Thursday, June 11, 2015

stroller dan car seat graco selamat dijual

nampaknya, stroller ni tak lama jodohnya dengan husna. husna 5 bulan je, dah selamat jual. alhamdulillah senang dapat buyer.

alasan jual? sebab pertama, carseat tu untuk newborn sampai 6 bulan. walaupun husna baru 5 bulan, tapi dia tak selesa dalam tu. sebab dia nak duduk.

https://igcdn-photos-c-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/t51.2885-15/11142326_1428217830814442_265709953_n.jpg 

haaa.. gini dia hari-hari bebel kat ummi dia. ni kira okay la kalau dia bebel je. kalau dia meniarap? memang selalu jadi sebab dia taknak kena ikat.

https://igcdn-photos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xfa1/t51.2885-15/11326298_828859633872684_1915207191_n.jpg

last sekali, beli la car seat sweet cherry ni RM299. Beli dekat kedai manjaku wangsa maju. sekali next week tengok kat aeon big, rm250 je.. huwaaaa. sakit hatiii. husna nampak selesa sebab car seat ni besar. boleh duduk. boleh baringkan juga kalau nak. facing depan, dapat la dia tengok jalan.

dan dah 2 minggu juga aku mencari stroller baru. aku mencari yang sedikit kecik, boleh baring dan ringan.

jumpa??

harusla dahhh...

nanti dah dapat aku update ye..:)

7 comments:

dorsett pink said...

anis.. stroller tu kenapa jual jugak? tak best ker?

dorsett pink said...

anis.. macam mana anis promote stroller and car seat yang nak jual ni? hehe.. kite pun ade item baby yang nak dijual tapi tak tahu nak iklankan kat mana. kat mudah.my tak berkenan. hehe

norhidana miswan said...

nsb dh selamat di jual yek... kadang2 bdk2 nih tak selesa even kite beli mahal pun... keselesaan dia lbh penting kan...

Macy Humaira said...

hehe comel betul. memang muka macam tengah bebel tu

Siti Yang Menaip said...

ehehe syukur ada org beli dah..
kalo dak nnt trperap je kat rumah kan..

adianiez AIDA said...

izzat hingga 1 year aje dok carseat.
his stroller & carseat aida x jual.
bagi kat abg2 lori sampah.
diorang guna or bagi org lain la kot.
sedekah gitu aje :)

mardiana abu darin said...

Diana pun ada seketul stoller...ms yg sulung pakai sekali je kut. Yg adik...langsung x naik. alasan stroller besar gedabak....hihihi...nasiblah tak rs ralat Sgt...sbb hadiah org kasi.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...