Monday, October 13, 2014

pregnant minggu ke 34



Alhamdulillah. Harini dah masuk 34 minggu 3 hari. Baru je selesai check up. Last check up dekat klinik. Lepas ni dah kena check up dekat hospital pula. Adehhh. Malas nak ke hospital yang jem ituuu..


Sekarang ni, badan dah makin berat. 80kg koooo. Nak pengsan kejap tengok timbang tadi. Patut la berat betul nak membawa badah ni. hukhuk. 24kg naik sepanjang pregnant ni. Syabas Anis!!!


Bila dah berat ni, badan makin cepat penat. Berdiri lama tak boleh. Duduk lama tak boleh. Baring lama pun tak boleh. Semua serba tak kena dan tak selesa. Tapi rasa macam magic sebab bila baby gerak-gerak dalam perut, rasa seronok sangat. Rasa dah tak ingat perasaan-perasaan yang tak best tadi. 


Kerja rumah pun banyak suami yang buat. Kadang-kadang masak pun suami yang buat. Dah tak larat nak berdiri lama dekat dapur tu. 

http://photos-h.ak.instagram.com/hphotos-ak-xaf1/10727328_1481675195445095_750596791_n.jpg

Haa... Bila aku yang masak, menu simple macam ni je lah yang mampu aku hidangkan. Nasib baik suami jenis yang tak merungut dan tak kisah. 


Sebenarnya, masak bihun goreng ni pun aku google resepi tau. Haaa.. Ini la padah bila sebelum kahwin tak pernah pegang periuk. Jadi lepas kahwin, nak masak apa je pun, harus aku google dulu. Google senyap-senyap tak nak suami tahu. Hikhik.


Jadi akak-akak sekalian yang selalu berkongsi resepi dekat blog, terima kasih banyak-banyak sebab sangat berguna untuk orang macam aku ni, Heeee..

7 comments:

Fazleyatul Aini said...

80kg tu ringan lagi tu hekhekhek

norhidana miswan said...

boleh tahan tambah berat ko dik oi.... takpe2 pas pantang nnti kurus spt anak dara punya

MizzTina said...

waaaa..byk gak naik tu.. akak naik 13.5kg, tu pun rs mcm dh kembang sgt..

Syida Rasyidah said...

wahh, dah dekat bersalin dah, take care anis :)

Nurzakiah Hanum said...

take care

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Alahai yunk..takut nya akak bila tang berat ni..sebab akak ni pun naik berat tak teragak..ni pun dah dekat 63kg..isy-isy tak tau la nanti dah sampai deliver dah berapa kg pulak..huhuhu

QasehnyaRania said...

wow kenaikan yg blh tahan tu..
x lama dh..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...