Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Friday, June 19, 2015

cekelat masa Fire drill

Ingatkan zaman belajar je ada fire drill. Rupanya masa kerja pun ada juga fire drill.Tapi kalau dah nama Anis, memang suka cekelat masa fire drill. 

Mula-mula aku kena jadi Emergency Response Team (ERT). Kena buat ujian kecergasan pulak. Berlari 1 taman KLCC. Perghhh. Haruslah aku cekelat tak lari kan. Bertahun tak berlari, tetiba kena lari, haruslah tak kan.

Ingatkan bila dah cekelat, nama dah kena blacklist. Sekali nama tetap ada. Kena panggil ceramah bomba pula.

 
Abang bomba tengah bagi penerangan
 



Coppp. tu bukan aku. Sebab kes pernah kena sambar api zaman sekolah dulu, agak tak berani aku dengan api besar sebegitu.


 Yang part ni aku suka. Jamuan makan. Hishh. Sedap pula tengok roti jala time puasa gini.

Last week diorang buat fire drill bebetul. Tapi, nak buat macam mana. Maklumat dah bocor dulu yang fire drill akan buat jam 9.00 pagi. Maka pukul 8.30 pagi, semua orang berpusu-pusu turun lift.

Siapa sanggup nak turun dari tingkat 40++, kena turun tangga pula tu. Walaupun aku tingkat 30, tetap tak sanggup wehhhh.

Jadi, cekelat lagi la kitaaaaaa. ^__^

 Kekonon api dia buat asap warna oren gituuuu.


Ni semua dah kena turun. Berkumpul tengah panas. Bos juga steady join kitorang berkumpul tengah panas.


Selfie!!!

Dan lagiiiii.

ramai juga yang gigih turun tangga. Bagus betul diorang.

Friday, December 28, 2012

menghitung hari

kalau sebelum ni, bukan main excited nak menunggu masuk tahun 2013.
tapi sejak kena tukar kerja ni, 
hari-hari neves tau.


ohhhh...harap sangat boleh kerja bebaik nanti.


tapi sekarang ni, rasa sedih jugak nak tinggalkan tempat kerja sekarang ni.
dah setahun lebih dekat sini.
nak tinggalkan kawan-kawan.
sedih kot.


terasa macam nak bagi kawan-kawan something yang boleh buat kenang-kenangan.
tapi apa ye?
ada suggestion?

Thursday, December 27, 2012

new year, new place, new work

alhamdulillah.
i'm so happyyyyyy!


aku lulus interview hari tu.
rasa macam tak percaya.
rasa macam mimpi.
^__^


dan, 2 januari nanti, kena lapor diri dekat HQ felda.
dan tunggu arahan sama ada bertugas dekat HQ atau kat wilayah lain.
tapi rasanya, HQ mungkin.


semalam pun dah hantar surat resign notis seminggu.
maap bos, sebab berhenti tiba-tiba.


dan, next week, mula tahun baru.
dan mula lah aku berhijrah ke tempat baru.
dan mula juga kerja baru sebagai pegawai tadbir.
hoyehhhh!


syukur!
semoga aku mampu bekerja dengan baik lepas ni.

Friday, December 14, 2012

hujan macam ni, tidur memang syok!

patut lah cuaca tengah hari tadi panas terik semacam.
nak hujan rupanya.
perghhh. sejuk macam ni, tidur memang benda yang sangat heaven sekali.
lagi-lagi lepas perut kenyang.
memang nak menternak lemak sungguh.
-____-"


bila dah mengantuk, malas je nak buat kerja.
tolak tepi, sambung isnin nanti je lah ye kerja ye.
^____^


tapi tu lah, nak BW, internet pulak lambat.
loading punya loading, keluarnya tak jugak.
memang menguji kesabaran.


Monday, December 3, 2012

apa lah masalah office ni!

ohh...i'm sooo blue today.


seeee. pagi-pagi nak pergi kerja, muka ceria je.
penuh semangat tau even hari ni monday.
dalam kereta pun sempat nyanyi-nyanyi lagi ikut radio.


tapi kan.
bila masuk je office, terus jadi ngantuk tau.
mata terus layu je.
mulut pulak nguap-nguap.
alahaiii.
apa lah masalah office ni.
hari-hari cenggitu.
nyampah!
-____-"


ke masalah sendiri yang memang malas kerja? 
haha.

Monday, November 26, 2012

nguap-nguap dah ni wehhh

dah tak larat dah rasa dok menguap je kerjanya.
sekejap-sekejap menguap. kang kejap lagi nguap lagi.
tu pun tadi dah selamat membuta sekejap.
bos takde lah katakan.
hikhik.


ingatkan, lepas membuta, segar bugar lah mata ni ha..
rupanyaaaa..
aku pergi bantai nasik lemak sebungkus.
rasanya, ada tanda-tanda akan segar bugar tak lepas tu?


maka, kerja hari ni memang sangat penat.
sebab penat menguap.
-____-"


p/s : tengok masterchef malam tadi, nora dah keluar. akhirnya, 3 sekawan dah keluar. dean, fizuan dengan nora. memang masin mulut orang, nora akan keluar lepas dean. hihi.

Thursday, October 18, 2012

hooyeehhh..sukanya hari ni

seronoknya rasa hari ni.
bila tender dah siap hantar semalam.
tenang and lega sikit rasa.
tambah pulak, bos tak ada hari ni.
lagi lah sukaaaa. ^___^
baru lah kejap je rasa masa berlalu macam ni.


 yeay... melonjak gembira.
hahaha. over betul.

Tuesday, September 18, 2012

tuesday blues?

haaa.. selalu asyik monday blues je kan. hari ni hambekkkk. sedap cuti 3 hari. memang liat lah hari ni nak pergi kerja kan. siap bila dah lepas siap-siap nak pergi kerja, boleh landing lagi kat atas sofa. hahaha. giler ahhh pemalas.



p/s : busuk dah mati minggu lepas. tak tahu macam mana boleh mati. dia lemah, tak nak makan. lepas tu tau-tau dah mati. T___T




Friday, August 24, 2012

esok sambung beraya jom. ^__^

hari ni kerja. tekun tak? haha. 


yang penting esok cuti. yeay. boleh sambung raya lah macam ni.
banyak rumah lagi rasanya belum sampai ni.



rasanya masih ramai lagi yang tengah bercuti raya.
tengok facebook dengan blog agak suram sedikit.

Thursday, August 23, 2012

SELAMAT BEKERJA SEMUA

siapa yang dah start kerja angkat tangan. kita geng! huhu. siapa yang tengah cuti tu, diam-diam je ye. jelous nih. -___-"


hari ni aku mula kerja. lambat sampai office. nampak sangat kemalasan melampau. -___-"


siapa yang dah mula kerja, selamat bekerja semua..^__^

Monday, July 30, 2012

isnin oh isnin

kalau dah nama hari isnin, memang automatik jadi malas.
datang kerja jadi mengantuk.
-___-"

Thursday, July 26, 2012

bila bos berjalan secara senyap

tadi tengah syiokk borak-borak, tiba-tiba bos masuk office. terkejut wehh. laju je bangun masuk bilik. haha. seriously bos aku jalan langsung tak dengar bunyi tapak kaki. padahal nak masuk office ni, kena naik tangga dulu. memang tak dengar langsung lah bunyi tapak kaki naik tangga tu. tau-tau, masuk office. memang kena alert je telinga ni. haha


kalau orang lain, kompem dengar bunyi naik tangga. lagi-lagi aku. kasut tinggi. harus lah bunyi keletak keletuk. keletak keletuk. heeee...

Wednesday, July 4, 2012

stress!!

stress sungguh hari ni. rasa macam nak jerit-jerit je. tapi kena sabar. dah nama pun kerja kan. tak kan lah hari-hari tenang kan. 


hari ni banyak kerja nak kena buat. nak kena isi sebut harga. nak kena kejar deadline pula tu. kalau kerja senang-senang tak pe. harga dah boleh hafal. tapi ni semua kerja yang leceh. -___-" tension dah nak mengira harga. salah letak harga pun payah juga. letak harga rendah, takut rugi. letak harga tinggi, takut tak dapat projek. so, macam mana?


ada sesiapa nak tolong kira kan harga tak? heeee....

Wednesday, June 27, 2012

Monday, June 4, 2012

keletihan sungguh ni

isnin oh isnin. 
setelah bercuti 3 hari, hari ni mula kerja semula. 
dengan mengantuk, dengan penat. dengan sakit badan. 
wahh..menguji kesabaran sungguh ni.


kenapa boleh penat sangat begini bagai?
sebab cuti 3  hari tu aku dah pergi jalan-jalan melaka.
^__^


sekarang tengah nak setel kan kerja..
nanti ye story-story kisah cuti-cuti melaka.
^___^

Monday, May 14, 2012

petang yang segar bugar

assalamualaikum semua..:)


nampaknya petang ni mata ni segar bugar je. tak terasa lemau seperti petang-petang lain. kenapa boleh jadi begini? ini semua gara-gara terlajak tidur di surau waktu rehat tadi. habis lunch hour pukul 2 petang. tapi aku bangun pukul 2 lebih. -___-" nasib baik lah bos tak masuk office. 


disebabkan rasa segar bugar begini, haruslah semangat nak buat kerja. kena siapkan kerja cepat ni. rabu dah kena hantar.

dapat tawaran kerja

assalamualaikum semua..:)


masih ingat kisah pergi interview hari tu? kalau tak ingat, boleh ingat-ingat di sini. alhamdulillah, dapat kerja di situ. tak sangka cepat sangat keputusannya.


tapi...setelah difikir dan berbincang dengan yang lain. aku terpaksa menolak tawaran tu. walaupun gajinya lebih tinggi, tapi ada sebab lain yang menyebabkan aku terpaksa menolaknya. 


sebab utama, semua dalam company tu adalah cina. ini bukanlan diskriminasi perkauman. tapi ini keselesaan. mungkin kalau ada seorang dua melayu, akan ku pertimbangkan. mana nak solat? nak makan dengan siapa? sejak mula jejak kali dekat company tu, persoalan tu memang asyik bermain di minda.


maka, terpaksa aku tolak tawaran tu. mungkin bukan rezeki aku. insyaallah akan ada rezeki aku di lain hari.


~peace~
^__^

Sunday, May 13, 2012

bekerja di hari minggu

salam ahad semua..:)


walaupun semalam dah jeles dengan insan-insan yang cuti semalam. hari ni double triple jeles lagi. sebab sekarang ni aku datang bekerja. gara-gara sebut harga yang kena hantar hari rabu ni, haruslah aku pun kena buat kerja lebih sedikit. 


siap bawak adik lagi datang office. buat teman. tapi bukan selalu pun kena kerja hari minggu ni. kadang-kadang je. yang penting, hujung bulan, claim ot. ^__^

Wednesday, May 9, 2012

interview kerja

assalamualaikum semua..:)


hari ni terpaksa ambil cuti. berkurang lagi cuti tahunan aku. -___-" bila dah cuti, haruslah tak dapat online. maka entry ni haruslah auto post


alkisahnya cuti ni terpaksa ambil sebab nak pergi interview dekat sungai buloh. walaupun dah kerja, tetap cari jugak kerja lain. mana tau dapat yang lebih baik kan. harapnya interview hari ni berjalan lancar. dah lama ni tak pergi interview. cuak lah pulak.


yang mana datang jenguk sini and tinggalkan jejak kat sini, jangan risau. esok nanti akan dibalas kunjungan itu. ^__^

 jom pergi interview..:)

Friday, April 20, 2012

betapa cerianya di hari jumaat

assalamualaikum semua. ^__^


pernah tak ada perasaan yang sangat bahagia bila bangun je pagi, "wahh..hari ni hari jumaat.." kenapa ada perasaan tu? haruslah sebab hari ni hari terakhir bekerja untuk minggu ni. esok cuti. weeehoooo. ada ke orang yang tak suka cuti? siapa yang tak suka cuti, meh jumpa meh. boleh aku tolong gantikan cuti.


tapi bagi aku, tidaklah setiap kali hari jumaat boleh ada rasa keseronokan tu. sebab minggu kedua, keempat dan kelima (kalau ada), harus bekerja di hari sabtu. walaupun setengah hari, tetap rasa macam, grrrrrr...sebab tu bila tiba hari jumaat minggu pertama dan ketiga, super duper rasa bahagianya.


jadi, kepada yang bekerja, selamat bekerja semua.. kepada yang bercuti, selamat bercuti semua. jeles ni dekat orang yang tengah bercuti tu. mesti atas katil lagi tak bangun-bangun.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...