Thursday, September 4, 2014

ribut woo semalam

 

semalam balik kerja je hujan kemain lebat. aku kalau hujan lebat, pakej pulak dengan ribut petir, memang aku melangu je la dalam kereta dekat parking dulu. tak berani weh nak drive. Bila dah reda sikit, baru lah gerak semula. KL macam biasa la kan. Asal hujan je jem.

Sampai area rumah, tengok penuh ranting-ranting, daun-daun bersepah. Rasa macam dah teruk dah tu. Sekali masuk dalam lagi, perghhhh.. banyak gilos dahan-dahan pokok besor gedabak patah-patah. 

Kalau nampak gambar atas tu, ada sepokok tumbang. Sipi kena rumah orang. Semoga tak ada lagi kejadian ribut macam ni. Naik rumah pula, memang banjir habis dalam dapur rumah. Sakit pinggang menyental dapur.

Tapi yang bestnya, suami balik, masakkan lasagna. Heeeee.. 

Pagi ni pula, bangun tidur, air tak ada. Yang ni memang stress kot bila bangun pagi nak pergi kerja, tengok air tak ada. Tu yang jem giler pagi ni. Dan pagi ni, punch card merah sebab lewat.. Permulaan hari yang tak best.

7 comments:

Hilmirda Daud said...

bestnya lasagna..

Kakzakie said...

Mana-mana pun samalah Anis. Bila hujan aje jem apa lagi waktu nak pergi dan balik kerja...

AnneRaini said...

eh semalam ribut ke? akak balik smlm kl tak hujan lg...putrajya pun gerimis je..

azizah :) said...

rumah masuk air yunk.. aduh stress nya nak mbasuh tu...

Azhafizah Md Nor said...

agak bahaya bila banyak pokok besar dan ada yang tumbang..bila hujan macam ribut memang menakutkan..kalau fiza pun tak berani drive..

Aisya A. said...

oh tak ada air mmg tak boleh tahan. rosak mood satu hari. huhu

ros_reeza said...

kalau air tak ada memang susah.. :(

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...