Monday, May 18, 2015

Bercuti ke Cameron Highlands : Natasya Resort pilihan kami

Bab booking membooking, pilih memilih hotel ni memang 100% aku serah pada suami. Biar budak graduate Hotel Management yang pilih. Sebab banyak cerewetnya..kikiki. Tapi setakat ni semua hotel yang dia pilih, tak pernah mengecewakan. Selesa i tidur.


Ni lah natasya resort nya. Gambar ni curik google je. Lupa pulak nak ambik gambar bangunannya. Natasya resort ni dekat area Brinchang. Dekat sangat dengan Kea Farm, taman rama-rama, simpang nak ke Teh Boh tu.

Kitorang ambik apartment 1 bilik. Book guna Booking.com.  Dapat 2 malam RM330 tak masuk tax. Bagi aku, berbaloi sangat. Besar, selesa. Parking berbumbung betul-betul depan pintu bilik. Haaaa. Tak risau la laki aku tu dengan kereta dia.



Ni gambar ruang tamuYang kaler biru tu, Sofa Bed. Memang bilik ni up to 4 people. So boleh bukak sofa tu jadi katil. Memang selesa. Husna suka golek-golek atas tu. Ada jugak tempat dia nak golek-golek. Kat lantai kan sejuk kemain.


Ni balkoni luar. Haaa. Besau gedabak weh. Nak duk luar ni pun pikir banyak kali. Sejuk!! 


 Ni pulak view dari balkoni tu. Sedap je mata tengok ladang sayur-sayur bawah tu. Pukul 8 pagi aku dah tengok ada orang bercucuk tanam dah,. Yang aku still peluk tubuh kesejukan.


Ni dapur. Haaa.. yang tak bestnya, tak ada microwave. Kalau ada microwave sedap sikit. Makanan kan cepat sejuk dalam ni.


Ni toilet dalam ruang tamu.
 

Ni toilet dalam Bilik. Siap ada bath tub. Tapi idak la nak berendam weh. Even air panas pun, keluar menggigil jugak kan.




Ni sabun mandi, shampoo, conditioner hotel. Diorang akan bagi time check in. Sedap bau dia. Besar gedabak tu memang tak habis la 3 hari. Bungkus-bungkus, bawak balik pakai kat rumah.


Haaaa.. Husna sampai je hotel, tidur kemain lena. Sedap sangat tidur atas tilam lepas seharian dalam kereta. Menunggu la dia bangun nak keluar pergi makan.


Ni malam lepas balik makan. Semua melepak atas sofa bed tu. Sambil tengok tv. Aku suka sangat gambar ni. Father and daughter pillow talk.  Anak manja abah. Sweater tu baru beli. RM20. Sebab kesian pulak sejuk. Ummi abah dia pun beli jugak sweater bundle. Hehe.


Anak bertuah ni pukul 4 pagi dah bangun ajak main. Aduahai lah anak. Kena la melayan jam 4 pagi. tak sabar nak jalan gamaknya.

Meh belanja video husna golek-golek atas katil. :)


12 comments:

Kakzakie Purvit said...

Hee... kakak suka tengok Husna aje yg lebih. Dah pandai menyelar ke depan kena jaga lebih ni Anis. Tak boleh cuai boleh tergolek tu:)

norhidana said...

bestnyer.... mmg seronok jln2 kt CH.... tp kene pi time bkn cuti lah... time cuti mmg sesak lah sana

MizzTina said...

selama ni klu g sn cuma stay kt EQ.. pastu sekali kt apt, xbest sbb kt tanah rata.. ok, blh try ni lak akan dtg..

MizzTina said...

selama ni klu g sn cuma stay kt EQ.. pastu sekali kt apt, xbest sbb kt tanah rata.. ok, blh try ni lak akan dtg..

eima said...

hmm ok toiletries tu ..beszar gitu best

Fazleyatul Aini said...

cantik hotelnya

Ann Ishak said...

kalau ada microwave senang kan, bole tapau je makanan lebih2 bawak makan dekat bilik pulak. sejuk2 ni perut cepat lapar :p

sitirohaida said...

wah..bestnya tengok pemandangan kat luar tu

Sham said...

Salam kenal...singgah sini n terus folow...

Aduyai CH sentiasa mengamit kenangan...sy mengajar di sana 2005-2009...

ZULHILMI TEMPOYAK said...

nice place kan.

QasehnyaRania said...

alahai geram nya

sekejap j dh besar..

cntik..
rate pon ok kan.

Siti Yang Menaip said...

sedap Husna gegolek hehehe.. sejuk..
katil besar bestnyaaa.. kalo CT p CH lagi rasa macam
nak spend time gegolek kat blik je.. sebab best..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...