Saturday, August 11, 2012

memperkenalkan labu dan labi. ^__^

 hai...saya labi. ^__^
mata saya sepet sebelah. -___-"


hai..saya pulak labu..^__^
tapi saya memang sombong taknak pandang kamera.


itulah labu dan labi. azee yang bagi nama. labi tu dulu kecik sangat. alaa..yang lahir tak cukup bulan dulu. tapi sekarang dah bambam. lagi gomok dari labu tau. diorang baru pandai berjalan. comel. terkedek kedek. ^__^

Friday, August 10, 2012

kad raya kedua dari kak wanieys

pin! pin!
kad raya kedua dah dapat.
^__^


 kehijauan. sejuk mata tengok.


kad raya datang dari kak wanieys.
comel je kan.
terima kasih banyak-banyak kak. ^__^

expo raya meriah

malam tadi sempat lah pergi expo raya dekat sungai besar ni. tipa tahun memang tak akan ketinggalan lah menyemakkan diri dekat expo tu. walau sesak. walau parking jauh. sanggup wehhhh! 


niat pergi malam tadi just nak survey je dulu. tengok baju kurung siap, siap ada manik banyak, perghhhh. murah je kot. banyak bawah RM100. fuhhh. nasib baik baju raya aku dah 4 pasang. haha. sabar...kawal napsu wehh. -__-"


malam tadi aku survey tudung. tapi harga dia agak mahal bagi aku. berbanding dekat kedai yang aku selalu beli. aku kan kedekut. kalau doploh kedai, doploh kedai jugak aku masuk. nak carik yang murah punya pasal. heee..takpe, kita tengok malam nak raya nanti. kompem murah. ^___^


kuih raya, kerepek, jeruk, asam segala jangan cakaplah. berlambak. tapi simpan dulu. malam raya nanti lagi murah. beli malam raya je nanti. ^__^ kesimpulannya, semua benda kita beli malam raya ye.

lens raya. weehoooo!

 parcel dah sampai. yeay!! aku suka perkhidmatan coolshoppe onmurah ni. pagi ni payment, lepas tu dia pos, esok barang sampai. suka sangat. 


ada 3 pasang. aku sepasang, azee sepasang, akak aku sepasang. macam biasa, aku suka lens warna hitam. yang tengah tu aku punya. ^___^

kalau dah warna hitam, pakai corak apa pun, tak de bezanya. haha. gambar kat header tu pun aku pakai warna hitam jugak. cuma lens tu dah lama. harus tukar. ^__^

Thursday, August 9, 2012

header untuk azee

lepas je aku tukar header hari tu, si adik aku, azee tu pun sibuk suruh buatkan header untuk dia jugak. gigih lah nak siapkan header dia tu. tapi dia suruh letak gambar lain, aku letak gambar lain. haha.


 ni lah hasilnya.


bila momot jumpa anak kucing

 momot nampak dari jauh.

 dah dekat sikit.

 dekat lagi. tapi tengkuk dah naik sikit dah tu.

bila dekat lagi, terus bangun momot nya. haha. punya lah penakut dengan anak kucing tu.

Wednesday, August 8, 2012

WW - bahan buat kuih raya dah ready!


baju raya kedua dah siap dihias. ^__^

akhirnya, siap jugak baju kedua aku. eh! tak. sebenarnya ni baju untuk raya pertama. baju tema 1 family. ^__^

 full view baju. merak mak ngah wehhh. aku guna kain sama untuk baju melayu abah dengan adik aku. yang ni aku guna rose lace tu. beli je kat kedai dalam 4 ringgit lebih semeter. semua ni aku pakai 4 meter.

 close up kat tangan. nak tambah seri, letak manik pearl kat tengah bunga rose tu. ^__^

bunga rose di bahagian leher. kalau perasan, aku tak letak pun rose tu dekat keliling leher tu. sebab kalau pakai tudung, bukan nampak pun. 


walaupun nampak simple, tapi sangat leceh nak menjahit bunga rose tu tau. sebab tepi dia macam ada bulu-bulu. so, kena jahit betul-betul bagi kemas. baju ni kompem tak boleh masuk mesin basuh. sebab kompem rose dia akan rosak. -__-"


sekarang tengah jahit manik untuk baju mak yang kedua pulak. fuhh..sempat siap ke ni.

Tuesday, August 7, 2012

kad raya pertama


 kad raya pertama dah sampai.
dari siapa?


 kad raya dari kak husna..=)

thanks a lot kak husna..=)

hilang motor

hari ni, pagi-pagi dah dikejutkan dengan berita kehilangan motor adik bujang aku. motor tu hilang dekat rumah sewa dia dekat kuala pilah. dia pakai motor yamaha 125. motor tu memang antara motor yang selalu kena aim dengan pencuri. sebab tu selalu abah pesan, jaga motor elok-elok. kunci semua. mangga siap.


tapi dah memang dah tak ada rezeki. mesti pencurik tu dah lama dah aim motor tu. memang tak ada harapan lah nak dapat balik motor tu. kompem dah dibarai habis. tak dapat la dia nak beraya dengan motor dia tu. baru je siap dia cat baru. tukar sport rim baru.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...