Thursday, September 29, 2011

habit yang tak boleh nak buang

pagi ni tiba-tiba nak bercerita pasal habit ataupun dalam kata lain, kebiasaan. rasanya semua orang ada habit masing-masing kan. cuma kadang-kadang habit tu ada yang buruk dan ada jugak yang baik.

kali ni aku nak cerita tentang habit aku dan habit adik beradik aku yang lain. haaa.. kitorang ada habit yang sama tau.

habit ni mula jadi waktu kitorang semua kecik-kecik dan comel-comel dulu. biasalah kalau kat rumah, ayah kitorang tak ada lah nak pakai baju. ala, ramai kan lelaki macam tu. huhu. so, bila nampak je ayah kitorang pakai baju, (sebenarnya baru je ambik baju nak dipakai), kitorang laju je tanya, "abah nak pergi mana?". dengan harapan nak ikot. haha.

dulu ayah kitorang suka bawak kitorang ronda-ronda naik motor. nak g kedai runcit pun, rajin bawak. tu yang tanya tu. tapi, habit tu berterusan sampai kitorang besar tau. walaupun umur aku dah 22 tahun, aku tetap akan tanya soalan sama kalau nampak ayah aku pakai baju tau. haha.

sebenarnya, walaupun kitorang dah besar, ayah aku still ajak g jalan-jalan jugak. kalau jalan jauh-jauh tu mesti la. ni jalan-jalan pergi kedai, pergi tengok orang memancing ke, tetap akan ajak jugak. tapi, ayah aku sebenarnya garang tau. walaupun kitorang mesra, tapi tetap takut. heeeee..


haaa..macam ni la lebih kurang. haha. (aku dah kembali tembam macam dalam gambar tu. T__T)

4 comments:

Redbloodsnow said...

lamaaa zie tak naik motor..hehe

nur anis said...

redbloodsnow : saya memang selalu naik motor je..hihi

Sunah Sakura said...

hehehe...sweet aje kan...

Ninie said...

Ninie habit gigit tepi jari...cane eK? anis wat la tuto tips buang habit...hihi

nak jemput join contest Ninie....
Sudi2 la kalo ada masa yer...hihiks

"Contest: Di Mana Ninie?"

http://thebeautyofsplendid.blogspot.com/2011/09/contest-di-mana-ninie.html

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...