Friday, May 15, 2015

Ladang Teh Boh Sungei Palas, Cameron Highlands

Meh nak sambung balik cerita pergi Cameron Highlands semalam. Jangan muak ye. Lepas je habis jalan-jalan MARDI, kitorang terus nak berkejar ke Ladang Teh Boh Sungei Palas. Suami nak sangat ke sana. Nak minum-minum kat cafe dia atas bukit tu. 

Gerak dari MARDI pukul 2.30 petang macam tu. Ingatkan dekat je. Rupanya jauh lagi naik atas. Husna pun sedap la dia tidur dalam kereta. Cuaca pulak sejuk-sejuk gitu. Sekali jem pulak dekat Kea Farm tu. Ramai nak menyopping kot sebelum balik. Hari Ahad kan. Ramai berpusu-pusu balik.

Nak naik simpang bukit ke ladang teh tu, dah seriau tengok kereta turun bumper asyik tersagat-sagat ke. Memang dah tau, kitorang turun nanti pun, kompem sagat jugak bumper kereta. redha kan aje lah.

Dannnnn. Sumpah jalan nak ke ladang tu sangat scary!! Sempit! Berair-air sebab baru lepas hujan. Nak ambik gambar luar ni, sebab sangat cantik. Tapi tangan gigil. Gayat. Haha. Yang suami pulak, time ni la dia dapat call urgent pasal kerja office. Kena jugak jawab. Bertambah scary aku tengok suami drive sambil on call dekat jalan cenggitu. Nak berhenti tak ada tempat boleh berhenti.


Akhirnyaaaa.. sampai jugak. Waktu ni baru lepas hujan. Sumpah sejuk ya amat. Sweater Husna yang aku kait tu pun aku rasa tak cukup nak menampung kesejukannya. Kesian pegang tangan, telinga dia sejuk.


Ini lah dia cafe atas bukit yang teringin sangat nak pergi tu. Memang cantik. Alang-alang dah sampai, moh la pekena teh tarik.

 

Ini lah hasil tangkapan kami. Lapar weh. Last makan pukul 10 pagi dekat RnR Sg Buloh sana tu. Kitorang ambik strawberry cake, Chocolate roll dengan cheese bun. Yang paling aku suka, Chocolate Roll tu. Sedap!! Teh tarik? Aku rasa biasa je. Macam teh tarik 3 in 1 tu. Nothing special. Tapi sedap la minum time cuaca sejuk kemain tu.


Husna  tak boleh makan lagi, kebosanan la dia tunggu Ummi Abah dia makan.


Dah tukar pakai topi sebab sejuk ya amat. Terus muka monyok kena pakai topi. 
 

Tak lama pun kitorang kat atas tu. Dalam sejam gitu. kitorang mula turun. Tadi naik tak ikut jalan ni. Jalan raya berbukit tu je. Sebab tak tau ada jalan ni rupanya. Tak nampak. Husna suka sangat la kena dukung cenggitu.


Eh eh. Aku nak jugak. jelous dengan Abah dia pose cenggitu. Nak jugak pose dengan Husna. Kekonon sweet la nak kiss Husna.


Dan Finally. View Ladang Teh Boh. Subhanallah. Cantiknya keindahan alam ni. Kan best KL ni sehijau tu kan.

Habis lawat ladang teh, kitorang terus gerak nak check in hotel. Dah kepenatan semuanya.

9 comments:

Nurzakiah Hanum said...

x sabar nya

Kakzakie said...

Kakak bukan tak puas nak baca cerita Anis ke CH ni tapi tak puas tengok gambar si gebus comel Husna tu. Geramlah kakak tengok

Cubalah ambil gambar besar sikit. Pandai pulak tu tak buang bunga kat kepala dia:)

AnneRaini said...

betullah jalan situ mmg seriau.. akak ni segala mala kecut lalu situ..hahaha

nuyui a.k.a miss YUI said...

ramai gak blogger yg p cuti ke CH ni..hihih.

Fazleyatul Aini said...

comelnya husna ada bunga sekuntum gitew hihi

wahida said...

rindu cameronnnnnn!!

QasehnyaRania said...

best kn dkt sini.
masa sy pergi last year kemahen l ramei org kt situ..

alolo suwit la pic angkat baby tu.

Aisya A. said...

ala ni yg rasa nk g CH lagi ni. huhu

Siti Yang Menaip said...

x pernah puas kan datang CH.. bestnya kait sendiri sweater Husna..
comel comel.. hehehe.. mengah x nak panjat naik atas ni ? hehehe..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...