Wednesday, January 21, 2015

hari kedua ke taska

Sekarang ni aku jadi risau. Lepas dua hari ke taska, Husna jadi tak aktif. Senyap je. Sebelum ni Husna jenis yang cepat mengamuk, menangis dan pandai gelak-gelak bila di agah. Tapi bila ambil semalam, tak ada pun. 

Balik semalam, dia senyap je. Dalam kereta, macam biasa menangis bila kereta berhenti. Sampai rumah, dia tetap diam je. Kita agah-agah pun, dia buat tak tahu je. Maghrib tu macam biasa dia nak menyusu badan. Selalu dia akan mengamuk nak tidur. Tapi ni tak. Sangat behave. Musykil sangat. Dalam pukul 9 tu, dia tidur lena sampai ke pagi.

Normal ke baby macam ni. Aku dah fikir macam-macam. Kot-kot diorang buat apa-apa ke dekat Husna. Check fizikal tak ada apa-apa perubahan. Pagi tadi aku hantar, sempat tanya dekat pengasuh. Dia kata kat taska, Husna okay je. Bila diorang agah-agah, ada juga dia gelak-gelak.

Adakah Husna merajuk dengan ummi dan abah dia? Husna memang dah pandai merajuk dari umur belum sebulan lagi...

 

gambar Husna nak jalan-jalan hari tu

14 comments:

HeNRieTTa JoSe said...

comelnye dia...

QasehnyaRania said...

in shaa Allah xda apa tu.myb husna tgh suaikan diri..
hye husna ;)
jaga diri tau ..

Kakzakie said...

Alahai susah hati pulak dah Anis ye. Kakak rasa Husna masih bingung sebab tetiba sekejap bau org lain sekejap bau ummi dan abah.

Moga sihat ye sayang... geramnya auntie tengok:)

Nurzakiah Hanum said...

cutenya

MizzTina said...

bukan merajuk tu, mungkin bru nk biasakan diri.. anak akak pun dulu mcm tu, lelama ok.. dia mcm pelik je, jap org itu, jap org ini.. hehehe..

AnneRaini said...

in sha Allah xde apa.. die baru nak adjust tu. Duduk taska tak sama mcm kat rumah. Layanan pon kurang. Mungkin die penat sbnrnya.

Sya Nadia said...

Rasanya dia dalam proses sesuai kan diri.. tak.apa..sabar.. fikir yg positif..dalam seminggu dua insya Allah ok dia.. :)

Ann Ishak said...

inshaAllah takde apa2 tu

Asha Lya said...

Insyallah sis x da apa2 juga.tapi yla parent mna yg x risau klau tiba2 Ank tu berubah sikap kan

SecretOfShaila said...

alahaiiii..tenbamnya baby awak..huhuju

Aisya A. said...

last singgah sini baby tak lahir lagi.. ni dah pergi taska dah pun.. hehehe..

nanieybarnieylurviey said...

Comelnyeeee

Zura Tahir said...

Dia br nk suaikan diri tue...

sal ya said...

Environment berbeza. Tgh nk adapt la tu kot.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...