Sunday, August 29, 2010

jual sate

hari tu aku dapat call dari abah..abah suruh balik 31 ogos ni..abah nak mintak tolong aku jual sate..tapi, aku tak dapat nak balik..sebab 1 hb and 2 hb aku ada kelas..lagipun ada 2 assignment yang nak kena hantar..

rasa bersalah jugak sebab tak dapat nak tolong..dekat rumah pun tak ada sesape..adik-adik aku pun belum cuti lagi..akak aku masih di penang..waktu tu, peneroka baru dapat bonus..so, abah nak ambil la peluang tu..boleh dapat tambah belanja raya..

takpelah, nanti aku balik, seminggu aku tolong abah jual sate kat bazaar.."sate..sate.." ^_^ gaya anak penjual sate..=p

sesiapa yang nak tempah sate area sekinchan, sungai besar, tanjung malim, batang berjuntai..boleh lah bagi tau aku..haha..promote pulak kat sini..

cara mengurangkan senggugut

post ni tak semestinya untuk perempuan je..lelaki pun boleh juga ambil tau semua ni..ye lah..mana tau ada orang-orang terdekat atau pun orang tersayang terkena senggugut ni..semua orang tau, senggugut ni memang sakit sangat..memang x boleh nak bangun dibuatnya..guling-guling lah atas katil tu..kat sini ada lah beberapa cara nak kurangkan sakit tu..petua-petua ni aku dapat dari beberapa sumber..

  1. basahkan kain dengan air panas..perah..and tuam dekat perut..x pun masukkan air panas dalam botol..golek-golek dekat perut anda.. - cara ni berkesan sikit..tapi x la lega sangat..petua ni fifie yang bg kat aku..
  2. bakar 9 biji buah pinang tua..bakar sampai hangus tau..kemudian tumbuk halus..campurkan dengan air suam..minum 9 hari berturut-turut masa period..
  3. tumbuk lumat halia and campurkan dengan air suam..minum dengan mendahulukan selawat
  4. tumbuk halia dan lada hitam..campurkan..makan 1 atau 2 minggu sebelum period..nak senang masukkan dalam kapsul kosong..
aku tak tau cara-cara tu berkesan ke tak..semua kna minum2..x rela aku..haha..yang tuam air panas tu boleh la aku buat..cara aku yang paling senang, makan ubat..nanti ngantuk and tidur..bangun tidur jadi lega sendiri..^_^

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...