Monday, June 22, 2015

Stroller capella menjadi pilihan




Alhamdulillah, setelah stroller lama berjaya dijual, pencarian stroller baru juga berjaya. Eh. Bukan la stroller baru pun. Tetap stroller second hand sahaja. 

sebab pilih stroller second hand?

  1. dapat stroller yang berjenama dengan harga murah
  2. stroller yang selesa dan berkualiti
  3. boleh jual semula sebab harga baru mahal kan. so, ramai yang mencari second hand macam aku. 
sebenarnya, stroller pilihan adalah babyzen yoyo gituuuu. ehh.. bulan pilihan. stroller idaman je sebab tau tak mampu beli. mahal weeeehhh.

last-last aku beli online je stroller ni dari facebook. Sis Dayah ni orang melaka. memang takut nak beli online. Sebab bukan murah. beratus juga tu. Kalau kena tipu?? Tapi bile belek-belek, dan belek lagi facebook Dayah ni, rasa macam trusted. So, order je lah. 

Dayah ni pun okay sangat melayan aku yang sangat banyak tanya. Dia tunjuk tu aku tak nak. Tunjuk ni aku tak nak. Hehe. Dia tak kisah pun. Sebab ciri-ciri stroller aku nak, ringan, compact dan boleh facing parents.

Tadaaaa.. Dah sampai stroller ni. Servis cepat ya amat. Aku bayar petang dalam pukul 3 gituuu. Esok tengah hari pukul 12, sampai wehhhh. terus angkut masuk keretaa. Yup. Ringan bagi aku sebab aku boleh angkat sebelah tangan. Berat stroller ni 6kg. Aku pernah sebelah angkat husna, sebelah pikul stroller. Gigih la sikit.

masuk dalam boot kereta, banyak lagi ruang kosong untuk letak barang lain.


Gini lipat dia. Ni namanya lipat trifold. nak lipat pun senang je. :)

Lepas dapat, harus la rasmi terus kan. Suka la Husna golek-golek dalam tu. Tengok kaki tu. Nasib sebelah lagi dia dah turunkan. Memang dia suka betul parking kaki atas bar tu.


Haaa.. Aku suka stroller ni sebab canopy boleh tutup habis. Sebab Husna kalau tutup habis gini, memang tidur la lepas tu. Bawak pusing-pusing. Bagi dia layan perasaan.

Ha, defect stroller ni setakat warna tu luntur la sikit dekat lipatan canopy tu. Tapi tak de hal lah.




Selamat dah tidur. Mengiring siap.
Kesimpulannya, aku puas hati dengan stroller ni. Servis seller pun puas hati. harga: RM230 include pos.

Oh ye, stroller ni goyang-goyang sikit tau. Mungkin sebab dia banyak sangat tempat nak lipat kan. lepas tu ringan pula tu. tapi, no worries. kukuh je. Goyang-goyang boleh buat buai Husna bila berhenti.

5 comments:

Nurzakiah Hanum said...

berbaloi2

Myra Jay said...

Alhamdulillah, yang penting baby selesa duduk dalam tu kan

Kakzakie said...

Amboi Husna semakin syoklah bila dpt ye:)
Tengoklah lena betul dia tidur..

adianiez AIDA said...

aida x jual stroller ijat dulu.
asben sedekah kat sape ntah.
now no more baby in the house :( hu hu hu...

lena nyer husna tido mengiring :)

QasehnyaRania said...

sama la dgn ciri ciri yg sayaa suka hihi
sampai skrg rania mmg selesa tdur dlm stroller dia mmg lena.
ba kaki pon sama la style husna n rania ni. hihi
kemahen.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...