Tuesday, January 20, 2015

hari pertama di taska

Semalam aku mula bekerja selepas dua bulan bermaharaja lela di rumah. Rindu sebenarnya nak kerja. Tapi sedih sebab kena tinggalkan Husna dengan orang lain. Sebulan sebelum masuk kerja aku dah mula kelam kelibut mencari Taska atau pengasuh.

Mak dengan mak mertua dah offer nak jaga. Tapi memang aku tolak mentah-mentah. Aku tak nak berjauhan dengan anak. Hujung minggu baru jumpa. No No No. Tak sanggup rasanya walaupu kampung cuma 2 jam dari KL ni.

Setelah survey dan survey, aku dengan suami setuju nak hantar Husna ke Taska Cergas Gemilang dekat Jalan Maktab, Keramat. Dekat dengan pejabat. Kalau ada apa-apa hal, boleh berdesup aku atau suami pergi sana. Okayyy.. Taska memang mahal. hukhuk. RM450 sebulan. 

First day hantar semalam, letak dalam car seat. Elok dia tidur. Tapiiii.. Setiap kali traffic light merah, meraung dia nangis. Kereta jalan, sambung tidur. Alahai lahh husna.. Lunch semalam sempat kitorang jenguk Husna. Alhamdulillah, tak nangis. Dah wangi-wangi dah. Balik semalam pun, elok dia tidur. Tapi dalam kereta. meraung lagi. Huhu. Semua traffic light merah pulak tu. Sabar je lah. 

Balik rumah semalam, lepas dia kenyang menyusu, lepas maghrib tu dia terus tido lena sampai pagi tadi. Tak meragam. Bangun kejap nak susu je. Aku dah musykil tengok dia lena ya amat macam tu. Risau pun ada. Penat sangat ke? 

Tengok la hari ni macam mana pula nanti. Harap okay jugak la.

 Memang sedih bila terpaksa biar anak dijaga orang. Tapi aku terpaksa. Aku tetap akan bekerja. Tak akan sesekali aku berhenti kerja. Sebab? Aku fikir mak abah yang penat hantar sekolah tinggi-tinggi, habis duit. Tapi tak bekerja. Lagipun, aku fikir panjang. Cuba bayangkan apa-apa jadi pada rumahtangga, atau apa-apa jadi pada suami. Bukan nak doa tak elok. Tapi kita tak tahu apa yang akan jadi kan. Kalau bekerja atau ada pendapatan tetap, sekurang-kurangnya aku boleh sara diri sendiri, sara anak tanpa mengharapkan bantuan orang. Itu yang aku bagi tahu suami. Alhamdulillah. Dia faham.


14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

nuyui a.k.a miss YUI said...

xpelah asalkan dkt dgn ank..btol tu.. stuju dgn cri anis pkir msa dpn =)

lia said...

kemungkinan Husna x biasa dgn waktu d taska... dat y dia penat & tido... anak2 akak mmg mcm terutama hari isnin... hari2 lain pon awal tido tp x seawal isnin la...

Husna good girl, baik d taska, InsyaAllah...

SecretOfShaila said...

selamat berkerja...biasalah 2 bulan tidak berenggang dengan anak..of course rindu punya..huhuhu

Mila Hilas said...

semua ibu yg bekerja ad mslh tu sis..hati kena kuat lh selagi xde pape jadi kat anak kita, kita anggap semuanya ok..

AnneRaini said...

mula2 mmg susah nak hntr anak kat org tp lama2 nnti ok. hidup kat kl ni kalo hrp husband je keje mmg xcukup. lainlah kalo kawen org kaya. harta mkn tak abis bolehlah senang lenang..

Kakzakie said...

Serah anak dlm jagaan org memang kena cekal anis. Kakak dah rasa kerana semua anak kakak membesar dlm jagaan bibik. Berbelas tahun tau bukan sekejap. tapi kena rajin buat spot-check.

Harap Husna selamat hingga besar & pandai berdikari.

Ann Ishak said...

kerja itu ibadah, tak mengapa...doakan semoga husna baik2 saja setiap kali di taska.

u are strong mom :)

Asha Lya said...

Skrg ni memg susah cari kja lgi2 kja dgn government. Ada pluang jgn d sia2 kan

MizzTina said...

insyaAllah nt lelama husna ok tu.. mahal gak ye taska tu.. yg akak ni RM300, thn ni naik jd rm320.. xpela, as long pihak taska jg anak kite elok², mahal ke murah belakang kira..

QasehnyaRania said...

betul tu anis.
kalau ada kerja bagus gaji ok jangan la berenti kalau bukan terpaksa.
lain la mcm ciksu ni, sekadar kerja biasa biasa je.mmg sanggup berenti nk jaga ank sndiri.
kalau keja gomen ciksu pon tak sanggup berenti.
mmg pikir mcm anis pikir juga tapi tu la..
kerja swasta kan..

QasehnyaRania said...

la..ciksu tahu jalan tu.hihi.. tak jauh pon dgn rumah.

Sya Nadia said...

Ikut pengalaman Sya, baby 1st day mmg tu..sbb dia baru nak.sesuaikan diri Kat taska.kadang munchkin kurang selesa dia tido..so bila.Kat rumah,dia.pulun tido.insya Allah,doa yg baik² je..

R3H@N said...

salam...just nak tanya...ok ker tadika kat situ sbb sy baru dpt keje blk n nak antar anak g taska....st tnggl dekat jln semarak...

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...