tarian kuda kepang sangat popular dekat kampung aku. almaklumlah. perkampungan jawa. selalunya kuda kepang ni akan di buat bila ada kenduri kendara. kalau nak versi extreme, kena lah buat waktu malam. lebih kurang pukul 10 malan hingga 1 pagi. memang confirm ramai giler orang datang rumah nak tengok. dari budak kecik, ke remaja sampai orang tua. semua nak tengok.
ada juga kuda kepang yang dibuat siang hari. tapi ini cuma tarian biasa. dan bayarannya murah sedikit berbanding yang extreme. kalau yang extreme tu, RM400 ke atas jugak lah. jom tengok gambar-gambar yang aku ambik time kenduri anak sepupu aku..
ni pemain-pemain kuda kepang bersama pengantin.
diorang tengah menari.
dan menari lagi.
ini barongan. dalam dia ada 2 orang. ala-ala macam tarian singa cina tu. tapi dorang ni tak menari. cuma kacau orang je.
ini pun barongan jugak. dorang berlakon jadi couple.
barongan ni bergaduh. 2 lelaki berebut 1 perempuan.
tarian dah tamat. ^__^






