teserlah kepoyooan di situ. hakhak.
terpaksa juga keluarkan gambar tu sebab nak buat entri ni. sudah lah tembam. mengada pulak tuh. layankan sahaja lah ye. ^__^ berbalik kepada tajuk, adakah sunglasses ini keperluan ataupun hanya untuk bergaya?
untuk diriku yang rabun dan tahap kerabunan silau itu sangat tinggi, sunglasses merupakan satu keperluan. tapi untuk cuaca panas je lah kan. kalau tak, ada yang drive sambil keluar air mata sebab tak tahan panahan mentari tu. tak pasal-pasal jadi perhatian orang sebab menangis sambil drive. -___-"
disebabkan hanya memakai lens biasa yang tidak support untuk rabun silau, memang tak akan tahan lah kalau tengok cahaya matahari. lagi-lagi tengah drive, elok je matahari tu kat depan. pergghhh. memang terbaik. terpaksalah menyarungkan sunglasses tu untuk mengurangkan silau tu.
rabun silau ni bukan semata-mata silau cahaya matahari je. cahaya lampu pun boleh buat sakit mata. sebab tu aku tak suka sangat drive malam. walaupun pakai cermin mata, tapi tetap silau jugak. jalan kampung ni memang gelap sikit kan. suram-suram je lampu. bila banyak kereta, memang sakit mata la tengok suluhan lampu kereta tu. lagi-lagi yang lampu kereta warna putih. memang nak kena maki je. boleh terbabas tau tak sebab tak nampak jalan punya pasal. bertimbang rasa lah dengan orang yang rabun silau macam ni. pergi tukar lampu warna kuning sana. kurang sikit silaunya.
