Saturday, October 9, 2010

bahaya bila mak takut dengan anak

apa akan jadi kalau mak ayah takut dengan anak? memang pelik bunyi nya. tapi tak ada apa pun yang mustahil dalam dunia ni. itulah kalau terlebih manjakan anak, anak langsung tak takut. siap naik minyak lagi. bahaya.

kecik-kecik, anak marah disayang-sayang. 'ololor. jangan marah-marah'. anak mengamuk. siap lempang-lempang mak lagi. tak kisah. tak apa. kecik lagi kan. tapi kalau tak di ajar, boleh ke anak tu belajar hormat orang tua?


bila dah besar, balik sekolah mak lambat bukak pintu. mengamuk. ah sudah. pintu pun boleh dikopak. kuat betul tenaga sepak pintu. mak x marah. tapi anak marah mak sebab lambat bukak pintu.

habis sekolah, anak nak masuk kolej swasta. bukan niat nak belajar. tapi sebab nak ikut boyfriend. ni kes parah. mak ikut je la. sebab apa? sebab mak takut. kalau tak bagi, habis rumah yang dibakar.

tak tahu nak salahkan siapa. bukan nak salahkan sape-sape. bukan juga nak mengata sape-sape. cuma ambillah iktibar. syurga dibawah telapak kaki ibu. janganlah kita lupa walau sedetik sekalipun.

2 comments:

Tapak Kaki said...

macam ni la zaman sekarang.. salah satu petanda akhir zaman, ibu bapa takotkan anak..

Peminat Katie Holmes said...

tgk macam aku.
manja2 dengan mak. anak soleh la katekan.

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...