Friday, September 5, 2014

Review - Handphone Asus Zenfone 5


Alhamdulillah. Ada rezeki angkat phone baru. Memang dah lama survey nak tukar phone. Sony Xperia J aku sebelum ni asyik hang aje. Main game pun tak best. Aku dok survey Lenovo je sebelum ni. Sebab murah. Heeee. Idok la aku nak beli phone memahal ni. 


Kebetulan hari tu jalan-jalan lunch dengan suami dekat Wangsa Walk. Alang-alang, dia nak tengok fon sekejap. Memang dia mencari phone Asus ni. Aku pulak, Asus? Best ke? Macam tak best je.


Tapi bila dah belek-belek kat kedai tu, Eh, Macam best je. Harga pula RM650. Not bad. Besau, laju pulak tu. Lagi murah dari phone Lenovo yang aku nak beli tu. Terus ambik 2 ketul untuk aku dan suami sekali. Heeee. Trade in phone lama yang tak best tu, dapat la 2 bijik phone dengan harga RM860.


Yang aku suka, kamera dia. Bagi aku dah cukup cantik. Berbaloi sangat dengan harga.

Photo 
 Pagi di Putrajaya.

Photo: GoodDayFellas
 Pagi waktu on the way naik LRT pergi kerja.


Maka, sangat puas hati beli handphone ni. Harga mampu milik dan berbaloi sangat. Aku perasan, sekarang dah mula ramai juga yang pakai handphone Asus ni. 


Sebenarnya kedai aku beli ni agak mahal sikit. Kedai lain boleh dapat RM599 je sebijik.

13 comments:

Bazilah (^0^) said...

cantik gambar :)

norhidana miswan said...

akak pun baru belikan hp asus kt adik, kongsi2 yg adik badik lain...
tp tu yg zenfone 4 rasanyer sbb harga rm400++

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui ada keinginna nk dptkan asus zenfone 6 tapi skg ada AP ja.. ori takde.

mmg cntik kamera. tp bab bateri tu.. xleh tanggalkan? hihi

Ann Ishak said...

harga berpatutan kan, tak la mencekik sangat

Kakzakie said...

Keluarga kakak belum ada yg guna lagi jadi tak tahulah. Tapi baca banyak juga info berbaloi membelinya. Macam Lenovo pun samalah Anis ramai yg promo sana-sini..

Fazleyatul Aini said...

hp saya dah berumur 2 tahun. sony xperia jugak. harap2 bertahan la lama sket. jgn dia buat hal time poket sesakkk ni haha

Asep Haryono said...

Tahniah, Excellent cellphone

::EIDA:: said...

smart jugak pic dia!

www.idabaharum.com

Aisya A. said...

kite tgh survey phone jugak ni. hehe.. dlm kepala dh fikir2 dh nak angkat z2.. selama ni mmg guna sony and mmg rasa puas hati. tp takpela, tnggu bila sony nk announce z3 lah.. sempat lagi nk kmpul duit. hikhik. lgpun pakai phone jenis yg bertahun baru tukar. rasa takpela kalau nk invest beli phone mahal sikit. :D

ros_reeza said...

oh.. Ros masih setia dengan Sony :) hikhik

eynda said...

Hari tu belikan anak handphone Asus gak tapi yg RM300++ je... camera phone berkualiti jugak... suka tengok gambar putrajaya tu..

sHaRiNa eLyaNa said...

ctk gmbr dr hp ni, wahh

Shark Kay said...

asus zen5 mmg terbaek kak,
dalam radar shark jugak ni untuk backup phone.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...