Saturday, March 26, 2011

jogjakarta - episod 3 - pantai parangtritis

sambungan daripada jogjakarta episod 2.

kitorang pergi pantai parangtritis. katanya pantai ni glamour dekat jogjakarta. jom layan gambar-gambar dekat bawah.. ^_^


nampak dari jauh.. penuh orang.. yang berniaga pun ramai sangat..

close up sikit.. tengok orang tu duduk menjual dekat situ.. ada banyak kereta kuda dekat sana..

tadaaa.. ni la kereta kudanya.. comel kan.. ada mata.. tapi aku tak sampai hati tengok binatang-binatang kena kerja macam ni.. sedih.. T.T

tengok ombak dia.. memang scary tau.. tinggi-tinggi.. lepas tu dengarnya pantai ni bahaya.. sebab dia tak landai.. curam.. tak boleh mandi dekat sini..

berani betul sorang pergi dekat gigi air tu.. aku tobat la nak pergi..

ni paling dekat la aku pergi.. angin dia memang kuat.. terbang-terbang tudung.. siap ikat lagi selendang aku kat belakang.. pasir dia walaupun nampak macam padat je tu, tapi terbang-terbang tau kena tiup angin.. balik je, rasa belengas 1 badan..

dah nak senja.. jom balik semua.. ^_^


note : semua gambar ni kredit dekat zetty.. :)





Friday, March 25, 2011

header baru.. suka..^_^

aku memang mengada-ngada.. kerja tengah berlambak menimbun, time ni lah aku nak tukar template blog ni kan.. macam kerja dah siap je.. ni first time tau aku buat header.. tau buruk.. haha.. tapi aku suka sebab aku berjaya berusaha.. lalala..


ini yang lama..

tiba-tiba ada pulak gambar gedabak dekat situ kan...dah la tak kemas.. haha..

kucing tidur yang comel!!


nama dia labu.. jangan tanya kenapa nama dia labu.. nak gelak takpe.. tak kisah.. haha

kesian labu.. dia aktif sangat main.. tak berhenti..

bila penat, mula lah tertidur sambil duduk macam tu..

tersengguk-sengguk macam belajar dalam kelas.. haha..

eh korang.. hari ni hari polis ke?

eh eh.. hari ni hari polis ke? nampak ada orang tulis dekat facebook. cerita pasal polis, teringat pulak kenangan dulu-dulu..

waktu kecik dulu, cita-cita aku polis tau.. semangat dulu bagi tau semua orang. sebabnya aku suka tengok polis pegang pistol. main tembak-tembak.. siap masuk mimpi lagi.. memang tak boleh blah je yang tu.. lagipun dulu aku sedikit kelelakian.. panjat pokok memang favourite lah.. selalu kena marah.. -_-"





yang mana satu aku? haha.. dulu aku suka pakai seluar pendek.. skirt? tak best la..


masuk sekolah menengah, aku semangat masuk kadet polis tau.. lower form tak aktif pun.. setakat kawad-kawad je.. naik upper form memang best giler.. dapat join kadet polis johor untuk kem semalaysia..

lebih sebulan kena pergi latihan kat balai polis batu pahat. tiap-tiap hari pulak tu.. dah la tu, pukul 2 sampai petang. panas giler.. sampai berlegam-legam muka..



kalau tak percaya, cari gambar aku kat atas.. haha



sampai aku dah tak kisah dah dengan panas.. lantak je lah waktu tu.. boleh budak kelas aku panggil aku anak macha.. kureng hasam betul..

yang bestnya banyak pengalaman tau dapat.. dapat guna m16.. tembak je la.. kena nya tak.. haha,. aku memang tak reti lah nak fokus target ni.. paling ingat sekali kenangan time kem tu.. ramai giler kot kena histeria.. dah la tu, khemah banjir pulak..

waktu ada pasukan buat persembahan ulik mayang, boleh pulak lampu dekat situ mati tutup mati tutup.. yang ni memang seram..

ni semua kenangan.. lama dah berlalu.. tahun 2005 kot.. apa pun, selamat hari polis dekat polis semua.. ^_^

jogjakarta - episod 2 - makan!!


sambungan daripada episod 1.

sampai sahaja dekat jogjakarta airport, 2 bas dah tunggu siap-siap dah dekat sana.. terus kitorang dibawak pergi check in hotel.. kitorang stay dekat metro guest house.

lepas check in dan buat apa yang patut, haruslah pergi makan pulak.. excited ni first time nak try makanan dekat sana..

kitorang dibawak pergi kedai makan ayam goreng suharti.


suasana dalam kedai dia.. nampak gambar suharti dekat cover page menu dia tu..

lagi gambar orang excited.. nak pilih menu pun lama tau.. ye la.. menu sana bukan macam dekat sini..

lastly, pilih lah menu utama diorang. ayam goreng seekor tau.. share 5 orang.. makan sedap je.. lapar weh.. tambah pulak dengan sambal dekat bawah ni..

ni la sambal terasi.. pedas okey sambal diorang..

tak tau nak order apa, air mineral je lah.. air danone.. yang paling glamour dekat sana.. tapi nasib tak order air teh o ais dia.. lain giler rasa dengan yang dekat sini..

dah lapar, makan la dengan lahapnya.. masuk bas, semua orang cerita ayam goreng tu dengan kepala sekali.. haha.. sumpah kitorang tak perasan.. licin kot habiskan...

note : semua gambar diambil oleh classmates aku.. ^_^


jogjakarta - episod 1

trip jogja kitorang bermula 16 januari 2011. flight pukul 9.20 pagi.. awal tu.. sebab diorang kata kalau flight pagi murah sikit.. aku tak tahu sebab ini first time untuk aku..

so, harus berkumpul di terminal bas pada pukul 4 pagi ok.. aku tidur 1 jam je malam tu.. sebab nak kemas-kemas semua..


walaupun pagi-pagi buta, semua masih ceria lagi.. tapi bas gerak tidur lah semua.. haha..

kitorang sampai KLIA pukul 6 lebih.. sebab dah lama, tak ada lah aku nak ingat masa semua kan.. check in beg semua benda.. dah selesai semua, terbang lah kitorang tinggalkan malaysia..


tada...dah sampai dah.. tu MAS yang kitorang naik.. 2 jam setengah perjalanan.. tapi jimat sejam.. sebab waktu indonesia kurang sejam dari waktu kita..

tengok tu dia tulis.. welcome tu jogja.. berdebar dan teruja nak mulakan hari di jogjakarta tau.. okey, abaikan si mata kuning tu..




Thursday, March 24, 2011

jogjakarta - episod pengenalan

bulan januari hari tu aku ada join trip kelas ke jogjakarta, indonesia.. trip selama 8 hari di sana.. tapi tak terbuat pulak entri pasal trip tu..

ni baru mintak gambar-gambar dari kawan-kawan, boleh la buat entri jogjakarta pulak lepas ni.. tapi bukan lah malam ni.. malam ni thesis menanti..^_^

cari info matrikulasi?

aku tengok keywords dekat nuffnang, ada yang search tentang matrikulsi.. sebab tu aku buat entry tentang matriks ni.. walaupun info sikt je, harap adik lepasan SPM ni tau la sikit-sikit..


padahal sikit je pun hits nya.. haha.. nak join gelak boleh je.. =p

mesti adik-adik lepas SPM ni tengah sibuk cari hala tuju kan.. aku pun pernah alami benda tu semua.. abah and akak berdebat bagi cadangan.. alih-alih, aku buat keputusan sendiri.. memang degil.. haha

kemana hala tuju : marikulasi, asasi, STPM atau diploma

matrikulasi

matrikulasi ni ada dua jenis. 1 yang setahun. 1 lagi yang 2 tahun.. ikut kelayakan nak dapat yang mana. ramai orang kata mariks ni susah.. aku tak tau sebab tak ada pengalaman. tapi bila tanya orang, diorang kata biasa je.. boleh je lah bawak dekat matriks ni.. lagi-lagi kalau score subjek-subjek math and sains.

lepasan matriks nanti boleh pilih je mana-mana universiti and apa-apa course untuk sambung degree..

asasi

asasi ni lebih kurang macam matrikulasi jugak sebenarnya.. dia ada dekat universiti tertentu je.. nak isi dekat borang UPU tu.. ada dengan diploma sekali.. untungnya asasi ni, sebelah kaki korang dah ada dekat universiti tu dah..

kalau asasi yang dah fokus dekat sesuatu course, so pilihan untuk ke degree kurang la.. contohnya Asasi Alam Bina dekat UM. korang ada 4 pilihan course je boleh pergi.. apa yang korang belajar pun lebih terjerumus dekat course tu je.. macam tu jugak dengan asasi lain. macam Asasi Pertanian UPM, Asasi Kejuruteraan UITM and lain lagi lah..

asasi ni ada yang setahun, setahun setengah and dua tahun.. ikut universiti.. boleh tengok dekat website lah..

STPM

mesti ramai yang tahu STPM kan.. aku rasa STPM pun ok je.. macam matriks jugak.. cuma beza 2 tahun.. belajar dekat sekolah.. kalau rajin, boleh score and boleh masuk degree nanti..

Diploma

aku rasa diploma banyak jadi pilihan.. banyak universiti yang tawarkan diploma.. kalau betul-betul nak belajar apa salahnya.. pilih course yang banyak peluang pekerjaan.. takut nanti penat belajar, kena menganggur pula.. diploma 3 tahun.. kalau tak lepas, boleh repeat..


so adik-adik.. buatlah pilihan yang bijak.. bincang dengan family.. kalau ada dalam family yang dah ada pengalaman dalam semua ni, lagi elok.. tanya pandangan diorang..^_^

Wednesday, March 23, 2011

mee bandung sedap

sekarang ni aku agak kekurangan selera.. lagi-lagi makan nasi.. makan sikit je dah stop.. so, aku pergi cari makanan favourite.. mee bandung dekat cafe kolej.. memang sedap sangat..


yummmyy.. suka sangat...

tulis blog laju je...haish...


apa masalah bila menulis dekat blog laju je.. macam-macam tulis..

lepas tu tak boleh tulis dekat thesis..

letak jari dekat keyboard je terus stuck..

jadi blur.. tak mampu nak menulis..


grading SPM jatuh teruk?


akhirnya keputusan SPM dah keluar.. ada yang gembira.. ada juga yang bersedih.. ada juga yang tak ada perasaan.. walau macam mana sekalipun, result dah keluar.. dah tak boleh nak buat apa.. dengarnya grading SPM tahun ni jatuh teruk.. kalau tak, ramai yang tak dapat A..

biarlah cerita tu.. adik-adik SPM kena rancang masa depan dah ni.. mana nak pergi lepas ni.. nak belajar dekat mana.. nak buat apa.. yang tak berjaya tu, jangan risau.. banyak lagi cara nak berjaya.. tak semestinya kena belajar tinggi-tinggi untuk berjaya.. :)

yang mana layak dapat biasiswa teruskan.. yang mana layak pergi matrikulasi, silakan.. yang penting, pastikan minat anda.. jangan menangis di tengah jalan.. jangan terlalu kejarkan kerjaya yang glamour. tapi bila tak minat, susah jugak..

yang tak berjaya, boleh pergi kursus kemahiran.. ouh.. maktab pun ada.. boleh cuba.. STPM pun boleh jugak.. semuanya sama sahaja.. ikutlah kata hati anda.. ^_^


cik eira shoppe giveaway :)



jom rakan-rakan.. kita meriahkan giveaway cik eira pulak.. boleh klik gambar mata menawan dekat atas tu kalau nak join.. :)

giveaway ni akan tutup pada 1 april 2011.. ada masa ni, meh kita join..

mana tau ada rezeki dapat hadiah lens.. aku suka bab lens ni.. ^_^

akan aku tunggu waktu itu



gambar-gambar ni dah lama.. dalam 3 tahun yang lepas.. pipie rajin edit gambar kitorang.. walaupun kitorang jauh, tetap happy..

tapi aku rosakkan everything.. buat hal.. macam-macam silap aku buat.. terlalu banyak.. tapi pipie still terima aku..

cuma, semuanya dah tak macam dulu.. aku dah kehilangan 'diri' dia.. siapa dia yang dulu aku kenal..

aku cuma berharap, aku mampu kembalikan diri dia yang dulu.. supaya aku boleh tebus semua silap yang dah pernah aku buat.. sampai bila pun, aku tetap akan tunggu..

Tuesday, March 22, 2011

masalah orang rabun yang paling besar sekali


siapa rabun angkat tangan...

SAYA!!!

kalau orang rabun mesti selalu ada masalah hilang cermin mata kan.. bukan hilang apa.. sebab nak cari tak nampak..

lepas tu mula meraba-raba...

lepas tu mula kecoh-kecoh suruh orang carik kan cermin mata..

kalau dekat kolej, roomates lah yang menjadi mangsa..

kalau dekat rumah, family la.. tapi selalu mak je yang tolong cari.. sebab mak selalu simpankan cermin mata dekat tempat lain.. sebabnya aku suka letak merata-rata.. haha



macam tu la pandangan orang rabun.. blur.. pandangan lebih kurang 1m dah jadi kabur macam tu.. muka orang pun tak jelas.. apatah lagi cermin mata yang kecik tu..


aku tak pernah rasa ambik result dekat sekolah tau


wah.. mesti adik-adik SPM tengah risau-risau kan.. sabar ye korang.. bila lagi nak ada perasaan macam tu.. aku ni risau dekat adik lelaki aku yang sorang tu ha.. macam mana la agaknya keputusan dia.. harapnya ok lah.. tapi kalau ok haruslah kena sediakan ganjarannya pulak..

mesti esok diorang semua sibuk pergi sekolah nak ambil result kan.. jumpa kawan-kawan balik.. aku tak pernah rasa semua tu tau.. PMR and SPM.. dua-dua aku call je sekolah.. sebabnya jauh sangat sekolah.. sedih kan..

tapi yang bbestnya, tak lah orang ramai-ramai tanya result berapa.. sebab jumpa diorang pun tidak.. haha.. agak-agak sedih, boleh terus menangis dekat bilik terus..


nangis guling-guling pun orang takkan tau punya.. haha

Monday, March 21, 2011

saya nak tidur..jom..^_^


hai semua.. nama saya pendek.. siapa lah bagi nama yang tak glamour tu.. (aku la penyumbang nama kucing-kucing dekat rumah)

saya dah penat main kejar-kejar dengan adik-beradik saya.. nak tidur dulu ye.. selimut pun dah sarung..jom..siapa nak ikut saya tidur jom.. ^_^



note : sekarang ni asyik cerita kucing je.. sebab hari tu balik rumah banyak ambik gambar diorang.. ada lah jugak modal nak update blog ni..

Giveaway : SSC Lucky Follower Mac 2011 =)


wah.. dah nak tutup give away ni.. malam ni pukul 10 malam.. ada berapa jam je lagi.. sempat la sikit masa ni nak join..

siapa nak join jom.. ada lagi berapa jam ni.. klik banner ok.. :)


kenapa perempuan gemar bersolek?

kenapa perempuan suka make up?

1. terasa lebih yakin

bila kita dah make up cantik-cantik and tak comot, mesti kita akan rasa yakin kan bila berjalan. lagi-lagi bila ada orang puji.. (tipu siapa yang tak suka kena puji. haha)

2. boleh belajar jadi sopan dan teratur

kenapa pulak? sebab bila kita dah make up, bila muka rasa berminyak sikit je, mesti kita akan lap slow-slow je kan. tepek tisu sikit-sikit. tak nak make up comot. cuba kalau muka tak make up. sental ngan tisu tu sebolehnya.

3. terasa lebih cantik

haha. ini tak boleh blah.. tapi kebanyakannya memang macam tu kan. lagi-lagi kalau ada function. laju je make up.


okey. entri ni merapu je.. bukan cakap siapa-siapa. cuma berdasarkan pengalaman sendiri je.. kantoi suka make up.. haha..



maaf. ini gambar syok sendiri.. cuma nak tunjuk muka make up je.. haha

Sunday, March 20, 2011

manusia boleh buang-buang anak, kucing siap berebut anak lagi

ambik kau. panjang betul tajuk. sebab tak reti lah aku macam mana nak ringkaskan lagi tajuk tu. kenapa tiba-tiba tajuk tu muncul?

jom tengok gambar dekat bawah..



tengok la sendiri.. 1 kotak boleh ada dua ibu.. kucing aku yang warna-warni tu.. yang kelabu putih kucing orang. tumpang beranak dekat rumah aku.. entah bila rumah aku sediakan khidmat perbidanan kucing pun aku tak tau.. tapi sebab suka kucing punya pasal, jaga je lah..

okey, sambung balik.. kucing kelabu putih tu suka masuk dalam kotak kecik. ada sekali, dia boleh pergi curi semua anak kecik. pergi sorok dalam almari. kesian kecik mencari anak-anak dia hilang.

aku pun kena lah angkut kucing kelabu putih tu pergi kotak dia balik.. -_-"


dah balik jaga anak-anak sendiri.


giveaway sempena 27 tahun

jom join giveaway lagi.. rajin betul aku join kan.. saje je suka-suka.. ^_^

siapa nak join, klik link bawah okey... sampai 29 mac 2011 je..




sebelum dan selepas make up

jom make up gambar anda.. siapa mangsa yang menjadi model?





tada...

adik aku la...

sebelum make up...


ini pulak selepas...


cop.. ini cuma make up guna gimp sahaja.. bukan make up betul-betul pun..

haish..tengah tension and serabut, memang best buat benda macam ni..


jadikan gambar dalam bentuk puzzle


baru je nak menjinak-jinak belajar guna gimp.. photoshop tak ada, gimp pun jadi la.. ni pun dah penat nak belajar. dapat la edit satu gambar jadi puzzle.. siapa-siapa yang nak try, boleh tengok tutorial dia dekat sini.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...