Monday, August 3, 2015

Kehilangan abang sepupu

Sabtu malam hari tu aku dikejutkan dengan pemergian abang sepupuku ke rahmatullah.

Terasa ralat sangat.

Sebab bagi aku kisahnya sangat sedih.

Abang sepupuku ni berumur dalam 40 tahun. Dalam 5 hari sebelum raya hari tu, aku dapat berita yang dia koma. Dan tangannya kena potong segera sebab dah hitam. Mula-mula aku ingat sebab kencing manis.

Rupanya bukan.

Abang sepupuku ni seorang nelayan. Dan tangannya kena potong disebabkan landak laut. Sebab dia memang tak ada penyakit kencing manis.

mengikut cerita,

dia nak buang landak laut. mungkin tersangkut di jaring. itu aku tak pasti. Tapi lepas kejadian tu, dia ada rasa sakit. Tapi tak ke hospital atau klinik. Mungkin sibuk dengan urusan isteri yang dah nak bersalin. Sampai lah dia jatuh, dan terus koma. Waktu tu, isteri dia baru 3 hari bersalin anak kedua mereka. Ya Allah. besar betul dugaan.

Dalam koma, doktor terpaksa potong tangan kanan sebab dah hitam dan dak elak daripada kuman merebak. Isteri terpaksa dimasukkan ke hospital sama sebab tumpah darah. Mungkin ulang-alik menjaga suami. 

raya kedua hari tu aku sempat menjenguk ke hospital. Dia dah mula sedar, dah mula makan. Dah mula kenal orang. Tapi nampak dia tengah menahan sakit. Sebak. 

Dan aku ingatkan dia dah beransur baik.

Tapi sabtu hari tu, aku dibagi tahu dia kritikal. Mula koma dan kumannya dah mula merebak. Memang doktor bagi tahu dah tak ada harapan.

Malam tu, dia menghembuskan nafas terakhir. Tak sempat anak kecil nak kenal ayahnya.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan dikalangan orang beriman.

AL-FATIHAH.

6 comments:

AnneRaini said...

al-fatihah

Fazleyatul Aini said...

alfatihah...

tiga lalat said...

alfatihah utk abg sepupu tuu

Aisya Ahamad said...

Allah, kesiannya. Huhu
Salam takziah. Semoga isterinya diberikan kekuatan dan terus tabah. Huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

Al-Fatihah..

p/s: Harga cmd tu standard sama RM 178 ( boleh tahan 2-3 bulan )

Skg ada promosi buy 1 free 1 30 ml

Kalau nak tau lg lnjut, leh pm yui kat fb ya : Nurul Yui =)

HeNRieTTa JoSe said...

moga isterinya tabah....rietta xmampu bayangkan berada di tempat isterinya...rietta xckup kuat...

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...