Wednesday, June 24, 2015

throwback : bercuti di Berjaya Hills, Bukit Tinggi

bosan-bosan bos tak ada ni, terasa nak throwback kisah cuti-cuti ke Bukit Tinggi, Pahang. Ni zaman mak buyung dulu. Masa pregnant kan memang malas giler nak update blog ni.

Sebenarnya tidak lah bercuti pun. Ada family day office tahun lepas. Kitorang buat 2 hari 1 malam.

Ni petang sabtu kitorang sampai. Awwwwww. Bulat kan aku waktu tu. Waktu ni aku tengah menunggu hari nak bersalin. Yakin je pergi bukit tinggi.


ni gambar dari tempat penginapan. Cantik je. Angin kuat masa ni. Sejukk. Bangunan coklat macam castle hujung tu, dewan. Sebab hari nak hujan, kitorang buat sukaneka indoor je.
 

Husna dalam perut tengah tengok angsa. eh, betul la angsa kan? ke itik? itik bukan leher pendek ke?
Dah habis sukaneka, baru nak check in bilik. 


 Inilah bilik kami. One bedroom apartment. Rate lupa pula sebab dah lama kan.Ini dia punya ruang tamu. ada set meja makan, set sofa dan tv.



Ni ruang pantry. Tapi dah nama family day. Makan semua ada kan. haruslah makan kat cafe house dia.


ini la sofa yang aku bagi tahu tadi.


Bilik mandi siap bathtub. Yang tak best, water heater tak berfungsi. Dah la sejukkk wehhhhh. Nasib ada bath tub. Kitorang buat kolah. Masak air, tuang, masak air tuang. Rasa lebih 10 kali kot.



Dan ini bilik tidur.  Katil ni besttttt! Selesa je tidur. 

Malam tu kitorang ada dinner. Tapi aku tak ambil gambar pun. Macam biasa, mood mak buyung yang pemalas. Nampak makanan je waktu tu.

Esok pagi tu just aktiviti bebas. So aku dengan husband decide nak naik japanese tea.

Mana la aku tau Japanese tea tu bapak tinggi nak naik dia.


Muka seronok sebab berjaya mendaki tangga naik japanese tea sambil mengusung perut yang memboyot.





Kat atas tu ada kedai kecik. Layan aiskrim. Sampai kedai ni je la aku naik. Sebab husband tak bagi naik lagi. Kang nak beranak atas tu, sape nak usung? So, kecewa tak dapat sampai betul-betul ke japanese tea house dia.


  

Husband pujuk ajak pergi botanical garden ni je. Boleh la... Dari penat naik tangga, naik bukit tapi tak dapat tengok apa kan.


tak sangka aku sebesar ni dulu. No wonder berat 85kg. nangis!


Habis jalan-jalan, balik bilik, check out, lunch, dan kami balik la rumah.

Cukup la short vaccation free kami.. :)

11 comments:

Anum said...

best kan jauh dr kesibukkan kota

Farah Waheda Wahid said...

anis memang lain gilerrr muka anis masa husna dalam perut... hu hu hu...nampak lainnya tu...

Unknown said...

amboihhh gigihnya kak oih..
naik dengan perut beso camtu?
hihi..cool gila..
mesti anak akak pun jenis chill je..

HeNRieTTa JoSe said...

blom pernah smpai cni...

eima said...

cantik kat sini kami pun tak penah sampai lagi pun

Fazleyatul Aini said...

belum pernah sampai lagi sini hihihi

Kakzakie Purvit said...

Betullah tinggi tu kalau nak sampai atas.
Tapi boleh tahan juga Anis ni kan.. perut dah besar tu tapi masih kuat mendaki.

Kakzakie Purvit said...

Ini kalau Husna dah besar tengok gambar muka dia tak ada dlm gambar dia akan tanya kenapa tak bawa dia. Tunjuk perut uminya mesti dia hairan kan..:)

Wak Lat said...

salam ramadhan, wahh bestnye dpt tido kat bukit tinggi tuuu ;p

Unknown said...

dah lama plan nk g sini sebab tak lah jauh mana pun dr kl tapi entah bila baru nak smpai. hehehehe

Unknown said...

cantiknye
teringin nak g
tapi xtau nak g sane buat ape
heheheh

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...