Saturday, February 25, 2012

baby hisap jari


hakhakhak..
macam huduh je.
baru nak berjinak-jinak lukis potrait pulak.

keywords paling popular


4 keywords pertama adalah mengenai "mari mewarna" dan " angry birds"
sejak entri pertandingan mewarna dulu,
hari-hari mesti ada keyword mari mewarna dengan angry birds.
tak pun mari mewarna angry birds.


untung jugak kan buat entry ni dulu.
menyumbang jugak traffic blog ni.
^__^



Friday, February 24, 2012

penyibuk yang suka menyibuk


masa orang tengah sibuk buat kerja,
si memet ni pun sibuk main dekat situ.
nak tolong buat la tu kononnya.

bawak kucing naik motor

 ini tiada kerja namanya.
saje nak bawak cenonet-cenonet ni jalan-jalan.

 emak mamat dan momot serta emak memet mula kelam-kabut.
habis dikejar nya motor tu.

 memet meronta-ronta nak keluar.

comel kan mereka.
^__^


belajar adobe illustrator


baru nak mula berjinak-jinak dengan adobe illustrator.
tapi susah jugak rupanya ye.
-__-"

Thursday, February 23, 2012

simple handmade birthday card

 depan.

dalam.


ni birthday card untuk sedaraku yang berumur 4 tahun.

tips untuk cantik

satu-satunya tips untuk cantik adalah
RAJIN


rajin cuci muka.
rajin pakai toner.
rajin pakai pelembap.
rajin pakai masker.
segala-galanya harus rajin.


tapi aku? seriously malas.
beli masker 5 keping.
baru pakai 3 keping. dah tak pakai-pakai dah.
pakai pelembap pulak, sehari sekali je.
nak amalkan petua tradisional, jangan haraplah.


sebabtu tak pernah berjaya dapatkan kulit licin, halus lagi mulus.

facebook clearance!!

sekarang tengah mood busy.
tengah remove segala benda application requests.
banyak wehhhhh..
sebelum ni biarkan je.
sekarang baru nak remove.


tapi tak pernah marah pun dekat siapa yang request tu.
kadang-kadang mereka tak sengaja.
duduk diam-diam.
sambil remove.
habis cerita.
^__^

adik faris sudah pergi selamanya


ini adik faris yang telah banyak diperkatakan sebelum ini.
budak yang menderita penyakit barah darah.
adik faris telah pergi selamnya.
~al-fatihah~

kencing malam la pulak.

ini kisah pagi semalam.
bila bangun je tidur, tengok tilam basah lencun?
hoitttt..
siapa pulak kencing malam ni.


dah tentu-tentu lah antara budah bertiga tu.
MAMAT.
MEMET.
MOMOT.
rasanya mereka bertiga kencing malam.
sebab banyak kot kencingnya.


jadi malam tadi,
mereka kena tidur luar rumah.
 

Wednesday, February 22, 2012

kembali berwedges



setelah sekian lama pakai plat shoes.
mula berjinak kembali dengan wedges.
lepas ni heels lah pulak.

bila memet dah mula lincah

memet, momot dan mamat dah pandai keluar besen.
jom tengok gelagat memet jom.
 

 memet dah mula panjat kerusi.
 lepastu mengiau-ngiau sebab nak turun.

seronok betul dapat main dekat luar besen.
luas dan lapang.

 panjat la segala benda yang boleh dipanjat.

akhirnya, tidur kepenatan.

WW - lagi simple handmade bookmark

 depan 

belakang.


p/s : kenapa banyak sangat bookmark?
sebab setiap novel ada bookmark sendiri.
^__^

siapa sebenarnya quantity surveyor


seriously nak gelak tengok gambar ni.
itulah kerja quantity surveyor ni.
tapi itu kalau company besar-besar la.
tapi jangan risau, gaji mesti masyukk je kan.
overtime selalu.
tapi confirm penat.


untuk aku yang kerja company kecik.
tak teruk sangat kerja.
tapi income pun ciput je la kan.
^__^


Tuesday, February 21, 2012

sila berbudi ketika berbahasa

hari tu pergi pasar.
singgah gerai tudung, untuk cari tudung.
(takkan cari ayam goreng pulak kan? -___-")


masuk je gerai tu, terus pegang 1 tudung ekspress warna merah.
*dalam hati : cantik jugak.


tiba-tiba, datang seorang perempuan.
terus rampas tudung tu.
*dengan kerek cakap. "ni tudung saya."


cis-cis.
bukan tak boleh cakap elok-elok.
"sorry ye, ni tudung saya dah cop tadi. letak situ kejap."
"maaf ye. saya yang pilih tudung tu dulu tadi."
kan sejuk sikit telinga ni dengar.
dan sejuk hati jugak untuk balas,
"yeke. soryy-sorry. tak tahu pula. ambillah ni."




Monday, February 20, 2012

kacau mood tengok tv betul lah.


geram betul dengan comel ni.
time tengah syok tengok tv.
time tu dia nak bertenggek depan tv.
bila kena marah, dia buat tak tau je.
nak jugak orang bangun pergi turunkan dia dari situ.
-___-"

simple handmade bookmark

 ini simple bookmark untuk novel semangat hutan hari tu.


 depan.
cuma tampal bunga-bunga sahaja.
guna kuning hitam untuk naikkan warna.
^__^
 

belakang.
tak ada corak.
cuma nama sendiri sahaja.


kan dah kata simple je.
memang simple sangat-sangat la.
^__^

tolong habiskan voucher buku lagi

sabtu lepas, sekali lagu aku telah bermurah hati membantu adikku untuk menghabiskan voucher buku beliau.
destinasi kami adalah, Pustaka Chew, Sungai Besar.
kedai ni ada macam-macam alat tulis dan barang-barang yang best-best.
novel-vovel, tiada sama sekali.


disebabkan aku memang gila alat tulis, memang seronok sangat la duduk dalam tu.
ambil bakul, terus masukkan apa yang minat.
hajat nak habiskan seratus.
tapi...
nak habiskan rm50 pun jenuh.
maka..
rm50 je lah kitorang guna.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...