Sambung lagi cerita jalan-jalan Cameron. Hari Isnin memang banyak tempat tutup dekat Cameron. Jadi kita terjah je la mana-mana tempat yang bukak. Yang penting jalan lengang habis. Seronok! Sarapan pagi dulu dekat gerai nasi lemak. Tak sedap. Mahal. Malas update.
Lepas google menggogle, kitorang decide pergi Muzium Time Tunnel. Muzium ni tepi jalan besar je dekat Brinchang tu. Tak jauh dari hotel kitorang. Dia macam deret kedai gitu je.
Tiket masuk RM5 untuk dewasa. Kanak-kanak RM 3 tak silap. Maklum lah, tak bayar untuk kanak-kanak kan. Waktu nak pergi sini, Husna lena dalam kereta.Bila angkat, terus bangun. Mamai je bangun-bangun masuk muzium yang samar-samar je lampunya.
Ni lorong nak masuk. Memang lebar dia gini je sampai ke hujung. mungkin sebab tu muzium ni dipanggil tunnel.
Abah kekonon nak memupuk minat husna dengan muzik. Abah berjiwa muzik. Ummi langsung tak ada jiwa muzik. Kita tengok Husna nanti ikut abah ke ummi. Piano lama tu dah tak berfungsi pun. Mungkin diorang memang tak bagi bunyi. Muzium kot. Tetiba bunyi piano, macam seram je.
Husna dah mula ceria. Cantik kerusi jongkang jongket lama ni. Berlatar belakangkan gambar-gambar cameron dulu dan kini.
Abah dan Husna bersama koleksi iklan-iklan soft drink. Eh. Ada juga iklan minuman keras di situ.
Husna dalam walker dolu-dolu. Kecik comey je kan. tayar dah hilang sebiji.
Husna muka gayat naik buaian kecil sorang-sorang.
Koleksi kereta kecil dan basikal kanak-kanak. Comel-comel belaka. Semuanya pakai besi. Mainan sekarang semua pakai plastik saje.
Husna nak belajar masak kejap ye. Ada yang nak order?
Dapur dan oven dolu-dolu. Oooo.. Orang dolu-dolu dah lama pakai plate panas tu untuk masak. Orang sekarang cuma upgrade je.
Banyak lagi gambar yang ambil dekat sini. Nanti lah kalau rajin, update sikit-sikit. Aku suka masuk muzium ni. Walaupun muzium ni kecil, lebih sejal juga kitorang belek benda satu persatu. Sebab diorang susun barang sangat pack. Tak cukup ruang mungkin. seronok bila tengok benda yang dapat mengimbau kenangan lama. :)
7 comments:
setiap kali ke cameron xpernah masuk sini...tgk kawan2 pergi mcm best je.
wahhh ash pun tak sampai lagi sini ni...
Xpnh msk muzium ni.. huhu
Belum pernah sampai ke CH..ohh dalm muzium tu barangan nya klasik kan.. suka tgk :)
best jgk yek.... walker dolu2 tuh mmg lagend lah... simple je kan tp besi dia tu tahan lama tuh...
akak xpenah masuk sn..pdhal menarik gak ye..
sep !! CT dah penah singgah jugak..
ikut hati tanak singgah sbb x minat.. tapi ayah ske mende2 mcm ni..
ikut saja =D
Post a Comment