Friday, February 17, 2012

sedapnya tidur terlentang


sedapnya memet dengan momot tidur ye..
siap berbantalkan perut emaknya lagi.
nampak sangat kekenyangan susu.

habis sudah kisah semangat hutan

akhirnya, kisah semangat hutan dah habis.
seriously, best sangat.
syahdu. sedih.
mendebarkan juga.


tapi ending dia, sedikit misteri.
nasib baik dah beli siap-siap sambungan dia.
TOMBIRUO TERAKHIR.
harus malam ini layan novel lagi.
esok cuti kannnn.
^__^

layan novel di office

disebabkan sekarang tengah tak ada kerja.
memang confirm lah akan kebosanan hari ni.
maka, harus buat persediaan awal kan.


novel SEMANGAT HUTAN.
oleh RAMLEE AWANG MURSHID. (penulis favorite)

dah berbulan-bulan beli.
baru sekarang nak baca.
^___^

Thursday, February 16, 2012

situasi yang selalu jadi

bila banyak kerja nak kena buat.
bila banyak benda nak kena study.

time tu lah banyak idea nak tulis blog.
banyak idea nak lukis-lukis atau buat kad.
time tu jugak datang mood nak baca novel.
time tu jugak lah nak syok-syok tengok movie atau drama.
memang kalau boleh segala macam benda nak buat time tu.



tapi...
bila tengah tak ada kerja.
bila tengah bosan tak tahu nak buat apa.
semua mood dan idea tu ikut hilang jugak.
cis cis cis.

bunga-bunga cinta

jangan kahwin awal sangat

semalam seorang ibu telah berkata kepada anak perempuannya ini.
"kalau boleh, jangan la kahwin awal sangat. lepas umur 25 boleh la."


itu lah hati ibu kan.
dia tahu, bila anak perempuan berkahwin,
masa bersama keluarga pasti berkurang.


p/s : jangan risau mak, memang itu pun perancangannya. tunggu umur 25. ^__^

Wednesday, February 15, 2012

bersemangat di pagi hari, mengantuk di petang hari

pagi tadi, datang kerja dengan semangat.
mood ceria.
mood seronok.
mood bertenaga.


petangnya?
mood lemau.
mata mengantuk.
tak sabar nak balik.


p/s : boleh tak nak cepatkan jarum jam? -___-"

cara belajar berenang

walaupun aku sudah besar panjang.
tapi sampai sekarang masih belum pandai berenang.
"berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian."
itu cuma peribahasa.
kalau rakit/bot aku pecah dekat lautan, confirm tak boleh berenang ketepian.
mengucap je lah jawabnya.


berapa kali jugak orang baik hati nak ajar berenang ni.
tapi, ketakutan dalam diri dan minda tu macam dah sebati pulak.
 bila belajar berenang jadi takut.
bila takut jadi panik.
bila panik, jadi terkapai-kapai.
bila terkapai-kapai, boleh lemas.
kesimpulannya, belajar berenang boleh lemas.
taknak belajar dah.
-___-"


ada ke cara belajar berenang yang mudah tak rasa takut?

WW - tidur berhimpit-himpit

confuse antara mamat dan momot

mamat dan momot hampir serupa je.
warna sama.
kegemokan pun sama.
seriously, aku pun kadang-kadang lupa, mana 1 momot, mana 1 mamat.
haha.


tapi, ada beza sebenarnya..
tengok ni..

momot 
keseluruhannya, warna oren.

mamat
ada warna putih dekat kaki dan kawasan mulut serta hidung.


jenuh nak teliti dulu baru nak kenal mana satu mamat, mana satu momot.
^__^

Tuesday, February 14, 2012

review handphone : sony ericsson txt c13i


sumber gambar dan specifications : SINI

handphone ni aku baru pakai dalam sebulan.
sesiapa yang nak beli handphone yang murah, boleh cuba handphone ni.
RM300 (setelah ditawar-tawar dengan muka tak tahu malu) + memory card 2gb


handphone ni handphone biasa sahaja.
macam sony ericsson yang lain.
bukan lah yang canggih-canggih. (tengok harga la kan.)
cuma keypad sahaja yang ditukar.


yang best :

1) dia ringan sahaja.
2) camera 3.2 megapixel : standard camera handphone sony ericsson lain. tapi tak secantik gambar handphone sony ericsson cyebershot 3.2 megapixel. sobs sobs.
3) ada wifi - online pun best guna handphone ni.
4) harga tidak terlalu mahal.


yang tak best :

1) kadang-kadang handphone lambat sedikit. (bila nak tunggu delete all mesej)
2) tak ada 3g (tapi bukan keperluan pun 3g ni. online pun laju je.)
3) handphone ni susah nak jumpa dekat kedai. maka memang susah lah nak cari screen protector dan casing. dulu seminggu aku cari screen protector tau.
4) tak disertakan dengan usb cable. (orang kedai tu cakap. " phone murah, dia tak bagi usb cable" cis..terhina aku. haha.)


jadi, aku rate 7/10 untuk handphone ni.
entah berapa tahun aku akan setia dengan handphone ni.
sebab aku bukan jenis yang sibuk tukar-tukar handphone.
kalau dah betul-betul rosak, baru tukar.
itupun cari yang murah.
haha. bukan kedekut tau.
JIMAT.


p/s : buat review handphone ni, sebab dulu payah betul nak jumpa review pasal handphone ni.
mana tau ada yang nak review kan. ^__^

nama anak kucing

 akhirnya, 3 ekor anak kucing dekat rumah tu dah ada nama mereka sendiri.
jom kenal-kenal dengan mereka jom.



 ini momot.
dia jantan.

 ini mamat.
dia pun jantan.

dan ini memet.
dia betina.

donut gemok dan pisang goreng nipis

akhirnya, hari ini tidah kelaparan seperti tengah hari semalam.
sebab, sudah beli lunch.
^__^


 seplastik pisang goreng yang nipis-nipis.
ciss!!tepung je tebal.

seplastik donut yang gemok-gemok.
makan sebijik dah kenyang. (ini tipu)


menu lunch aku time kerja, memang yang segera macam ini.
sebab malas nak parking, turun kereta lalu berjalan pilih lauk pauk.
beli ni senang, drive betul-betul tepi makcik jual pisang goreng.
buka tingkap, "makcik, pisang goreng 2 ringgit."
senang sahaja kan.
^__^

tiada idea tulis entry lagi?

haipp..dah nak dekat pukul 12.
rupanya tak ada buat entry baru pagi ni.


sebab?
pagi ini mood lebih semangat.
jadi haruslah buat kerja dengan lebih semangat dan tekut.


maka, terlupa akan blog untuk seketika.
^___^

Monday, February 13, 2012

destinasi percutian 2012

tiba-tiba terasa macam nak pergi bercuti.
dah lama rasa tak bercuti.
last, tahun lepas pergi ke pulau pinang.
bercuti sebab ada family day dekat sana.
eh, lupa pulak bercuti sambil belajar ke jogjakarta, tahun lepas.


tapi, itu cerita tahun lepas.
ini tahun 2012.
masih belum pergi beruti lagi.


destinasi pilihan kami sekeluarga: CAMERON HIGHLANDS.
tapi, lambat lagi.
mungkin cuti sekolah bulan 6 nanti.
tapi aku pelik, kenapa mesti nak tunggu cuti sekolah?
sedangkan adik beradikku semua dah habis sekolah.
tapi kena ikut cuti akak ku yang kerja jadi cikgu.

tidur punya pasal, perut kelaparan

disebabkan hari ni mata ni mengantuk sangat-sangat.
maka, tepat 12.30 tengah hari, laju-laju pergi surau.
walaupun surau hanya 2 tapak dari bilik aku.
^__^


bila ofice sediakan tilam dekat surau, memang dah nak habis lunch hour la baru aku bangun kan.
siap mimpi-mimpi lagi.


tapi..bila bangun, mula la lapar.
nak keluar beli makanan, lunch hour dah habis.
jadi, tahanlah lapar sampai pukul 5 nanti.
=__=

mata mengantuk mintak tidur

hari-hari pergi kerja mesti mengantuk.
lagi-lagi hari isnin macam ni.
super duper mengantuk.


bila mata mengantuk, buat kerja pun malas.
=____=


lunch hour ni nak tidur jugak.

Sunday, February 12, 2012

dah jadi member untuk kedai kek

ini lah member's card untuk kedai kek yang selalu aku pergi tu.
lepas ni boleh beli banyak-banyak sambil kumpul points.
kalau beli kek slice, boleh dapat free..
^__^


p/s : gemok la aku makan roti hari-hari.. =___=

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...