Tuesday, September 21, 2010

UPSR dalam ingatan

pagi tadi, on the way nak pergi stesen bas, sempat dengar radio.. baru sedar yang rupanya hari ni mula UPSR.. maklum lah, dah tak ada adik-adik yang dekat sekolah rendah.. so, dah tak berapa ambil tahu kisah-kisah sekolah rendah ni.. 

bila diingat balik, dah lama rupanya aku dah habis UPSR ni.. aku ambil UPSR tahun 2001.. maksudnya, dah 9 tahun berlalu.. lama, memang lama.. padahal dulu, aku tak pernah ambil kisah pasal UPSR ni.. anggap macam tak penting je.. memang tak ada kesedaran betul.. yang aku tau, g sekolah, balik sekolah.. g kelas tambahan, balik kelas.. g main.. g jalan-jalan ngan kawan-kawan.. belajar sendiri memang jauh panggang dari api.. cikgu kata esok exam, suka.. sebab tak payah susah-susah pergi sekolah bawa beg besar lagi berat.. bawak kotak pensel cukup..

kan best kalau exam sekarang macam exam UPSR je.. tak payah pening-penig kepala.. haha.. 

4 comments:

Peminat Katie Holmes said...

UPSR dapat brapa?haha

nur anis said...

haha.. malas nak jawab..nanti bangga pulak..=p

asrul amanda said...

kalau malas jawab soalan tu, cuba kasi tau berapa RM parents kasi habuan lepas dapat result UPSR tu?haha

nur anis said...

huhu..aku bukan anak orang senang yang mak ayah bg habuan lepas dapat keputusan..

ayah aku cuma cakap.."abah tak ada harta nak bagi kat anis, abah cuma ada sikit duit untuk bagi anis belajar..cuma tu je yang dapat menjamin masa depan.." hihi..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...