Saturday, September 25, 2010

cara pengiraan kredit untuk kelayakan ke matrikulasi


sekarang ni baru aku tau. cara pemarkahan kelayakan masuk ke matrikulasi untuk pelajar lepasan SPM telah diubah. kalau sebelum ni, kredit akan diberikan untuk 8 matapelajaran. (maaf kalau aku tersalah info). 5 matapelajaran akan diambil pada matapelajaran teras iaitu matematik moden, matematik tambahan, kimia, fizik dan biologi. 3 matapelajaran lagi akan dipilih daripada matapelajaran lain.


menurut sumber yang boleh dipercayai ( kakak aku yang merupakan kauselor sekolah ), kali ini kredit hanya akan diambil daripada 4 matapelajaran sahaja. matapelajaran wajib adalah matematik moden, matematik tambahan dan kimia. 1 lagi kredit akan diambil daripada matapelajaran fizik atau biologi. bagi gred A+ akan mendapat 25 markah. manakala bagi gred A akan mendapat 23 markah. markah bagi gred seterusnya akan berkurang dari 1 gred ke 1 gred yang lain. markah akan dikumpul dan dibuat ranking pelajar.

kepada adik-adik yang bakal menduduki SPM, belajar rajin-rajin tau. semoga anda semua dapat menyambung pelajaran selepas SPM.

nota : risau aku dengan adik lelaki aku sorang tu. muka macam tak ambil SPM je tahun ni. tak nampak bila dia belajar ntah. adoi..

2 comments:

adrinaqamarina said...

budak lelaki selalu macam ni. kalo perempuan laen sket cara dye. hehe

nur anis said...

huhu..tau x pe..tp tu la..kita yg cuak tengok nya..

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...