siap.
walaupun gaji banyak, tetapi aku rasa agak sukar untuk menyimpan.
dan tak sanggup nak stress hari-hari menghadap jem.


sebab tu aku rela kerja di kampung ni.
walaupun gaji tak sehebat mereka yang kerja di bandar.
tapi aku tenang di sini.
masih boleh menyimpan.
dapat teman mak duduk di rumah.
nak pergi kerja tak perlu menghadap jem.
kerja pun tak banyak.
hari-hari boleh online dalam office.


cuma sekarang aku banyak apply kerja goverment.
memang susah nak dapat.
tapi harus usaha juga kan.
mana tahu satu hari nanti membuahkan hasil.

akibat period pain

disebabkan period pain yang agak keterlaluan semalam,
sampai nyaris pengsan dekat office semalam,
akhirnya aku apply mc.
nasib baik adik bujangku ada dekat rumah.
boleh suruh dia ambik aku dekat pejabat.
tak larat nak drive sendiri kan.
maka, bersenang lenang di rumah selepas dapat mc.


so, hari ni dah kembali ke pejabat.
dengan kesihatan yang baik.
mujarab jugak ubat doktor bagi semalam.
^___^

Monday, April 2, 2012

mood yang menghilang

ohhh period.
seriously tak suka bila sampai waktu period.
mood hilang entah ke mana.
nak buat apa-apa semua rasa tak ada mood je.
selera makan pun hilang jugak.
nak minum pun malas je.
kalau selalu sebotol air sampai tak cukup, tapi kalau time sekarang ni nak minum seteguk air pun malas.


kalau datang sakit dia memang lagi tak best lah kan.
rasa nak berbaring-baringan saje.


tak sabar nak tunggu lagi 3 atau 4 hari.
baru boleh kembali ke mood asal.
-___-"


yang penting, berblog harus digagahkan juga.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...