Thursday, August 13, 2015

cara kebahkan demam anak kecil

 

Alhamdulillah. Husna dah baik demam. 3 hari demam panas. 2 hari ummi EL. 3 hari demam, habis susut dah badan. Makan tak selera. Mungkin tekak tak sedap.

Sebenarnya Husna mula demam dekat kampung. Sabtu hari tu aku balik ke kampung nenek suami. Dan malam tu Husna ternampak "sesuatu". Scaryyyy tak?? Huhu.

Malam tu Husna tidur macam biasa dalam pukul 9 gitu. Husna tidur, confirm la ummi dia tidur sekali kan. Dalam pukul 1 pagi lebih tu, Husna merengek. Bagi susu tak nak. Tiba-tiba dia pandang pintu luar. Kat kampung kan kita tidur lambak je kat ruang tamu. Lepas dia pandang tu terus dia paling sorok muka pejam mata. Hati aku dah pikir sesuatu ni. Lepas tu Husna pandang semula pintu, tak berkedip. Lama. Aku try palingkan muka dia, dia tak nak. Terus aku kejut husband, kata badan Husna panas. Yup. Memang panas sangat badan dia.

Lepas husband bangun tu, lagi sekali Husna pandang pintu. Dan kali ni, dia terus menjerit takut. Terus husband bangun. Dia ambik Husna, pangku, peluk. Sebab Husna terketar-ketar takut. Dalam pukul 3 lebih, baru Husna tidur. Itupun kena pangku. Ada juga lepas tu Husna bangun lagi, dan nek berpangku lagi.

3 hari lepas tu Husna demam panas. Suhu 38.5, 39, 39.8. Memang itu je la suhu dia. So, apa aku buat, sentiasa jerlum kepala dan badan Husna dengan air lendir daun bunga raya + lidah buaya. Sentiasa letak tuala basah dekat kepala dan badan Husna. Rajin mandikan dia. Biarkan anak tak berbaju. Dan keep on makan ubat. Rajin bagi air masak.

Itu la yang aku buat dekat Husna. Memang aku nak give up sebab suhu tak turun-turun. Tapi alhamdulillah, hari ketiga Husna dah mula kebah. Cuma merengek tu biasa la. Dia lesu kan.
Semoga Husna terus sihat dan dilindungi dari sebarang gangguan.


14 comments:

Aisya Ahamad said...

Alaa kesian dia. Huhu.

AnneRaini said...

ah tatut.. husna nmpk something ler tu. sian dia sampai demam.

Nurzakiah Hanum said...

great

Kakzakie said...

Kesiannya dia... tapi itulah Anis tak percaya pun tak boleh. Baby insan tak punya dosa Allah beri kelebihan dia boleh nampak apa yg kita tak nampak. Kena percaya yg jin dan syaitan memang ada sebagaimana dinyatakan dlm Quran.

Moga Husna terus sihatlah ye sayang. Susah hati mama/papa tu.

Fazleyatul Aini said...

kesian husna
budak2 kecik memang boleh nampak benda2 halus kan

dorsett pink said...

good sharing for new mummies

Cetusan Minda said...

pastikan ada bacaan rukyah dlm phone ( blh dwnload dr youtube ) . bila husna nampak lagi benda tu . on kan je bacaan rukyah dlm phone . selebihnya , bacalah ayat kursi 7x , tiupkan kat air , bagi minum dan sapukan pada muka ... budak kecik mmg mudah nampak benda mcm tu ...

Farrah MF said...

Moga Husna sudah sihat sepenuhnya. Lendir daun bunga raya memang elok utk turunkan suhu panas demam.

Syah said...

Assalamualaikum...
hai!

Saya ada jual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc

jemput tengok blog saya
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

ig saya

@nurnasuha96_

whatsapp +60196117811

Eintan Nurfuzie said...

paling dirisau kalau demam panas kan

Nora Karim said...

alamak.... nampak apa tu husna... budak2 kecil mmg boleh nampak benda2 kan... Moga segera sembuh la husna yea... panas tu 39... ish ish ish...

azizah green line said...

moga cepat terus sihat ye husna..

Azhafizah Md Nor said...

Semoga Husna cepat sembuh. Aamiinn

QasehnyaRania said...

kan, seriau la bnda bnda mcm ni
smga anak anak kita dilindungi Allah aamiin

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...