Thursday, August 13, 2015

cara kebahkan demam anak kecil

 

Alhamdulillah. Husna dah baik demam. 3 hari demam panas. 2 hari ummi EL. 3 hari demam, habis susut dah badan. Makan tak selera. Mungkin tekak tak sedap.

Sebenarnya Husna mula demam dekat kampung. Sabtu hari tu aku balik ke kampung nenek suami. Dan malam tu Husna ternampak "sesuatu". Scaryyyy tak?? Huhu.

Malam tu Husna tidur macam biasa dalam pukul 9 gitu. Husna tidur, confirm la ummi dia tidur sekali kan. Dalam pukul 1 pagi lebih tu, Husna merengek. Bagi susu tak nak. Tiba-tiba dia pandang pintu luar. Kat kampung kan kita tidur lambak je kat ruang tamu. Lepas dia pandang tu terus dia paling sorok muka pejam mata. Hati aku dah pikir sesuatu ni. Lepas tu Husna pandang semula pintu, tak berkedip. Lama. Aku try palingkan muka dia, dia tak nak. Terus aku kejut husband, kata badan Husna panas. Yup. Memang panas sangat badan dia.

Lepas husband bangun tu, lagi sekali Husna pandang pintu. Dan kali ni, dia terus menjerit takut. Terus husband bangun. Dia ambik Husna, pangku, peluk. Sebab Husna terketar-ketar takut. Dalam pukul 3 lebih, baru Husna tidur. Itupun kena pangku. Ada juga lepas tu Husna bangun lagi, dan nek berpangku lagi.

3 hari lepas tu Husna demam panas. Suhu 38.5, 39, 39.8. Memang itu je la suhu dia. So, apa aku buat, sentiasa jerlum kepala dan badan Husna dengan air lendir daun bunga raya + lidah buaya. Sentiasa letak tuala basah dekat kepala dan badan Husna. Rajin mandikan dia. Biarkan anak tak berbaju. Dan keep on makan ubat. Rajin bagi air masak.

Itu la yang aku buat dekat Husna. Memang aku nak give up sebab suhu tak turun-turun. Tapi alhamdulillah, hari ketiga Husna dah mula kebah. Cuma merengek tu biasa la. Dia lesu kan.
Semoga Husna terus sihat dan dilindungi dari sebarang gangguan.


Monday, August 10, 2015

Jamuan raya office

Cerita lama peram, baru nak update. 

Hari ni baru nak share gambar-gambar jamuan raya office 30 julai hari tu. 





Sepatutnya tema baju kitorang maroon + coklat. Baju sedondon semua gugurls. Tapi ada masalah dengan tailor. Sudahlah lambat siap. Baju semua bapok besor gedabok!

Last2, semua korek baju lain dalam almari.

Nampak buah-buahan je semata? Sebab department kitorang kena sediaka  buah-buahan tempatan. Dah dari pagi semua sibuk gotong-royong potong buah.


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...