Showing posts with label husna. Show all posts
Showing posts with label husna. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Selekeh!!!

Hari ni datang office, redho je la selekeh dengan tudung comot, berkedut-kedut. Hukhuk.

Memang husna suka tonyoh tonyoh muka kat tudung ummi dia. Habis segala air liur, hingus melekat. Pakai pulak shawl plain. Hari ni dia add on lagi. Menempel berpeluk kat dada, sampai tertidur. Habis kedut seribu tudUng ummi..

Sabar je laaaa. ��


Balik kerja semalam singgah aeon Au2. Sempat la menyinggah naikkan husna mainan ni. Tak takut pulak dia. Ingat melompat keluar bila mainan tu gerak-gerak..


Thursday, September 3, 2015

bawa husna kenal pantai

Hari Ahad lepas, saje ajak husband dengan family mertua jalan-jalan Kuantan. Konon nak bawak Husna mandi manda pantai.

Plan asal pukul 7 gerak dari rumah. Tapiiii..

Biasa lah kan. Pukul 9 baru gerak. Sampai Kuantan dah pukul 11. Matahari mencanak atas kepala. Nak mandi pantai macam mana kan?

 
Merah mak ngah gincuuu aku.
 

So, jejalan kat ECM Kuantan dulu. Ambil sejuk aircond, cuci-cuci mata dulu. Dalam pukul 3 lebih, baru lah sampai pantai. Kitorang pergi Pantai Batu Hitam. Sebab lengang tak ada orang. Dapat pula park bawah pokok, redup je la. Siap bawak khemah gituuuu.

 
 Tengok anak dara ni dengan tok abah dia. Punya geli nak memijak pasir tu. Pergi pijak atas kaki tok abah.

Ni pakai kasut boleh la dia berjalan. Kemain excited dia nak berjalan kat pantai tu.

 
Muka whatever sangat anak dara ni. Lepas makan mushroom soup banyak gilosss. Lapar kot tepi pantai.

 
Ni belangkas jumpa kat pantai. Suami aku tak pernah jumpa belangkas katanya. Kesian. Hehe. Kat kampung aku memang famous belangkas ni. Sedap wehhhh!

 
Ummi dan Husna. Fefeeling tudung kibar-kibar kena angin pantai gituuuu.

Mana gambar husna mandi pantai??

Mimpi je lah nak ambik gambar husna mandi pantai. Cecah kaki dekat air laut, kena ombak, meraung kuat ya amat. Sebatu dengar dia menangis. Alahai la husna.
 

Thursday, August 27, 2015

Bila husna berkampung di office

Pagi ni nak throwback gambar raya hari tu. Raya hari tu aku cuti 2 hari je. Tapi taska husna cuti seminggu. So, terpaksa lah bawa husna berkampung di office.




 part ni best. kutip duit raya dekat office.

 Acehhhh. Main-main keliling bunga.


Ha. kenapa?
 


Ummii, Cak!!!



Aunty-aunty dengan uncle kat office rajin melayan. Berkelah tepi taman.

 Penat main, tidur belakang meja. Sian dia.



Belajar jadi technician mesin fotostate.

Alhamdulillah, 3 hari berkampung di office. Husna good girl sangat.

Thursday, August 13, 2015

cara kebahkan demam anak kecil

 

Alhamdulillah. Husna dah baik demam. 3 hari demam panas. 2 hari ummi EL. 3 hari demam, habis susut dah badan. Makan tak selera. Mungkin tekak tak sedap.

Sebenarnya Husna mula demam dekat kampung. Sabtu hari tu aku balik ke kampung nenek suami. Dan malam tu Husna ternampak "sesuatu". Scaryyyy tak?? Huhu.

Malam tu Husna tidur macam biasa dalam pukul 9 gitu. Husna tidur, confirm la ummi dia tidur sekali kan. Dalam pukul 1 pagi lebih tu, Husna merengek. Bagi susu tak nak. Tiba-tiba dia pandang pintu luar. Kat kampung kan kita tidur lambak je kat ruang tamu. Lepas dia pandang tu terus dia paling sorok muka pejam mata. Hati aku dah pikir sesuatu ni. Lepas tu Husna pandang semula pintu, tak berkedip. Lama. Aku try palingkan muka dia, dia tak nak. Terus aku kejut husband, kata badan Husna panas. Yup. Memang panas sangat badan dia.

Lepas husband bangun tu, lagi sekali Husna pandang pintu. Dan kali ni, dia terus menjerit takut. Terus husband bangun. Dia ambik Husna, pangku, peluk. Sebab Husna terketar-ketar takut. Dalam pukul 3 lebih, baru Husna tidur. Itupun kena pangku. Ada juga lepas tu Husna bangun lagi, dan nek berpangku lagi.

3 hari lepas tu Husna demam panas. Suhu 38.5, 39, 39.8. Memang itu je la suhu dia. So, apa aku buat, sentiasa jerlum kepala dan badan Husna dengan air lendir daun bunga raya + lidah buaya. Sentiasa letak tuala basah dekat kepala dan badan Husna. Rajin mandikan dia. Biarkan anak tak berbaju. Dan keep on makan ubat. Rajin bagi air masak.

Itu la yang aku buat dekat Husna. Memang aku nak give up sebab suhu tak turun-turun. Tapi alhamdulillah, hari ketiga Husna dah mula kebah. Cuma merengek tu biasa la. Dia lesu kan.
Semoga Husna terus sihat dan dilindungi dari sebarang gangguan.


Thursday, June 18, 2015

gelagat husna

hari ni bosan tak tahu nak update apa. tiba-tiba rindu husna. alhamdulillah, baru baik demam. dah aktif semula. pagi tadi ikut sama bangun sahur. dalam kereta pergi taska, tidur. so, ummi pun boleh tidur dalam kereta.
 


huwaaarggghh. tak senonoh nguap gini. ikut sapa la ni. wink wink.


ni pulak masa dalam kereta. entah apa yang seronok sangat duduk bawah kerusi tu. lantak lah situ. janji diam.

 

dah lapar sangat tunggu kawan abah lambat nak pergi kenduri, husna makan dulu steering tu.


haaa. ni ummi dia praktik awal-awal. kot-kot nanti boleh jadi budak pengiring pemain bola Felda United kan.

lagi seminggu Husna nak masuk 7 bulan. Makan pun dah berselera sekarang ni. Makin tembam la gayanya. :)
 

Friday, June 12, 2015

Free sample lagi

Free sample ni aku dapat lepas register dutch lady. Tapi husna tak boleh minum lagi susu ni sebab susu untuk setahun ke dua tahun. Tak apa, boleh simpan sampai akhir tahun ni bila husna masuk setahun.


Ni pula dapat free sample nestle cerelac. Dapat 3 peket kecik. Memang husna makan nestum ni. Bolehla buat stand by dalam handbag.


Husna main denga nestum dia. Geram nak makan. Habis renyuk dia gigit-gigit.


Wednesday, May 27, 2015

riadah petang dengan anak

 Awww cakkk!

Husna suka berjalan. kalau seharian duduk rumah, memang petang dia dah meragam nak keluar. 
kadang-kadang kalau sempat, balik kerja aku akan singgah taman keramat sekejap.
tidak la riadahnya. setakat berehat, bersiar-siar tengok orang ramai.
memang husna excited.

abah dia rajin melayan husna ni. weekend pun kadang-kadang bawak jalan taman juga.

ummi bukan tak rajin, cuma ummi tak larat dukung husna.

Wednesday, May 20, 2015

First time berjauhan dengan anak

Hari ni aku kena kersus dekat institut semarak felda, bangi. 2 hari. Sebelum ni aku gigih balik petang sebab tak jauh sangat. Tapi sebab kali ni tentatif program sampai malam, aku decide tidur bangi je. Kebetulan ada van, naik van je senang.

Dannnn... ni malam pertama berjauhan dengan husna. Aku relax-relax aje. Rasa biasa aja cuma rasa kosong sebab dah terbiasa busy malam.

Tapiii.. relax tu terbantut dengan gambar ni..


Huwaaa... husband hantar gambar ni....


Tak cukup lagiii.. dia hantar ini pulak..


Lagi la buat aku tak senang duduk...


Dan tadiii.. husband call, buat loud speaker, suruh panggil nama husna... husna menyahut.. 2 kali je aku kuat nak panggil husna.. tu pun bergenang air mata.. cover sebab tengah makan..


macam tu la kan mak ayah kita rindu kita.. tunggu tepon tak tepon tepon. Ya allah, semoga aku sentiasa ingat pada mak ayah.


Wednesday, May 6, 2015

Majlis aqiqah dan cukur jambul husna


 Insyaallah, kambing ni akan jadi tunggangan Husna DI SANA nanti. Besau tak kambing ni. Ni spesis bebiri jenis menda entah. 

Haaa. Yang jenis ada tanduk pusing gini. Sape tau? Berbaloi la beli kambing ni. RM850. Daging dalam 40kg gitu.

Antara saudara-mara yang datang menolong. Kendurinya malam. Start pepagi buta dah rewang masak memasak. Kikiki. Jawa kan.


Majlis belum bermula, husna dah lena tidur. Tapi elok juga. Senang sikit. Cuaca pulak panas hari tu. Memang meragam tak sudah-sudah.

Sesi marhaban dan cukur jambul husna. Mula-mula ingat malas nak buat. Tapi orang-orang tua surih buat. Ikutkan aje la. Berendoi-endoi bagai memang aku tak buat. Terasa membazir nak buat. Ini pun bunga telur aku beli yang sekotak RM10. Haha. Maaf Husna. Ummi bukan kedekut. Ummi jimat. GST sana sini. Hehe.


Alhamdulillah. Selesai sudah 1 tanggungjawab Ummi & Abah untuk Husna. 




Monday, April 20, 2015

breastfeed sambil driving

 

You All mommy mommy sekalian pernah tak breastfeed sambil drive? Bila aku update gambar ni kat facebook, ramai juga mommy mommy yang pernah buat. Dah terpaksa kan. Dari biar anak nangis.

Nak dikatakan hari-hari jugak aku buat macam ni. Husna pulak memang tak boleh duduk dalam car seat tu kalau jalan jem.. Perghh.. Dia punya mengamuk. 

 

Haaa.. Buat muka macam ni tahan lagi.

Jadi nak atau pun tak, terpaksa la keluarkan dia dari car seat tu, pangku dan bagi susu. Lepas tu elok dia gelak sengih sumbing. Alahai lah anak.

Yup. Memang bahaya. Tapi no worries sebab memang jalan jem ya amat. 

https://igcdn-photos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/10957230_334426676745571_1430043289_n.jpg

Gambar atas ni masa umur 2 bulan lebih lagi. Memang elok je tidur. Sekarang ni, tak ada nya la. Katak ijau tu pun dia tak layan dah.

Tuesday, April 14, 2015

susu badan mula merundum jatuh

Sejak sebulan ni, susu badan mula merundum jatuh. Sehari dapat paling banyak 12oz je.. Padahal kena bawak taska 12oz ke 16oz..

Kes susu merundum ni jadi sebab aku dah mula jarang pam dan waktu pam yang tak teratur. Maklumlah, kerja tak menentu. Kejar masa nak pam susu. Tak sempat nak makan. Bila tak makan, susu pun tak banyak. Lama-lama, susu jadi sikit. Kadang-kadang 5oz je.

Aku mula ambik supplement habbasyi oil. Yup. Susu jadi makin pekat. Nak kata makin banyak tu, tak jugak. Kuantiti sama, cuma makin pekat. So aku boleh adjust sebotol untuk husna, cuma 3oz instead of 4oz. Sebab susu pekat, Husna minum cepat kenyang.

Tapi tetap tak boleh jadi. Sebab stok susu yang sebelum ni ada dalam 20 botol, tinggal 4 botol je. 

Last week sempat berborak dengan kawan seperjuangan pam susu sama-sama time rehat. Dia ada jumpa someone waktu kena pergi bengkel. Mommy tu boleh pam 10oz dalam masa 15 minit sahaja!! sehari dapat 30oz!! wow!! sangat kagum. 

rahsianya??

Waktu pam susu yang teratur. 2 jam sekali dia pam susu. Memang mula-mula perit. Tapi lama-lama, hasilnya akan buat kita happy.

Maka, start hari semalam, aku dan rakan seperjuangan pam susu aku ni tekad nak pam susu secara berjadual. setiap 2 jam sekali.

Doakan ye.. :)

https://igcdn-photos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/11024326_1595268804050834_190537894_n.jpg 
"Good luck ummi.."

Saturday, April 11, 2015

Borong baju baby dekat expo baby klcc

10-12 hb sekarang ni ada motherhood expo dekat klcc. Alang-alang dah office ngadap klcc tu, ada pulal gang mak mak yang anak sebaya sebaya husna kat office tu. Memang menjadi la. Rehat hari jumaat kan lama. Terus la jalan kaki pergi terjah.

Mula2 sampai, macam sunyi je. Betul ke tak ada expo ni. Dah risau dah. Ketiak dah basah dah ni jalan kako tengah hari buta.

Bila masuk, okay betul ada. Tapi yang tak bestnya, expo ni tak ada pampers. Patut la x ramai orang.

Stroller banyak la. Huhu. Avent, pureen, nuk, lagi apa entah yang ada.

Sebab tak ada apa2 plan nak beli apa2, maka...borong baju je la. Tu baju kat gambat atas tu, semua sehelai rm5 kecuali gaun tu. Rm10. Nasib tak bayak pilihan sangat. Kalau tak rasanya banyak lagi kot rembat.

Tak dapat la nak borong pampera. Hari tu dah borong sebelum gst. Tapiii...husna dah tak bape muat saiz m. Dah jual 1 pek kat member office.


Tuesday, April 7, 2015

Husna : 4 bulan

 

Alhamdulillah. Husna dah masuk 4 bulan. Tadi dah bawak check up. 6.8kg dah. Nampak susut sikit. Dah makin lasak sekarang ni. Nak mencapai itu ini. Dalam kereta pun dah sibuk nak ambik itu ini tak nak duduk diam. 

 

Tuesday, March 31, 2015

prewalker shoes murah-murah

 tengok barang baby memang geram kan. sekarang ni aku tengah menggila dengan kasut. alahaiii/ comel comel semuanya.

 ni aku beli dekat facebook Intan Suhana. RM 20 sepasang. Postage RM6. kiut kan. Yang pink tu boleh pakai even besar sebab full masuk kaki. tak la tercabut. Yang flat tu tak boleh pakai lagi sebab senang tercabut. Tunggu Husna besar dulu.

Husna dah rasmi hari tu.

 Okayy. Yang ni aku beli dekat DIY Aeon AU2. Sumpah murah. RM 11.90 je... Menyesal tak beli banyak-banyak. hari tu pergi lagi sekali dah tak banyak pilihan dah. Baby boy banyak la. Ada yang RM9.90, RM 10.90. Yang ni paling mahal.

Comel je. Ngam ngam je dengan kaki Husna. Ambik saiz 11. Stokin tu pun DIY jugak. RM2.90 sepasang.

Sekarang ni stop dulu beli kasut. Tunggu raya pulak.

Monday, March 16, 2015

husna : 3 bulan 19 hari

https://igcdn-photos-h-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t51.2885-15/10955438_1615631621991679_815995301_n.jpg 

alhamdulillah. husna dah nak masuk 4 bulan dah. kejap je rasa. lama rasa tak update tentang husna.

husna dah pandai meniarap masa umur 2 bulan 3 minggu. sekarang ni memang dah laju la dia. dah jadi ulat beluncas dah angkat-angkat bontot.

sekarang dah suka main dah. tahan mata nak main. dekat taska pun alhamdulillah. tak ada masalah. :)

https://igcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t51.2885-15/10986277_474726796007685_551916418_n.jpg 

ni monyok masa nak cucuk 3 bulan hari tu. dah 6.1 kg dah anak ummi.

Wednesday, January 21, 2015

hari kedua ke taska

Sekarang ni aku jadi risau. Lepas dua hari ke taska, Husna jadi tak aktif. Senyap je. Sebelum ni Husna jenis yang cepat mengamuk, menangis dan pandai gelak-gelak bila di agah. Tapi bila ambil semalam, tak ada pun. 

Balik semalam, dia senyap je. Dalam kereta, macam biasa menangis bila kereta berhenti. Sampai rumah, dia tetap diam je. Kita agah-agah pun, dia buat tak tahu je. Maghrib tu macam biasa dia nak menyusu badan. Selalu dia akan mengamuk nak tidur. Tapi ni tak. Sangat behave. Musykil sangat. Dalam pukul 9 tu, dia tidur lena sampai ke pagi.

Normal ke baby macam ni. Aku dah fikir macam-macam. Kot-kot diorang buat apa-apa ke dekat Husna. Check fizikal tak ada apa-apa perubahan. Pagi tadi aku hantar, sempat tanya dekat pengasuh. Dia kata kat taska, Husna okay je. Bila diorang agah-agah, ada juga dia gelak-gelak.

Adakah Husna merajuk dengan ummi dan abah dia? Husna memang dah pandai merajuk dari umur belum sebulan lagi...

 

gambar Husna nak jalan-jalan hari tu

Tuesday, January 20, 2015

hari pertama di taska

Semalam aku mula bekerja selepas dua bulan bermaharaja lela di rumah. Rindu sebenarnya nak kerja. Tapi sedih sebab kena tinggalkan Husna dengan orang lain. Sebulan sebelum masuk kerja aku dah mula kelam kelibut mencari Taska atau pengasuh.

Mak dengan mak mertua dah offer nak jaga. Tapi memang aku tolak mentah-mentah. Aku tak nak berjauhan dengan anak. Hujung minggu baru jumpa. No No No. Tak sanggup rasanya walaupu kampung cuma 2 jam dari KL ni.

Setelah survey dan survey, aku dengan suami setuju nak hantar Husna ke Taska Cergas Gemilang dekat Jalan Maktab, Keramat. Dekat dengan pejabat. Kalau ada apa-apa hal, boleh berdesup aku atau suami pergi sana. Okayyy.. Taska memang mahal. hukhuk. RM450 sebulan. 

First day hantar semalam, letak dalam car seat. Elok dia tidur. Tapiiii.. Setiap kali traffic light merah, meraung dia nangis. Kereta jalan, sambung tidur. Alahai lahh husna.. Lunch semalam sempat kitorang jenguk Husna. Alhamdulillah, tak nangis. Dah wangi-wangi dah. Balik semalam pun, elok dia tidur. Tapi dalam kereta. meraung lagi. Huhu. Semua traffic light merah pulak tu. Sabar je lah. 

Balik rumah semalam, lepas dia kenyang menyusu, lepas maghrib tu dia terus tido lena sampai pagi tadi. Tak meragam. Bangun kejap nak susu je. Aku dah musykil tengok dia lena ya amat macam tu. Risau pun ada. Penat sangat ke? 

Tengok la hari ni macam mana pula nanti. Harap okay jugak la.

 Memang sedih bila terpaksa biar anak dijaga orang. Tapi aku terpaksa. Aku tetap akan bekerja. Tak akan sesekali aku berhenti kerja. Sebab? Aku fikir mak abah yang penat hantar sekolah tinggi-tinggi, habis duit. Tapi tak bekerja. Lagipun, aku fikir panjang. Cuba bayangkan apa-apa jadi pada rumahtangga, atau apa-apa jadi pada suami. Bukan nak doa tak elok. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi kan. Kalau bekerja atau ada pendapatan tetap, sekurang-kurangnya aku boleh sara diri sendiri, sara anak tanpa mengharapkan bantuan orang. Itu yang aku bagi tahu suami. Alhamdulillah. Dia faham.


Thursday, January 8, 2015

husna : permata hati ummi abah


Ni masa pergi klinik, nak cucuk sebulan. Berat hari tu 4.8kg. Sekarang ni dah 45 hari, rasa makin semangat je husna ni. Lenguh dah tangan ummi nak susukan husna..

Lagi seminggu je lagi nak masuk kerja. Huwaaaa.. rasa malas sangat. Dan husna macam tau je ummi dia dah nak kerja. Makin manja. Harap boleh la kena tinggal nanti.

Sekarang ni husna kerap muntah susu. Banyak juga kadang tu. Kenapa ye? Dah burp kan dah lepas bagi susu. Dan dah mula susah tidur waktu siang. Tapi lepas maghrib, dia lena sampai ke pagi esoknya. Bangun-bangun malam minta susu je..


Friday, December 26, 2014

pemilihan nama anak

Assalamualaikum semua. Kali ni nak share dengan korang semua tentang pemilihan nama anak. Memandangkan sepanjang pregnant aku langsung tak tahu jantina baby, maka semangat pilih nama anak tu ke laut. Kompius nak pilih nama boy ke girl. Tapi sebab hati aku kuat kata baby girl, aku cari nama girl. Hihi.

Dari awal lagi aku aim nak nama pendek dan mesti mula dari huruf yang awal-awal. Aku cari nama yang mula dari huruf A hingga H. Yang mula dari huruf lepas H, langsung aku tak tengok. Sebab? Aku tak nak anak aku nanti menunggu giliran lama-lama. Penat woo.. aku yang nama start N pun tak larat tunggu giliran interview ke, test ke, presentation ke. Huhu.

Dan aku dan suami decide betul-betul nak letak nama HUSNA masa dalam bilik bersalin. Hihi. Nasib baik keluar betul-betul girl. Kalau tak, dah kelam kabut tak ada nama boy.

Dah seminggu umur husna, suami tetiba nak tambah nama. Katanya nama husna tu pendek sangat. Tapi aku tetap tak nak tambah. Muktamad!

Bila nak buat surat beranak, aku suruh adik aku pergi. Suami kerja tak dapat cuti. Adik siap call, "betul ke ni nama husna je??" Rupanya staff JPN tu yang asyik tanya waktu nak key in nama dalam sistem. Dia macam was was nama tu pendek sangat. Hadoiii..

Waktu nurse yang datang rumah check husna, dia tanya surat beranak husna. Aku cakap tak ada, abah dia dah bawa balik KL. So dia tanya nama baby. Aku cakap la, HUSNA. Dia tulis, dan tanya, "lagi??". Aku cakap tu je la. Dia tanya, "tu je??" Haha. Tak payah beriya cari surat beranak nak salin nama.

Alhamdulillah, husna macam serasi dengan nama tu. Tak meragam. Dan setakat ni tak ada lagi orang yang ulang balik tanya nama husna. Semua terus ingat. Heeee.

Husna bermaksud kecantikan. :-)

Wednesday, December 24, 2014

pengalaman bersalin normal

Alhamdulillah. Aku telah menjadi seorang ibu pada 25 november yang lepas. Syukur tak terhingga. Rasa tak percaya pun ada sebenarnya. Tiba-tiba dah ada anak. Hihi.

Dah nak dekat sebulan, baru ada kesempatan nak tulis dekat sini. Ingatkan dalam pantang, bayak masa. Rupanya tak. Huhu.

Sebenarnya due date aku 21 november (jumaat). Dan aku dan cuti seminggu pun. Kekonon bersalin awal la kan sebab family jenia bersalin awal. Okayy..rupanya aku tak begitu.

Minggu due date tu, aku sangat nervous. Asyik alert dengan tanda-bersalin. Tapi hampaaa.. tak ada tanda pun. Sampai la jumaat tu.  Aku boleh pergi shopping sorang2 dekat aeon wangsa maju. Family mertua pun dah datang rumah sabtu tu. Tak sabar nak sambut cucu sulung diorang.

Hari ahad tu (23 november), suami bawa jalan-jalan dekat taman tasik titiwangsa. Pusing-pusing jalan kaki. Tapi sumpah, time tu aku cepat sangat rasa penat. Semput, sakit pinggang. Terus ajak suami balik.

Sampai rumah, badan rasa tak sedap. Sakit-sakit pinggang. Tapi kompius, tu tanda bersalin ke? Memandangkan esok paginya memang aku ada appoinment dengan doktor, so aku biarkan saje.

Esok paginya (24 november) aku minta suami dropkan aku kat hospital. Terasa malas nak drive sendiri. Sampai hospital, aku breakfast siap-siap. Lepas tu nurse bawak aku buat ctg. Aku tengok graf yang keluar tu, macam ada contraction. Masa tengah buat ctg tu, ad nurse datang nak bagi ceramah penyusuan. Dia suruh jumpa dia lepas jumpa doktor.

Habis ctg, aku jumpa doktor. Betul jangkaan aku, doktor kata dah ada contraction. Dia boleh tanya, "nak bersalin hari no tak?" Dah tentu aku jawab nak. Bila doktor check jalan, dah bukak 3 cm. Terus kena masuk wad. Huhu. Bagi tau suami, kelam kabut dia. Aku suruh dia relax, sebab mesti bersalin malam. Almaklumla.. anak sulung. Mesti la nervous lebih kan.

Pukul 11 pagi, aku terus dimasukkan dekat labour room. Sekali aku tengok ada darah keluar. Tanya nurse, normal ke? Kena pakai pad tak? Haha. Nurse kata normal dan tak payah. Tapi makin lama makin banyak darah, maka aku pakai je pad. Huhu. Waktu ni aku langsung tak rasa sakit lagi. Siap tidur lagi bosan sementara tunggu suami.

Pukul 5 lebih, doktor datang pecahkan air ketuban. Scaryyy woo dia masukkan gunting ke apa ntah. Lepas tu terus tak selesa sebab air keluar banyak dengan darah sekali.

Maghrib tu aku dah start rasa sakit sikit. Tapo masih boleh tahan. Boleh online bagai. Sampai bateri fon habis. Hukhuk. Mungkin sebab aku dah biasa kena senggugut teruk. Alhamdulillah, sempat jemaah maghrib bersama suami. Berdoa semoga dipermudahkan urusan. Syukur ada suami yang tetap ingatkan solat walaupun tengah sakit.

Jam 10 malam aku dah muka rasa contraction yabh kerap. Makin lama makin sakit. Bila sakit tu, kuat-kuat aku pegang tangan suami. Jam 11 lebih, aku rasa tak tahan sakit. Panggil nurse, dia check jalan baru 7 cm. Hukhuk. Nurse kata, kalau ada rasa nak terberak, panggil dia. Jam 12 malam, nurse masuk ready semua persiapan bersalin. Aku dah mula cuak. Haha.

Jam 12 lebih pagi tu, sempat suami minta izin ke lobby hospital. Dia kirim nasi kat kawannya. Berat hati aku nak bagi, tapi fikir dia belum makan lagi, aku benarkan. 10 minit lepas tu, aku whatsapp suami cakap sakit sangat tak tahan. Suami masuk je, aku cakap sakit nak terberak. Terus dia panggil nurse.

Dua orang nurse masuk, check jalan. Suruh aku try teran. Fine. Lupa segala yang aku dah baca. Huhu. Bila nurse rasa dah time aku nak bersalin, dia panggil doktor. Sorang nurse pegang perut aku, bagi tahu bila masa yang aku patut teran. Seriously, sangat susah rupanya nak push-push ni. Suami sangat support. Dia yang excited tengok kepala baby dah keluar ke belum. "Sikit lagi, sikit lagi. Kepala nampak dah ni.." haha.

Alhamdulillah, dalam 20 minit juga aku cuba teran meneran ni. Memang dah tak rasa apa bila kena gunting. Huhu. Tepat jam 1.41 pagi, aku selamat lahirkan seorang puteri. Berat baby? 3.985kg. No wonder payah keluar. Huhu. Alhamdulillah, semuanya normal.

Lepas tu, aku memang dah kepenatan ya amat. Lesu, tak bermaya. Memang tak rasa apa bila kena jahit. Tengok baby atas dada, rasa nak menangis.

Lepas semua selesai, nurse ambil baby. Aku dibiar rehat sambil dimasukkan air sementara tunggu dihantar ke wad.

Selamat lahir kedunia puteri ummi dan abah ; Husna binti Hafifi Firdaus. Semoga menjadi anak yang solehah, baik, bijak dan rajin.




..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...