Wednesday, January 21, 2015

hari kedua ke taska

Sekarang ni aku jadi risau. Lepas dua hari ke taska, Husna jadi tak aktif. Senyap je. Sebelum ni Husna jenis yang cepat mengamuk, menangis dan pandai gelak-gelak bila di agah. Tapi bila ambil semalam, tak ada pun. 

Balik semalam, dia senyap je. Dalam kereta, macam biasa menangis bila kereta berhenti. Sampai rumah, dia tetap diam je. Kita agah-agah pun, dia buat tak tahu je. Maghrib tu macam biasa dia nak menyusu badan. Selalu dia akan mengamuk nak tidur. Tapi ni tak. Sangat behave. Musykil sangat. Dalam pukul 9 tu, dia tidur lena sampai ke pagi.

Normal ke baby macam ni. Aku dah fikir macam-macam. Kot-kot diorang buat apa-apa ke dekat Husna. Check fizikal tak ada apa-apa perubahan. Pagi tadi aku hantar, sempat tanya dekat pengasuh. Dia kata kat taska, Husna okay je. Bila diorang agah-agah, ada juga dia gelak-gelak.

Adakah Husna merajuk dengan ummi dan abah dia? Husna memang dah pandai merajuk dari umur belum sebulan lagi...

 

gambar Husna nak jalan-jalan hari tu

Tuesday, January 20, 2015

hari pertama di taska

Semalam aku mula bekerja selepas dua bulan bermaharaja lela di rumah. Rindu sebenarnya nak kerja. Tapi sedih sebab kena tinggalkan Husna dengan orang lain. Sebulan sebelum masuk kerja aku dah mula kelam kelibut mencari Taska atau pengasuh.

Mak dengan mak mertua dah offer nak jaga. Tapi memang aku tolak mentah-mentah. Aku tak nak berjauhan dengan anak. Hujung minggu baru jumpa. No No No. Tak sanggup rasanya walaupu kampung cuma 2 jam dari KL ni.

Setelah survey dan survey, aku dengan suami setuju nak hantar Husna ke Taska Cergas Gemilang dekat Jalan Maktab, Keramat. Dekat dengan pejabat. Kalau ada apa-apa hal, boleh berdesup aku atau suami pergi sana. Okayyy.. Taska memang mahal. hukhuk. RM450 sebulan. 

First day hantar semalam, letak dalam car seat. Elok dia tidur. Tapiiii.. Setiap kali traffic light merah, meraung dia nangis. Kereta jalan, sambung tidur. Alahai lahh husna.. Lunch semalam sempat kitorang jenguk Husna. Alhamdulillah, tak nangis. Dah wangi-wangi dah. Balik semalam pun, elok dia tidur. Tapi dalam kereta. meraung lagi. Huhu. Semua traffic light merah pulak tu. Sabar je lah. 

Balik rumah semalam, lepas dia kenyang menyusu, lepas maghrib tu dia terus tido lena sampai pagi tadi. Tak meragam. Bangun kejap nak susu je. Aku dah musykil tengok dia lena ya amat macam tu. Risau pun ada. Penat sangat ke? 

Tengok la hari ni macam mana pula nanti. Harap okay jugak la.

 Memang sedih bila terpaksa biar anak dijaga orang. Tapi aku terpaksa. Aku tetap akan bekerja. Tak akan sesekali aku berhenti kerja. Sebab? Aku fikir mak abah yang penat hantar sekolah tinggi-tinggi, habis duit. Tapi tak bekerja. Lagipun, aku fikir panjang. Cuba bayangkan apa-apa jadi pada rumahtangga, atau apa-apa jadi pada suami. Bukan nak doa tak elok. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi kan. Kalau bekerja atau ada pendapatan tetap, sekurang-kurangnya aku boleh sara diri sendiri, sara anak tanpa mengharapkan bantuan orang. Itu yang aku bagi tahu suami. Alhamdulillah. Dia faham.


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...