disebabkan mascara aku dah habis, aku pun tengah la dok mencari mascara AVON. aku memang dah biasa pakai AVON. bukan buat iklan. tapi memang dah sebati dengan jiwa bulu mata lah katakan. akak aku yang promote dulu. bila try, terus lekat.
tapi aku tak tau mana nak beli. before ni beli dekat mana-mana booth yang kebetulan ada jual barang AVON ni. usha-usha online, malas pulak nak order-order. aku ni pantang tengok katalog tu. kang macam-macam yang aku oder.
aku dah macam give up. tengah-tengah blogwalking, kebetulan pulak ada blogger tengah jual mascara AVON. aku pun apa lagi. laju je la. takut stock habis. ada 10 je dalam stock. nasib baik sempat. terus oder. tadi petang dapat. suka giler. sekali tengok, dapat barang lebih lagi.
bukan setakat mascara, roll on perfume dengan ketepek dekat hidung (tak tau nama) tu dia bagi sekali. ada lagi voucher dia letak. dah simpan. malas nak geledah balik.
apapun, thanx ARDINI HUMAIRA.. ^_^
1 comment:
Alhamdulillah dah selamat sampai ^__^
hepi2 tau dear!
Post a Comment