Thursday, November 3, 2011

sejuk ibarat duduk dalam peti ais

sekarang ni sumpah aku rasa sejuk giler. terasa macam musim bersalji pulak sejuknya. (okeyy. aku tak pernah pun pergi tempat bersalji) tapi seriously, sejuknya dah menyengat ke tulang-temulang. walaupun lapisan lemak dan daging sudah cuba menghalang, tetapi sejuk tetap sampai ke tulang. (punyalah nak bagi tau sejuk tu sampai ke tulang. -_-")

walaupun sekarang ni tak hujan, tetapi disebabkan pagi-pagi tadi aku dah bermandi hujan, maka kesejukannya sampai ke petang. (panjangnya ayat. -__-') hari ni aku pergi kerja naik motosikal yang tiada bumbung. sebab tu lah hujan jatuh bertimpa-timpa dekat atas seluruh badan aku. kepala je selamat. sebab helmet penyelamat kepala.

yang menambah kegeraman aku ialah, kereta ada di rumah. tetapi kunci nya tiada pula. kereta di selangor. kunci di pahang. jauh tu. haissshhhh.. ini sebab adik bujang aku yang seorang tu yang sangat rajin bawak kunci kereta sekali. grrrrrr.. dah la lagi seminggu baru dia balik. siap lah dia bila dia balik nanti. harus belasah cukup-cukup. haha





4 comments:

bobiedanbad said...

hihihihi kunci jauh dr keta la plak, semoga adik tak demam ye....

nur anis said...

bobiedanbad : harapnya macam tu la..:)

dhinai adnan said...

Moto apa yang ada bumbung ye......

Azzah said...

mesti sakit hati kan nengok kereta ada tapi tak bole bawak

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...