Wednesday, November 21, 2012

pakcik tua gatal.

hai hai hai semua.. ^__^


dah lunch ke semua-semua ni? ke diet? hihi. ouh.. diet aku dah lama kelaut dah. dah malas dah. so, sekarang ni memang makan je apa yang nak dimakan. sayang perut lah katakan. heee.


tadi tengah hari dah beli nasi dekat 1 kedai ni. tapau je. bawak balik pejabat, makan dalam air cond lagi sedap. konon puteri lilin lah konon tu.


yang tak syoknya tadi tu, jumpa pulak pakcik tua gatal. tengok pakcik tu, dah elok dah dengan kopiah putih atas kepala. tapi, masa dia nak bagi balance, siap tonyoh-tonyoh tangan tu kat tangan aku nih. hoiiii. kalau tersentuh sikit tu, mungkin lah dia tak sengaja kan. ni bukan sikit. banyak sentuhnya. memang ringan je rasa tangan ni nak lempang sedas. haha.


selalu kan, orang bagi balance tu, dia pegang hujung-hujung je kan, tak nak bagi tersentuh tangan kan. tapi ini memang tak. ishhh. lepas tu, bagi tau kawan office. kawan tu cakap, kalau tak silap, pakcik tu dah ada bini tiga dah. hishh.. pakcik lah pakcik. memang tak lah nak makan situ dah. dah la mahal pulak tu..



29 comments:

ayut said...

mmm..payahla lelaki skrg ni..tak tahu la apa dyorg fikir...adehhh

Azzah said...

jgan di layan la kan org mcm tu..:)

Kesuma Angsana said...

pernah jumpa juga org tua yg camni !

AnneRaini said...

memang ambil kesempatan namanya.

:: Mrs.Eady :: said...

eee..tak suka nyer..

♥ Wina ♥ said...

isk isk iskkk x yah gi situ dah!

nuyui a.k.a miss YUI said...

jaga2..jgn dia buat bnda len udah melalui sntuhan.

are_lin@yu said...

kalau sampai toyoh mmg gtal ni.hehe

Lya Colours said...

kasi tonyoh muka pakcik tu. haha

Kakzakie said...

Anis.. Anis... nasib tak baiklah jumpa manusia macam tu. Mahal sebab nak tampung 3 bini. Dah lain kali cari tempat lain.

MizzTina said...

akak pernah..siap leretkan jari dia kat tapak tangan kite.. giler

cik Que said...

ptt pun pakcik tua tu gatal..bini pun dh 3 org..huhuhuhu..

eLL said...

la, tonyoh tangan kita beriya patutnya bagilah diskaun ke apa kan

Cik Syida said...

eiii.. gatalnye pak cik tua tu, tiga dah kot. haih!

norhidana said...

ahak2... aduh dik, pakcik tu ada ilmu tuh hhehe, msti dia tau yg anis bujang lg... tak pdn kubur dh kata mari kan

nik ros said...

gelikan jumpa org tua mcm tu.

pinky said...

lain kali bg jer sejibik anis....jgn bg muka dgn pakcik gatal mcm ni...

p/s:akak dh try kecik kat header tu...tp kuar besar jgk...hehehhe...

ieda said...

uishhh gatai tuu
ekekke .. x per dikk bersangka baik ..
nanti lama2 dia sedar lah tuu
hurmm seram lak bila dgr dia ada 3 bini hohohoh

diana said...

mujur dia tak tonyoh2 minyak sekali..hehheh..
lain kali kalau jumpa orang gitu sound je kuat2."tua2 pun gatal tak sedar diri.."
gitu je..:p

jeBateja said...

Habis lah hang....tah...tah dia manderam kot...ahakz....ahakz

syakirah izwanie said...

Ambooi, dahh ada bini tiga :O

syakirah izwanie said...

Ambooi, dahh ada bini tiga :O

Cik Saila said...

ish..gatal pulak pakcik tu..sabor jelah..huhu

QasehnyaRania said...

ishh.. itu sudah lebey

tak yah lah g mkn situ lagi..
gerun je denagq bini dah 3..haisssshh

Nurul Husna Mohd Hassan said...

pak cik!!!

mia izzati said...

ishh gatai giler...tampooo jee...ilang le gatai dia tuu

ct kektus said...

dia tengah cari calon yg ke 4 lah tu. hati2 lah ye. hehee

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

gatal...xsuka betol

Nora Karim said...

aik... berkenan kat anis kot... abislah dia nak cukupkan kuota... ahahhaha

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...