Friday, June 26, 2015

impian abah tertunai

 

Alhamdulillah. Sudah tercapai impian abah yang inginkan semua anaknya berjaya ke IPTA. 3 orang dah bekerja. Tinggal yang lelaki sorang tu tengah sambung belajar lagi.


Hari tu akak bersembang dengan abah dekat rumah :
  
Akak : Ha.. Ni kan impian abah. Nak semua anak-anak abah grad IPTA.
Abah : Nak tau kenapa abah nak semua grad IPTA?
Akak : Mungkin nak jadikan teladan kot.
Abah : Tak lah...abh cuma tak nak nanti kalau sorang atau dua orang je yang masuk ipta, nanti  bila korang dah besar, ad yang rasa rendah diri..kecil hati..abah tak nak macam tu..abah nak semua ada perasaan yang sama.

mendalam betul ayat abah.

Betul. Abah dari dulu sampai sekarang memang tak nak ada anak yang berkecil hati. Sebolehnya, semua nak sama rata.

Kalau dulu kecik-kecik kitorang gaduh, walaupun siapa pun salah. Abah tak pernah menangkan siapa-siapa. Semua kena marah.

Sekarang, kalau abah pergi rumah anak yang ni, nanti abah pergi rumah anak yang tu pulak.

Hati dan perasaan orang kita tak tahu. Walaupun adik-beradik. Kadang-kadang perasaan iri pun boleh ada kan. 

Semoga kami adik beradik dapat balas semula jasa abah dan mak yang bersusah payah membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan didikan.

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

tiga lalat said...

salam hee, saperlar tak sayang anak, tapi ada mak kann kanns ;p

Kakzakie said...

Itulah abah yg penuh tanggungjawab Anis. Semampu boleh dia nak jaga hati anak-anak. Moga anak-anak juga mampu mendoakan dan buat abah gembira selalu.

norhidana miswan said...

tp mmg betul lah anis...
adik akak yg no 2 tak dpt sambung ke ipta atau poli dia ada stpm je, dia selalu rendah dri... kadang kami2 kene jaga ttr kata betul n marah bile ada makcik2 yg banding2kan kami

akak klu blh nk dia sambung study tp lama2 dia kata takmo lah, dh tua sgt katanyer...

anyss said...

assalamualaikum,
tahniah abah...impian dah tercapai

Ahmad Hasif said...

tahniah.. yup betul juga apa yang abah tu cakap kan tu...
salam perkeanalan


blogwalking sini..

BLOGAHBAR

Pha Is said...

alhamdulillah...

Cetusan Minda said...

seorg ibu / bapa blh puaskan hati semua anak tapi anak yg ramai belum tentu dapat lakukanya ...

QasehnyaRania said...

alhamdulillah
semuanya berjaya
harapan san impian setiap ayahdanibu kan

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...