Thursday, December 8, 2011

tengah syok-syok memandu, tiba-tiba terkejut beruk

korang pernah tak mengalami kejutan sewaktu memandu ataupun bawak motor? kejutan tu bukanlah bermaksud kejutan elektrik. tetapi kejutan akibat kenderaan lain. 

bagi aku, kalau naik motor tu memang selalu lah terkejut-kejut ni. terutama sekali kalau dengar bunyi hon. fuhhh..memang lemah semangat aku ni. nak pulak hon lori yang kuat tu. memang nak terbabas je rasa. padahal orang tu bukan hon kita pun. kenderaan lain yang kena hon, tapi kita yang terkejut. sebab tu aku memang tak suka bunyikan hon. takut orang lain pun terkejut juga.

pagi tadi memang aku terkejut beruk lah bila dengar tayar lori meletup. nasib bawak kereta. kalau bawak motor, tak tau lah terkejutnya macam mana. lagi-lagi kalau ada dekat belakang lori tu. tak dapat nak bayangkan. dah la lori-lori yang besar gedabak tu bawak bukan main laju. tau la jalan lurus je. tapi agak-agal la jugak kan.

bawak elok-elok ye lori-lori sekalian..

8 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

pernah sekali..mmg kuat bunyi letupnya..nek risau..

nur anis said...

nuyui : tau takpe..memang risau betul..

Ckin Kembaq said...

penah..penah..pastu mulut mula mengomel..jenuh istighfar panjang aw..heheh

Juliet_iRa~" said...

wahh bahayanya!

ada terlanggar ngan org lain ke?

alinac lover said...

bahaya je kan

nur anis said...

ckin kembaq : tau tak pe kan..huhu

nur anis said...

juliet ira : tak ada lah..tayar lori kadang-kadang memang ada yang pecah...tak tahu lah kenapa..

nur anis said...

alinac lover : betul betul..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...