Tuesday, May 19, 2015

tutorial buat bouquet bunga simple


 1) bahan-bahan yang diperlukan 
  • bunga (aku pakai bunga plastik je)
  • kertas tisu 2 warna
  • salotape 
  • gunting
  • reben
 2) Ambil bunga. Gubah Jadi bentuk bulat macam ni. Ni kena susun ikut kreativiti. Boleh campur bunga kecik-kecik untuk lebih berseri gituuuu. Lepastu, salotape batang bunga tu semua bagi tak tercabut.

 3) Bentang kertas tisu, lipat macam lipat kipas tu.

4) Haaa.. gini jadinyaaaa. Pegang bahagian bawah gitu. Biar bahagian atas tu kembang macam kipas.

5) Balut kertas bentuk kipas tadi dekat bunga yang dah kita gubah tadi. Haaa. Tengok, separuh je kan. maksudnya, kertas tak cukup panjang. So, ambik lagi kertas yang sama. Repeat cara 3 dan 4 dan balut dekat bunga sampai cover sekeliling bunga tu. Dah siap, boleh la salotape bagi kertas tu tak tercabut.

 6) Ulang balik step 3, 4 dan 5 untuk kertas yang warna lebih kontra

 7) Tadaaaa.. Siap dah. Oh ye. Dekat batang pegang tu, boleh la balut dengan reben. lilit-lilit aje. Untuk seri. Lupa ambik gambar. Hihi.






Monday, May 18, 2015

Bercuti ke Cameron Highlands : Natasya Resort pilihan kami

Bab booking membooking, pilih memilih hotel ni memang 100% aku serah pada suami. Biar budak graduate Hotel Management yang pilih. Sebab banyak cerewetnya..kikiki. Tapi setakat ni semua hotel yang dia pilih, tak pernah mengecewakan. Selesa i tidur.


Ni lah natasya resort nya. Gambar ni curik google je. Lupa pulak nak ambik gambar bangunannya. Natasya resort ni dekat area Brinchang. Dekat sangat dengan Kea Farm, taman rama-rama, simpang nak ke Teh Boh tu.

Kitorang ambik apartment 1 bilik. Book guna Booking.com.  Dapat 2 malam RM330 tak masuk tax. Bagi aku, berbaloi sangat. Besar, selesa. Parking berbumbung betul-betul depan pintu bilik. Haaaa. Tak risau la laki aku tu dengan kereta dia.



Ni gambar ruang tamuYang kaler biru tu, Sofa Bed. Memang bilik ni up to 4 people. So boleh bukak sofa tu jadi katil. Memang selesa. Husna suka golek-golek atas tu. Ada jugak tempat dia nak golek-golek. Kat lantai kan sejuk kemain.


Ni balkoni luar. Haaa. Besau gedabak weh. Nak duk luar ni pun pikir banyak kali. Sejuk!! 


 Ni pulak view dari balkoni tu. Sedap je mata tengok ladang sayur-sayur bawah tu. Pukul 8 pagi aku dah tengok ada orang bercucuk tanam dah,. Yang aku still peluk tubuh kesejukan.


Ni dapur. Haaa.. yang tak bestnya, tak ada microwave. Kalau ada microwave sedap sikit. Makanan kan cepat sejuk dalam ni.


Ni toilet dalam ruang tamu.
 

Ni toilet dalam Bilik. Siap ada bath tub. Tapi idak la nak berendam weh. Even air panas pun, keluar menggigil jugak kan.




Ni sabun mandi, shampoo, conditioner hotel. Diorang akan bagi time check in. Sedap bau dia. Besar gedabak tu memang tak habis la 3 hari. Bungkus-bungkus, bawak balik pakai kat rumah.


Haaaa.. Husna sampai je hotel, tidur kemain lena. Sedap sangat tidur atas tilam lepas seharian dalam kereta. Menunggu la dia bangun nak keluar pergi makan.


Ni malam lepas balik makan. Semua melepak atas sofa bed tu. Sambil tengok tv. Aku suka sangat gambar ni. Father and daughter pillow talk.  Anak manja abah. Sweater tu baru beli. RM20. Sebab kesian pulak sejuk. Ummi abah dia pun beli jugak sweater bundle. Hehe.


Anak bertuah ni pukul 4 pagi dah bangun ajak main. Aduahai lah anak. Kena la melayan jam 4 pagi. tak sabar nak jalan gamaknya.

Meh belanja video husna golek-golek atas katil. :)


..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...