Saturday, September 15, 2012

berjam-jam di kedai buku

hari tu dah menyatakan keinginan yang membuak-buak untuk beli novel. sempat lah jugak hari tu jejak kaki kat kedai buku. ohhhh. sungai besar ni tak ada kedai buku yang besar. -____-" setakat kedai buku kecik-kecik sahaja. buku pun tak lah terlalu banyak pilihan macam mph tu...huwaa...rindu pulak nak pergi mph.


tapi.... lama punya lama aku kat kedai buku tu, last last, keluar dengan tangan kosong. ahhh...pening! tak tahu nak beli novel apa. kalau novel cinta, semua tajuk lebih kurang. sinopsis pun lebih kurang. memang payah nak buat pilihan. 



novel bahlut karya faisal tehrani


aku ada jugak belek-belek buku atas ni. novel bahlut. aku baca sinopsis dia, kisah pasal orang asli. macam best je. aku kan suka cerita lain dari yang lain. ^__^  lagipun, sejak aku baca novel tunggu teduh dulu karya faisal tehrani ni, aku suka pulak karya dia. gaya penulisan dia memang best. pernah dapat anugerah karyawan sastera kot. so, anyone pernah baca novel atas ni? 




Friday, September 14, 2012

yeayyy...header baru, template baru

morning guys. tempat korang hujan tak malam tadi? rumah aku memang selebat-lebatnya lah. seriously seram. dah la duduk sesorang je. pagi tadi tengok kat dapur dah bertakung air atas lantai. tempias hujan masuk ikut bilik yang tengah under construction tuh. tak sempat mop pun pagi tadi. kelam kabut nak pergi kerja. -___-"


perasan tak blog ni dah lain? header baru. template pun baru. suke!!! gigih semalam, lepas lunch hour, buat header. lepas tu godek-godek kod html. memang naik berpinar-pinar mata. sampai lah tepat pukul 5, baru siap. itu pun sebenarnya ada lagi yang tak siap. hari ni lah nak sambung. nasib baik tengah tak ada tender kena isi. yeay! jom berjimba..^__^


p/s : okay tak template baru ni? berat tak nak loading?



Thursday, September 13, 2012

korang breakfast apa hari ni?

morning semua. dah breakfast belum ni? pagi ni aku dah tibai nasi lemak dengan ayam goreng. ^__^ seharian tak sentuh nasi semalam, bila dapat makan nasi hari ni, terasa "waaaa..puasnya..." korang breakfast apa hari ni?


seminggu ni aku asyik membeli makanan kat kedai je. mak kan tak ada seminggu. selalu nak pergi kerja, breakfast dah siap atas meja. balik kerja, nasi dengan lauk dah siap atas meja. hahaha. manja ke? ehhhhh.. takkk. dah memang sifat seorang ibu macam tu kan. anak dia ni, tukang ngapp je lah. ^__^


seriously aku memang tak suka masak. aku lebih rela tolong abah bercucuk tanam ke, angkut tanah ke. daripada masak. hahaha. walaupun aku pandai membuat kuih raya, tapi bab masak memang fail. sebab aku rasa memasak tu agak leceh. tapi kalau dah terpaksa, memang aku masak je lah. dan haruslah masakan yang senang macam sup atau tomyam. ^___^  


sekarang ni je la, ada jugak aku menjinak-jinakkan diri belajar masak. sedar dek umur ni. umur dah meningkat. tak kan tak pandai masak lagi kan..hehe.



Wednesday, September 12, 2012

novel apa yang best ye?

sekarang ni tetiba je terasa macam nak membaca novel. mungkin sebab kebosanan duduk sorang dekat rumah. sunyi kot. ngadap tv, tv dan tv lagi. tak sabar tunggu mak balik jumaat ni. sekurang-kurangnya, bila mak ada, boleh gaduh hari-hari dengan mak. haha.


dah lama sebenarnya aku tak membeli novel ni. sebab tak ada novel RAMLEE AWANG MURSHID yang baru. memang semua novel dia, jadi favourite aku. ^___^


tapi sekarang ni, tak tahu nak beli novel apa. ada suggestion? novel-novel penulis lain haruslah kisah cintan-cintun kan. tapi kalau boleh, memang aku taknak cerita yang melibatkan family tak suka hubungan cinta tu.

Tuesday, September 11, 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!



nak menang novel? klik gambar atas ye. 
tutup 16 september 2012.

tukar blogger interface lama semula


fine. tadi semangat jek tukar blogger interface lama. sebab? sebab blogger interface baru ni payah kalau pakai handphone. almaklumlah, handphone tak canggih manggih. hihi. nak update entry pun tak boleh. nyampahhhh! -___-"


tapiiiii.. bila dah tukar yang lama. tetibe pulak tak boleh upload gambar. why? penat tau doploh kali try. sia-sia je try sampai doploh kali. tak boleh jugak. last sekali, fed up. tukar balik interface baru. hahaha. sia-sia jek semangat tadi.


p/s : perghhh..panas sungguh cuaca dekat luar. berpeluh-peluh walaupun keluar sekejap je.

dapat hadiah tupperware

haru khamis lepas kan aku cuti. tetiba dapat call dari nombor area sungai besar. rupanya dari pejabat sebelah office aku ni. rupanya bungkusan aku sampai dekat office diorang. -___-" dulu dah sekali dah posmen salah hantar. ni lagi sekali. bila tengok alamat, betul dah. tak salah alamat tu. -___-"


hadiah ni hadiah aku menang giveaway blog my alia.com dulu.


 tupperware oren.


 dalam dia siap ada isi lagi.


haa..ni la isi dia. lemon blackcurrent cake. ^__^


terima kasih kak zuhaini.. ^__^

Monday, September 10, 2012

tempahan sate untuk jamuan raya

hari khamis lepas, aku ambik cuti semata-mata sebab ada tempahan sate untuk jamuan raya pejabat felda wilayah trolak. nak membakar sate tu dekat tempat jamuan tu. sebab tu aku kena cuti. nak menolong abah membakar sate. 5000 cucuk tu. perghh.. 7 jam jugak nak membakar tu.


 ni on the way nak pergi. penuh kereta. siap kena bawak 2 kereta lagi.
abah..mpv please! hehe


 sesi menyediakan meja gerai.


 mula sediakan api untuk membakar.


 weee.. jom kita membakar jom. ni tinggal bakar dalam 3000+++ cucuk je lagi.
1000++ dah siap bakar pukul 4 pagi dekat rumah. -__-"
kitorang orang first sampai tempat jamuan. tengok gerai lain kosong lagi.


 dengan mem besar (mak).. hehe
dekat sebelah tu, orang ayam golek baru je sampai. kenyang ayam golek lah kitorang.


 ramai pembantu. semua kawan-kawan abah ni. gerai kitorang memang dah jadi tempat melepak. kawan-kawan abah semua datang ke tempat kitorang. sambil sembang, sambil makan sate. ^__^


 azee membajet! rugi bagi dia bakar. habis banyak jatuh-jatuh. -__-"


 kerja ni je sesuai untuk dia. tukang hidang. hahaha.


sorang sepinggan. tapi bila kena serbu..perghhh.. tak terkawal rasanya. bila licin meja, ko tengok banyak pinggan kosong je tinggal. haha. bijak orang-orang ni. campur dua pinggan jadi 1 pinggan.


sebab keletihan yang amat sangat, maka jumaat hari tu pun aku sambung cuti. hadoii.. habis tinggal sikit dah cuti aku. -____-"


p/s : ada sesiapa nak order sate? area kuala selangor - sabak bernam. area batang berjuntai. area tanjung malim - sungkai. minimum 1000 cucuk. kalau yang dekat dengan sekinchan atau felda sungai tengi tu, boleh dipertimbangkan minimum order. ^__^

contact - anis (013-6422724)

dari kisah "untung la sape jadi cikgu"

minggu lepas baru aku baca entri "untung laa sape jadi cikgu" yang agak hot tu. tak silap entri tu dah lama dah. tahun lepas punya tu. dah siap di remove pun. tapi tak tahu macam mana, boleh dibukak lagi. aku pun apa lagi, haaa..laju je lah baca. siapa belum baca, meh baca kisah "untung la sape jadi cikgu ni ye."


ramai juga yang tak puas hati sebenarnya. mungkin sebab dah dikritik teruk-teruk, tu yang di remove entry tu. dengarnya pun, orang tu dah minta maaf pun. 


kelmarin aku ada baca entry yang membalas entri "untung la sape jadi cikgu" tu. kalau siapa rajin, baca la, "untung lah sape jadi suami cikgu" hihi. rajin pula orang ni membalas ye.


yang dah baca tu, fikir-fikir lah sendiri ye betul ke tidak. aku pun, malas nak komen apa-apa. sebab akak aku sendiri cikgu kaunselor. bila dia tension, dengan aku sekali tension. sebab dia suka mengadu kat aku. -___-" penat nak dengar. haha. yang aku tahu, setiap kerja, ada susah, ada senang. ^__^ bila susah, ngadap lah kerja sampai siap. bila senang, jom kita blogging. weeeee.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...