Monday, July 14, 2014

resepi semperit mudah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah, sabtu lepas dapat juga siapkan 1 adunan semperit. Tiap tahun mesti buat semperit ni sebab senang dan simple. 


Resepi bonda :

1 buku buttercup
3/4 cawan gula aising (gula kastor pun boleh tapi kena blend bagi halus)
1/2 sudu teh esen vanilla
3 cawan tepung castard (diayak)
3/4 cawan tepung jagung (diayak)
2 biji kuning telur
ceri merah atau manik sebagai hiasan


Cara-cara :

Pukul buttercup dengan gula sampai kembang
Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang
Gaul sebati dengan tepung castard dan tepung jagung. Uli sampai doh tu cantik je tak melekat dengan jari. Kalau doh masih lembik, tambah tepung castard atau tepung gandum.
Picit dalam acuan semperit.
Hias denganceri atau manik.
Bakar dalam oven dengan suhu 175 °C selama 15 minit.

Aku dah buat supper dah kuih semperit ni. Rasa macam kena buat lagi je sebab dah ngap sendiri. Tak dan raya. hukhuk.

1 adunan tu aku boleh dapat 2 balang saiz sedang.

13 comments:

MizzTina said...

rajinnya dik..thn ni akak xbuat kuih raya pun.. si kecik tu xleh kena tggl..huhuhu

Masya said...

tq kongsikan resepi ni.. cdgnya esok nak buat ... sbb anak dah menyebut² bila nak buat.. dia nak makan .. gigihlah ibu dia cari resepi tau.. yg ni mcm mudah jer.. nak cubalah..

Fazleyatul Aini said...

tahun ni tak dan la nak buat biskut raya
busy huhu

norhidana miswan said...

resepi simple tp rasa msti sedap nih

dya said...

rajin nye :)

Aisya A. said...

biskut raya kegemaran ramai ni. hehehe

nanieybarnieylurviey said...

rajinnye... da byk buat kuih rya ke anis :) maaf lme nani tak jenguk sini...

.::: Princess MOMOY :::. said...

dah buat kuih raya. bestnya. errr anis. minta sebalang
hihi

sHaRiNa eLyaNa said...

thnks for sharing

pinky said...

rindu anis...lamanya tak singgah sini....dah kawin ya anis....alhamdulillah...

Mimi Azirah said...

wah dah siap biskut raya

Azhafizah Md Nor said...

senang je buat..fiza pernah buat tapi tak jadi lak..terlampau cair kot..huhu..xde rupa bentuk

QasehnyaRania said...

saya buat semperit susu je.
teringin nk mkn .hihi

..klik klik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...