Saturday, October 6, 2012

typo!!!

typo! post untuk hari ni. aku rasa, aku boleh dapat title MISS TYPO lah.. sebab, aku rasa, aku selalu sangat typo. sampai tajuk entri pun kadang-kadang boleh silap eja. -____-"


sebab utama yang buatkan aku typo adalah, tak pernah nak semak balik atau baca semula apa yang aku tulis. aku taip laju-laju. siap taip, terus publish. haha. kadang-kadang, mesej pun macam tu. heh!! punya lah malas nak semak balik. lepas tu, memang tak perasan lah kalau typo pun. sebab aku jarang baca entri yang aku dah publish tu. 


aku memang tak suka semak semula apa-apa benda pun. walaupun, lepas jawab exam. confirm tak akan semak. sebab kalau aku semak, mesti aku akan betulkan. and apa yang aku betulkan tu, confirm salah. -___-"  so, perangai tu dah terbawak-bawak sampai time tulis blog. ke memang aku ni malas? haha.

Friday, October 5, 2012

hadiah untuk tika dah beli.


haaaa. dalam ni lah dia hadiah untuk tika tu.
dah siap bubuh dalam kotak.
gigih pergi kedai runcit cari kotak.
tapi pembalut hadiah pulak tak ada.
kena sorok dulu hadiahnya.
sebab mommy tika tu selalu curik-curik baca blog aku ni.
tak surprise lah kalau dia dah tahu apa hadiahnya.
hihi.


terima kasih pada semua yang dah bagi cadangan.
^___^

idea hadiah untuk kana-kanak setahun

hoyehhhhhh. dah jumaat. suka sangat. oh ye, esok kitorang nak sambut birthday hana mustika yang pertama. tapiiii. aku masih blurr nak bagi hadiah apa. habis satu sungai besar aku dah pusing. habis semua kedai aku dah masuk. tapi tetap blurrrrr. -____-"


agaknya nak bagi hadiah apa ye yang best. nak bagi baju, aku dah ulang alik belikan dia baju. nak beli mainan, aku tak tahu mainan apa yang sesuai untuk budak setahun. itulah cucu sulung. banyak benda dah dibelikan. sampai dah tak tahu nak bagi apa dah. hahaha.


ada tak idea yang best? akak-akak yang dah ada anak tu, boleh la suggest kan benda yang best. kalau boleh, benda yang boleh merangsang minda dia. ^___^  oh ye. tika ni dah pandai jalan tau. ^__^


p/s : hari ni genap setahun dah konvo. kejap je masa berlalu.

Thursday, October 4, 2012

review novel : cinta hati kita




akhirnya, baru habis satu novel je dari tiga novel tu. novel Cinta Hati Kita by HM Tuah Iskandar. bagi aku, cerita ni ok. ending yang tak terjangka. yes!! aku sangat suka baca cerita macam tu. yang bila sampai ending, "laaaaa. macam tu ke." mula-mula nak start baca tu, agak malas, and bosan je rasa. tapi bila dah sampai suku, hambekkkk. rasa macam tak nak berhenti. bila dah sampai suku yang terakhir tu lagi la. memang tak boleh berhenti langsung. -___-"

bawah ni sinopsis dia.

Sinopsis

IMPIAN Manis ingin memiliki rumah tangga yang aman dan bahagia. Tapi, apa yang tersurat, dia menjadi isteri kedua. Maka terpaksalah dia berkongsi sekeping hati. Manis sering ditinggalkan sendirian. Malahan, pertemuan dengan suaminya perlu secara sembunyi-sembunyi.

Bagaimanapun dia redha menghadapinya demi kasihkan si suami.Sepuluh tahun Manis merahsiakan identiti suaminya. Selama itulah dia menelan umpat keji jiran-jiran yang menuduhnya perempuan simpanan. Kelahiran lima orang cahaya mata menguatkan lagi tuduhan mereka terhadapnya. Namun, langit bagai mahu runtuh bila perkahwinan rahsia mereka telah dihidu oleh pihak media.

Seluruh negara gempar dengan berita itu. Suami Manis rupa-rupanya seorang tokoh yang dihormati ramai! 
 
 
tapiii. bagi aku, cerita ni bukan mengisahkan Manis semata-mata. tapi lebih kepada insan yang bernama Pairun. seorang juruam terkenal tapi terlalu banyak masalah.siapakah Pairun. apa rahsia Pairun. and lagi satu, cerita ni bagi tahu kita, orang berkedudukan, orang berpelajaran tinggi, tak semestinya mempunyai akal yang cerdik dan matang. cerita tentang orang yang lebih suka bertindak mengikut emosi. cerita tentang ego.


apa pun, cerita ni best. aku rate 4/5. ^___^


p/s : cerita ni bukan cerita cinta remaja ataupun cinta orang muda ye.

apa anda buat bila internet slow?





kalau aku, yang biru dengan hijau tu. haha.

Wednesday, October 3, 2012

WW - gula-gula kapas

 sesekali layan gula-gula kapas ni best jugak kan. ^___^

Tuesday, October 2, 2012

alone !

fuhhh. masih di pejabat. sendirian pulak tu. -___-"  nasib baik bawah pejabat ni kedai makan yang dia bukak malam. tidak lah sunyi sepi. berani lah sikit aku nak ot. tapi hari ni tidak lah ot sampai malam-malam. cukup lah sampai pukul 7 nanti je. janji belum gelap lagi.


dan sekarang, sendirian, sambil buat kerja, sambil layan nescafe ais kaw kaw kurang manis. ^__^  ini memang sengaja carik nahas tak boleh tidur malam


tadi masa tengah order air nescafe tadi, ya allah. betapa tergodanya dengan bau makanan. fuhhhh. tarik nafas dalam-dalam. nak je aku order nasik goreng ayam. nasib baik teringat lunch tadi dah baham nasi ayam sebungkus. haipp.! tak boleh makan nasi banyak-banyak. nanti tak turun-turun beratnya nanti.



entah bila nak capai target berat 50kg ni. -___-" susahnya lah rasa. nak naik bukan main senang lagi.


mood conteng conteng kembali..

 ini buku nota yang aku nak buat buku resepi hari tu.
conteng sikit-sikit bagi nampak comel kekononnya.. -__-"


dan ini tak ada kerja.
semua barang tu yang aku nampak atas meja office aku ni..

Monday, October 1, 2012

GIVEAWAY ME & MY FAMILY


klik banner atas ni ye untuk join..
^__^

cuci gambar online terbaik!!

akhirnya gambar raya dah siap dicuci. suka sangat. ^__^. sebelum ni pergi cuci gambar dekat kedai sangat lah mahal (50sen sekeping). tapi kali ni tak lagi. kak lia ada suggest cuci gambar dekat eoe online.


memang murah laaaaa. untuk 4R, cuma 30sen je sekeping. memang nampak tak jauh beza kan 30 sen dengan 50 sen. tapi cuba bila cuci banyak banyak. ketara tu perbezaannya. senang pulak tu nak cuci. upload gambar dekat website dia. bayar. tunggu gambar sampai depan pintu. ^__^  hari tu gambar aku sampai dalam masa 3 hari bekerja je. ^__^


 bekas ni diorang letak gambar yang saiz 8R dengan 10R. tak de lah keronyok-keronyok gambar tu nanti. buat tabung pun macam best je bekas ni. huhu.


 gambar saiz 10R. RM13 sekeping. kualiti gambar, bergantung pada pixels gambar yang kita upload tu ye. tapi dekat website dia ada tulis minimum saiz pixels untuk gambar tu tak pecah bila dicuci.


 ni pulak saiz 8R. RM6 sekeping.


dan saiz 4R. kalau nak tambah album pun boleh. caj RM1 per album.


dan kesimpulannya, aku sangat berpuas hati. dari segi harga, kualiti dan cepat. ^__^  officemate aku pun dah siap cuci jugak. kompem lepas ni, apa sahaja event, akan aku cuci gambarnya.



..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...